"Siap kau budak..." anak panah disasarkan tepat ke kapala Gopal.
'Dub!!' sebiji kelapa jatuh di atas kepala ketua lanun itu. Dia terjatuh dan pengsan.
"Iena!!!" kawannya terkejut. "Siapa yang baling tu?!" salah seorang mereka bertanya. Mereka memerhati sekeliling.
"Aku!" kedengaran suara dari atas pokok. Mereka semua memandang ke atas pokok.
"Ying!!!" Yaya dan Gopal teruja.
"Hai korang. Nasib baik aku sampai tepat pada masanya. Hehe..." Ying duduk di atas pokok sambil memegang sebiji epal di tangannya. (ada gaya tak?)
"Ish, tak guna! Niki tembak dia!" lanun itu memberi arahan kepada kawannya.
Kawannya menyasar anak panah ke arah Ying dan melepaskan anak panah itu.
Ying mengelak dari anak panah yang hampir mengenainya itu. "Ouh, nak main kasar ye? Ambik ni!" Ying membaling buah epal yang dipegangnya tepat ke dahi lanun itu. Lanun itu tumbang.
Ying turun dari pokok. Dia berjalan ke arah seorang lagi lanun itu. Lanun itu berundur sambil menghalakan anak panah ke arah Ying.
Ying menepis anak panah dan busur lanun itu. Senjata lanun itu tercampak jauh. "Mari lawan secara free-hand." Ying membuka kekuda kung fu nya. (Apahal masuk kung fu ni?)
Lanun itu cuba menyepak Ying. Tetapi kakinya ditangkap Ying. "Kaki kau tak cukup kuat." Ying tersenyum sinis.
Lanun itu menarik kakinya kembali dan cuba menyerang lagi dengan lebih kuat. Ying menahan menggunakan tangannya. "Aduh..." tangan Ying menjadi merah.
"Sakit? Tau tak aku juara futsal waktu sekolah rendah dulu?" lanun itu tersenyum sinis kembali ke arah Ying.
"Heh, setakat juara futsal. Aku olahragawati tahunan sekolah rendah kot..." Ying menyepak kaki lanun itu hingga tersungkur.
(kalau korang betul2 fan setia Bbb yang baca semua kisah dia pasti korang kenal siapa watak-watak lanun hutan ni kan? ;P )
"Erghh... tak guna!" Lanun itu cuba bangun. 'Dup!' lanun itu pengsan selepas kepalanya dihentak oleh sebiji buah kelapa. (wuihh keras tu...)
Ying memandang ke arah Yaya di sebelahnya. "Err... kuat sangat ke aku hentak?" Yaya memandang Ying sambil menutup mulutnya.
"Lagi kuat lagi bagus. Sakit tangan aku disepak budak ni." Ying mengusap tangannya yang merah.
"Woahh... dahsyatlah kau Ying!" Gopal menepuk bahu Ying. Ying terlompat.
"Ish, kau ni. Sakitlah bahu aku!" Ying menyiku Gopal.
"Dah lah tu. Mari kejut Boboiboy ni. Kesian dia." Yaya menghampiri Boboiboy yang terbaring. "Macam mana nak kejut dia ni?"
"Ahh... kalau budak ni kitorang tau caranya." Gopal dan Ying berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum.
"Ha?!" Yaya mengangkat sebelah keningnya.
'Debusssh!' sebaldi air dicurahkan ke muka Boboiboy. "Warghhhh!!! Jangan gigit aku!" Boboiboy tersedar. Dia terdiam dan memandang sekeliling.
Yaya, Ying dan Gopal mentertawakan Boboiboy.
"Kenapa aku basah ni?" Boboiboy memerah bajunya yang basah.
"Hehe... ni Ying dan Gopal punya idea." Yaya menahan tawanya ketika bercakap.
"Hehe... dah tiga kali aku buat macam ni. Hey, Boboiboy kau memang kena kejut guna air ke?" Ying masih tertawa.
"Ish, tak adalah. Macam mana ni? Baju aku dah basah." Boboiboy memandang mereka bertiga dengan muka menahan geram.
Gopal menepuk bahu Boboiboy, "Lek ah. Nanti dalam perjalanan baju kau akan keringlah."
"Haih... Jom teruskan berjalan. Aku ikut korang!" Ying tersengih.
"Oh ya. Ying, kenapa kau datang sini? Kata tak nak ikut?" Boboiboy bertanya.
YOU ARE READING
Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]
FanfictionYaya terpaksa meninggalkan kerajaan dan adiknya akibat serangan anasir jahat.Adik dan seorang rakannya antara yang tidak dapat melarikan diri dari anasir tersebut. Jadi Yaya melarikan diri bersama seorang pengawalnya. Sampailah mereka di sebuh rumah...