"Huh..huh... ko... korang tahu tak... yang... yang..." nafas lelaki itu turun naik. (Ambik nafas lu derr...)
"Huihh... tenang dulu. Baru cerita." Gopal menepuk belakang lelaki itu.
"Ka...kamu berdua ada terserempak ngan tuan puteri tak?"
Fang dan Gopal menggeleng.
"Tadi kami keluar dari istana."
"Ra... raja dan permaisuri... mereka... da...hhh..."
"Dah apa?" soal Gopal.
"Mereka dah sampai?!" soal Fang pula.
"Bu..bukan... Tuanku raja dan permaisuri dah mangkat!"
"APA?!!!" bagaikan kaca terhempas ke batu perasaan mereka apabila mendengar khabar yang tak dijangka itu.
"Ma... macam mana..?"
"Sewaktu mereka di sana raja dan permaisuri dijangkiti wabak penyakit tersebut. Namun apakan daya, mereka sudah cuba kembali ke sini untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik tetapi nyawa mereka sudah tiada."
"Dah bagi tahu tuan puteri dan putera?"soal Fang.
"Err... baru sahaja utusan diraja memberitahu Tuan Puteri tadi... er..."
"Lepas itu?"
"Tuan Puteri terus menghilangkan diri. Kami sudah puas mencari."
"Apa reaksi Tuan Putera?"
"Haih... kami rasa simpati nak bagitahu dia. Sudahla baru 9 tahun. Fang, kamu kan rapat dengan Tuan Putera. Bagitahulah dia."
"Huh, Fang rapat dengan Tuan Putera?" Gopal memandang Fang.
"Err... aaa..."
"Kamu baru tahu ke, yang dia memang selalu teman Tuan Putera beriadah setiap petang?"
Gopal memandang tajam Fang. "Apahal aku tak tahu?"
"Erhh... kau kan sibuk kena buat kerja lain... "
"Dah, abang nak pergi dulu. Ada banyak benda lagi nak dibuat. Ah, Fang. Jangan lupa ya." Lelaki itu beredar.
Fang mengangguk.
Fang dan Gopal menuju ke bilik tidur Putera Totoitoy. Sampainya mereka di sana, kelihatan beberapa dayang istana menunggu di luar bilik Putera.
(Macam tunggu permaisuri bersalin lol XD
Fang: Diamlah kau!
Gopal: Ntah, semak je. Tak ada kena mengena kot...
Me: Huh! Lantak pi lah!!! *merajuk*)
"Kenapa ramai-ramai duduk kat luar ni?" soal Fang kepada mereka.
Salah seorang dari mereka berkata, "Tu, Tuan Putera macam dah tahu pasal kemangkatan Raja dan Permaisuri. Dari tadi dia nampak 'mendung' saja."
"Kami takut dia akan mengamuk sebab tak dapat terima kenyataan." Sampuk lagi seorang.
Gopal memandang mereka, "Ni mesti kes akak semua ni banyak tengok drama kan? Takkanlah Tuan Putera akan buat macam tu?" (Perempuan memang suka terpengaruh drama~)
"Hish! Fang, kamu pergilah jenguk Tuan Putera." Kata dayang itu.
Fang mengangguk. Dia membuka pintu bilik itu.
"Tuan Putera?" dia menegur. Dia melihat Totoitoy yang sedang duduk di tepi katilnya berhadapan dengan tingkap. Teguran Fang tidak dilayan.
"Tuan Putera ok?" dia masuk perlahan-lahan. Pintu ditutup.
YOU ARE READING
Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]
FanfictionYaya terpaksa meninggalkan kerajaan dan adiknya akibat serangan anasir jahat.Adik dan seorang rakannya antara yang tidak dapat melarikan diri dari anasir tersebut. Jadi Yaya melarikan diri bersama seorang pengawalnya. Sampailah mereka di sebuh rumah...