Bab 16

545 34 19
                                    


"Cahaya tu!" kata mereka berdua serentak.

Ying memandang sekeliling, "Peliknya... mana budak tujuh orang tu?"

Gopal pergi memeriksa lelaki tersebut, "Ying, aku rasa ni diorang." Ying mendekati lelaki tersebut dan memerhati wajahnya. Muka lelaki itu agak serupa seperti budak tujuh orang itu.

(Ahh.. apa jadi ni? Penulis sendiri pun dah pening.)

"A... aku dah pening." Ying terduduk. "Drama apa pulak akan jadi nanti?".

Gopal menarik lelaki tersebut. "Dah, kalau kita nak tahu kita kena kejutkan lelaki ni."

Ying berdiri, "Biar aku ambik air."

Setelah beberapa saat Ying kembali membawa segelas air.

"Kenapa bawa segelas? Bawalah segayung ke, sebaldi ke?" banyak pula songeh si Gopal ni.

"Baik aku ambil seperigi terus." Ying bercekak pinggang.

Gopal menyuruh Ying mengejutkan lelaki itu. "Ying kau renjis air di muka dia."

"Kenapa aku pula?"

"Kalau aku, memang aku dah simbah segelas di muka dia."

"Hmph..." Ying merenjis beberapa kali pada muka lelaki itu. Lelaki itu mula sedar.

"Ahhh... jangan tembak aku!" jeritan lelaki itu membuat Ying dan Gopal terkejut.

"Huh... huh... huh..." muka lelaki itu kelihatan ketakutan dan berpeluh. Dia memandang Ying dan Gopal. "Ke... kenapa korang pandang aku macam tu?"

Soalan lelaki tersebut membuatkan mereka berdua tercengang. "Kau... kau siapa?"

Lelaki tersebut hairan. Dia memandang dirinya dari atas ke bawah. "A... aku?!" tiba-tiba kepalanya menjadi sakit. Penglihatannya kabur dan dia pengsan semula.

"La... pengsan balik." Gopal menggaru kepalanya.

Dbushh! Muka lelaki itu disimbah segelas air. (dah give up renjis air lah tu)

Lelaki itu terbangun dengan reaksi penuh kejutan. "Ke...kenapa korang simbah aku?!"

Gopal terus menyorok di belakang Ying. Ying bersuara, "Er... kau pengsan tadi."

Lelaki itu memicit-micit dahinya. Dia melihat dirinya semula. "A... aku dah kembali normal! Te... terima kasih Ying!" lelaki itu kelihatan amat gembira.

"Normal? Apa maksud kau? Siapa kau? Kenapa rupa kau sama macam tujuh orang budak tu?" bertalu-talu soalan yang dilontarkan Ying.

"Ouhh... ye nama aku, Boboiboy..."

"Pfft... Boboiboy? Comelnya nama." Gopal tergelak.

"Eee... mana ada comel!" Boboiboy menyilangkan tangan di dada.

"Ha... habistu kenapa kau tadi kecik sekarng dah besar? Ahh... aku pening cuba cerita apa jadi ni?" Ying mahukan penjelasan Boboiboy.

Boboiboy terdiam. Dia cuba mengimbas kisah silamnya satu persatu. Dia tak dapat mengimbas dengan jelas. Hanya apa yang dia ingat ialah...

"Tembakan tu... mata merah dia..." Boboiboy masih tidak mendapat bayangan yang jelas. Ingatannya masih kabur. Hanya beberapa perkara sahaja dia mampu mengingat.

"Tembakan? Mata merah?" Ying masih tertanya-tanya.

"A... aku tak boleh ingat. Aku cuma ingat aku ditembak dan... seseorang cuba selamatkan aku. Mata dia warna merah. I... itu je yang aku mampu ingat." Kepalanya makin sakit. Dia cuba memaksa dirinya mengingati kejadian itu.

Gopal terkejut. "Mata merah?! Uishh... hantu ke?"

"Entahlah aku... aku tak pasti." Boboiboy makin lemah.

Dia hampir terjatuh tapi sempat ditahan oleh Gopal.

"Kau janganlah paksa diri kau Boboiboy. Selalunya orang hilang ingatan ni memang susah nak ingat dalam masa yang singkat." Ying menenangkan Boboiboy.

Boboiboy tersenyum, "Emm... terima kasih Ying atas nasihat kau. Eh, keadaan Yaya macam mana sekarang?"

Gopal dan Ying memandang sesama sendiri. "Ha'ah la. Kita dah terlupa fasal Yaya."

Ying terus berlari ke dalam rumah. Diikuti Boboiboy dan Gopal.

Ying terus menerpa ke arah Yaya dan memeriksa Yaya. Yaya masih lagi tidak sedarkan diri. Ying mengangkat kepala Yaya perlahan-lahan.

"Yaya, bangun." Gopal memanggil nama Yaya.

Perlahan-lahan mata Yaya terbuka. Mereka semua gembira. "Yaya kau dah sedar!"

"Korang...?" Yaya duduk perlahan-lahan. Dia memandang mereka semua satu persatu. "Korang ni... siapa?"

"Ha?!" mereka bertiga terkejut. (Yaya hilang ingatan ke?)

//////////////////////////////

Maaflah sebab lambat update cerita ni. Mohon sangat2 maaf dari reader semua ya!

Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now