"Ah, biarlah!" Fang terus keluar dari rumahnya.
"Ish, Fang... Kau ni takkan berubah. Hmm..." Lelaki itu menggeleng perlahan. Apalah nak jadi dengan adiknya itu. Haih...
Hai, aku Kaizo. (Masuk POV Kaizo jap...)
Aku pembuat jam kuasa sambil dibantu kawan Fang yang sebaya dengannya, Ochobot.
Ochobot seorang kanak-kanak yang mempunyai IQ yang tinggi. Walaupun dia sebaya Fang. Jadi aku meminta pertolongan dia untuk membantu aku membuat jam kuasa ini.
Fang bukannya tak boleh tolong. Cuma, alasan dia itu...
"Tak nak, bukannya dapat upah pun."
"Hey, kau dah dapat pakai satu ok lah tu."
"Ish, tak mahu. Zaman sekarang duit ialah segalanya."
"Mana lagi penting, duit atau kasih sayang?"
"Apa kena mengena?!"
"Saja... jadi kau nak tolong atau tak?"
"TAK MAHU!"
Dasar adik pemalas. Dah la pemalas, degil pulak tu. Er... jangan bagitahu Fang.
Setakat ni kami dah buat 4 jam kuasa. Masih ada lagi 3 belum kami tambah baik lagi.
Aku, adik aku, Boboiboy dan Ochobot. Kami pakai jam kuasa ini untuk mengujinya. Malangnya, jam ini semuanya belum stabil lagi.
Aku masih cuba membuat tiga lagi jam kuasa. Nak cukupkan tujuh. Saja...
Aku setkan jam kuasa aku sebagai jam kuasa induk. Jadi, kalau jam lain ada masalah aku akan dapat kesan dan cuba betulkan walaupun dalam keadaan jarak jauh.
Cuma sampai sekarang aku dan Ochobot masih mencari cara untuk menstabilkan jam-jam kuasa ni.
Supaya ia takkan memudaratkan pemakai.
(Kaizo POV tamat. Tak aci betul. Kaizo sorang je ada POV sendiri.)
Di sebuah padang bersebelahan hutan sempadan yang tebal. Fang baru sampai di tengah padang itu.
Dia terus menyeru, "Boboiboy! Sini kau. aku nak selesaikan masalah dengan kau sekarang!"
Seorang budak lelaki berbaju jingga datang kepadanya. Matahari semakin terik.
"Hm... apa kau nak Fang?"
"Aku nak lawan balik dengan kau, Boboiboy! Aku tak puas hati dengan keputusan peperiksaan tadi."
"Alah Fang... Beza satu markah je pun..." Boboiboy menggaru kepalanya.
"Entahnya Fang ni. Sudahlah. Peperiksaan akan datang kan ada?"kata seorang budak lelaki berbaju t-shirt kuning, rambutnya berwarna hitam berkilat dan matanya beriris biru duduk di bawah bayangan pokok kerana tidak mahu sunburn. (Amboihh)
"Ish, kau diam Ochobot. Ini antara aku dengan Boboiboy! Disebabkan dia, peminat aku dah berkurangan!"
Ochobot hanya menggeleng. Malas betul melayan orang sebegini.
"Mari Boboiboy, kalau kau berani." Fang cuba memprovokasi Boboiboy.
"Heh, mestilah berani!" Boboiboy membuka kekuda.
Hiyyah!!! Mereka berdua mula menyerang. Ochobot hanya memerhati dengan tenang dua orang sahabatnya berlawan. Dia membuka buku sains dan membuat kerja sekolah. Esok mahu dihantar.
"Helang Bayang!" Helang bayang Fang mematuk kepala Boboiboy berkali-kali.
"Aduh! Aduih! Ish, heyyah!" Pedang petir Boboiboy menusuk pada helang itu. Helang itu lesap.
"Tangan Bayang!"
"Heh, asyik lawan secara jarak jauh je. Takut nak lawan secara dekat ke?" Boboiboy memprovokasi Fang pula.
"Eihhh... berlagak! Ambik ni!!!" tangan bayang hampir Fang menghempap ke atas Boboiboy.
"Huh?! Kokun Tanah!" Boboiboy melindungi dirinya.
Ochobot bersandar di bawah pokok. Rambutnya ditiup angin sepoi-sepoi bahasa akibat serangan Boboiboy dan Fang.
"Hmm... nampaknya jam diorang tak ada masalah untuk keluarkan kuasa tanpa 'warm up'."
"Sempat lagi Si Ochobot ni buat analisis." Desis hati Fang.
Disebabkan Fang kehilangan tumpuan Boboiboy mendapat peluang untuk menyerangnya.
"Ikatan akar berduri!" Badan Fang diikat oleh tali(?) berwarna hijau dan berduri.
"Erghh... apa ni?! Main tipu!!!" Fang mengerang. Fang memandang Boboiboy yang telah berpecah 3. Gempa, Halilintar dan Thorn.
Halilintar tersenyum jahat. Tangannya perlahan-lahan menyentuh ke akar berduri Thorn untuk mengalirkan arus elektrik ke Fang.
Gempa menepis tangan Halilintar.
"Aduh. Kau dah kenapa?"
Gempa menggeleng, "Dah la tu. Jangan savage sangat."
Hali mengeluh. Dia menyilangkan tangan di atas dada.
"Alah... tapi dia nak serang kita tadi." Thorn merungut. "Hampir masuk bahagian epik tadi..."
"Dah... lepaskan dia." Gempa memberi arahan.
Lilitan akar berduri terlerai dari Fang. Fang bangun perlahan-lahan.
Boboiboy kembali bercatum kepada asal.
Fang cuba berdiri tegak, "Kau ni! Sini kau!" Fang mengejar Boboiboy.
"Ah!! Apa ni Fang!" Boboiboy berlari laju. "Aku tak belasah kau pun!"
"Kau dah menambah kesakitan hati aku!!!" Fang terus mengejar tanpa belas kasihan.
Jadi, bermulalah episod berkejar-kejaran dua orang kanak-kanak itu.
Seperti biasa Ochobot hanya jadi pemerhati dan penganalisis tingkah laku mereka. Dia menghela nafas berat.
Tiba-tiba langit yang cerah menjadi mendung tanpa sebarang awan yang menghalang cahaya matahari. Ochobot memandang langit yang berwarna biru gelap itu. 'Itu bukan tanda hari mahu hujan.'
YOU ARE READING
Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]
FanfictionYaya terpaksa meninggalkan kerajaan dan adiknya akibat serangan anasir jahat.Adik dan seorang rakannya antara yang tidak dapat melarikan diri dari anasir tersebut. Jadi Yaya melarikan diri bersama seorang pengawalnya. Sampailah mereka di sebuh rumah...