BAB 23

458 34 9
                                    

Yaya berjalan perlahan-lahan diikuti yang lain. Akhirnya mereka sampat di sebuah simpang dua.

"Mana kita nak lalu ni?" Boboiboy menggaru kepalanya.

"Hmm... sebelah kiri ke dapur istana. Kalau sebelah kanan... kita akan ke penjara besi dan penjara bawah tanah." Gopal cuba menghafal kembali selok-belok istana.

"Kita ke kanan!" Yaya terus meluru ke lorong kanan.

"Eh, Yaya!" Gopal terkejut dengan keputusan Yaya. Ying mengikuti Yaya melalui lorong itu. Gopal masih tercengang.

Boboiboy menepuk bahu Gopal. "Dah, mari. Kita ikut je Yaya. Taulah dia apa yang dia buat." Boboiboy terus pergi meninggalkan Gopal.

"Haih... pelik-pelik kawan aku. Weh, tunggu aku!!" Gopal yang ketinggalan mengejar mereka.

Yaya masuk ke satu laluan lain pula dan akhirnya dia terjumpa satu bilik dengan pintu bertutup. Dia membuka pintu itu perlahan-lahan.

"Eh, Yaya. Itukan bilik kawalan penjara?" Gopal bertanya.

"Ya!" Yaya masuk ke dalam bilik itu. Dia terus menyerbu ke bahagian mesin kawalan. Tangannya lincah mengendalikan mesin itu.

Boboiboy dan Ying hanya terdiam melihat Yaya begitu terburu-buru. Gopal apatah lagi, tidak pernah melihat Yaya mengendalikan mesin. Tiba-tiba saja dia dapat mengendalikan mesin dengan baik.

"Fuh, dah selesai. Aku dah padam kawalan keselamatan penjara." Yaya tersenyum lega.

"Ma... macam mana kau buat? Hebatnya!" Gopal masih terkejut.

"Kau memang pakar mengendalikan mesin ya?" Ying bertanya.

"Hebatlah Yaya. Habis terpadam semua kawalan keselamatan.Terbaik!" Boboiboy memujinya.

"Terima kasih. Aku belajar semua ni dari Fang. Eh, itu...?!" Yaya memerhati rakaman CCTV di sebuah skrin yang memaparkan keadaan dalam penjara. Semua pengawal dan ahli istana terkurung di dalam penjara.

"Diorang ada dalam penjara?!" Yaya memeriksa semua rakaman CCTV penjara istana. Dia seperti mencari sesuatu. "Mana adik aku?"

Gopal menunding jari ke arah sebuah skrin kecil. "Itu adik kau dan Fang."

"Huh?!" Yaya melihat skrin itu. Adiknya dan Fang terkurung dalam penjara bawah tanah.

Ying pergi ke sebelah Yaya. "Itu adik kau? Seorang putera?"

"Ya." Yaya mengangguk.

"Mari keluarkan mereka. Yaya, pintu penjara dikawal secara automatik bukan." Boboiboy bertanya.

"Em." Yaya mengangguk. Dia membuka semua pintu penjara yang dikawal secara automatik itu. Satu persatu pintu penjara dibuka.

Para pengawal dan ahli istana yang lain di dalam penjara terkejut apabila pintu penjara automatik dibuka.

Boboiboy memandang Yaya yang tiba-tiba terhenti. Dia seperti memikirkan sesuatu.

"Kenapa Yaya?"

"Semua pintu dah dibuka.... kecuali pintu penjara bawah tanah." Yaya masih tercari-cari butang untuk membuka pintu penjara bawah tanah.

"Dey Yaya. Mana ada penjara bawah tanah istana dikawal secara automatik. Guna manual lah..." Gopal memegang segugus kunci bawah tanah di tangan kanannya.

Yaya tersenyum, "Hehe... lupa pula. Dah jom ke penjara bawah tanah sekarang!"

Mereka berempat bergegas ke lokasi tujuan mereka. Sudah banyak masa mereka terbuang. (Ah... tangan sis ni pun dah penat menaip perkataan yang sama banyak kali. TvT)

Semasa mereka menuju ke panjara bawah tanah mereka terserempak dengan para pengawal dan ahli istana. Kelihatan wajah mereka semua terkejut melihat Yaya.

"Tu...tuanku masih hidup lagi?" tanya salah seorang pengawal istana itu.

"Ya. Kenapa kamu tanya macam tu?" Yaya mengangkat kening kirinya.

"Tapi... alien tu kata tuanku dah mangkat."

"Ah, aku dah agak. Itu alien tu punya kerja. Tak guna betul!" Gopal menumbuk tapak tangannya.

"Hmmph. Arahkan semua pengawal untuk mengambil senapang elektrik. Para ahli istana yang lain perlu memberikan rawatan kepada rakyat jelata yang tercedera. Kita perlu pastikan keselamatan mereka." Yaya memberi arahan.

"Baik tuanku. Tapi kenapa kami perlu gunakan senapang elektrik? Kenapa tidak guna senjata yang biasa sahaja?" soal pengawal yang lain.

"Kita berlawan dengan robot. Pastinya tak akan menang jika menggunakan senjata biasa."

"Baik tuanku." Mereka semua beredar.

"Si alien tu, biar beta yang uruskan." Yaya terus melangkah laju ke penjara bawah tanah. Dia perlu melepaskan Fang dan adiknya. Ying, Gopal dan Boboiboy mengikutinya dari belakang.

Akhirnya mereka jumpa sel penjara yang menempatkan Fang dan adiknya.

"Adinda!" Yaya meluru ke arah adiknya. Dia rasakan sudah lama tidak bertemu adiknya.

Fang dan Putera Totoitoy memandang Yaya. Mereka agak terkejut melihat Yaya dan Gopal.

"Yaya?! Gopal?! Korang masih hidup?!" Fang agak tidak percaya.

"Masih, Fang..." Gopal menyilangkan tangannya di dada.

"Kanda! Ke mana kanda pergi?" sang putera memegang tangan kakandanya melalui jeriji besi pintu penjara. Air matanya dikesat.

Yaya memegang pipi adiknya. "Kanda tak pergi jauh pun. Jangan risau kanda akan keluarkan adinda dari sini."

Gopal membuka mangga kunci pada pintu penjara tersebut.

Putera Totoitoy terus memeluk kakandanya setelah keluar dari penjara itu.

Fang keluar dari panjara. Dia memandang telatah dua beradik itu. Dia agak tersentuh. Fikirannya melayang sebentar. Dia teringat sesuatu peristiwa. Adik beradik? Sudah 10 tahun dia merindui saat mempunyai ahli keluarganya. Dahi Fang berkerut sedikit. Seperti ada sesuatu yang dia tak puas hati.

"Yo Fang." Gopal menepuk bahuFang. Fang sedikit terperanjat.

"Menung apa tu? Nak kena peluk juga ke?" Gopal mengusiknya. Dia mendepakan tangannya ke arah Fang. (Apakah?!)

"Ish kau ni." Dia menyiku perut Gopal. "Apapun kau dah jaga Yaya dengan baik. Terima kasih."

"Ah, biasalah. Aku kan pengawal terbaik kerajaan ni." Gopal tertawa angkuh.

"Ceh." Fang menyampah.

Ying muncul tiba-tiba di tepi Gopal. "Jaga dengan baik apanya. Yang Yaya kena racun tu apa cerita?"

Kata-kata Ying membuatkan Gopal terdiam. Dia perlahan-lahan memandang ke arah Fang.

"Apa?! Yaya betul-betul terkena racun?!!" Fang bercekak pinggang.

"Nasib baik dia tak apa-apa." Ying hanya menggeleng.

"Kau ni siapa pula?" Fang memandanggadis itu. Tak pernah dikenali dan dilihat    

Walawwey terpanjang pulak bab ni.... Sis tak tau part mana boleh cut. So, korang hadaplah 800 lebih patah perkataan ni.... 

Nampaknya bab seterusnya kene pendek sikit.

Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now