BAB 18

508 34 8
                                    

"A...apa maksud kau?" Boboiboy bertanya.

Waktu tu....

9 tahun lalu...

Ying sedang membantu neneknya mencari cendawan liar di hutan. Ying, gadis yang ceria berkacamata bulat mencari dengan penuh bersemangat. (Waktu tu Ying umur 11 tahun)

"Nenek! Dekat sini ada belalang!" Ying teruja melihat serangga hijau kecil itu.

"Eh, jangan jauh sangat." Neneknya yang agak berumur itu mendekati Ying.

"Ok." Ying tidak lagi pergi jauh dari neneknya. Sedang dia berjalan kakinya tersadung sesuatu. Dia berhenti dan menoleh benda yang disadungnya. Dia cuba melihat benda itu dengan teliti.

Tapi, tiba-tiba...

"Ying! Mari balik. Dah hampir petang ni." Neneknya memanggil.

"Baik nek!" Ying terus mengikut neneknya pulang ke rumah di dalam hutan.

Malam itu, Ying tidak boleh tidur lena memikirkan benda yang dijumpainya ketika dia tersadung tadi. 'Apa benda tu? Nampak macam mahal dan berkilau?' hatinya berbisik.

Jadi, Ying mengambil keputusan untuk curi-curi keluar rumah tanpa pengetahuan neneknya dan mengambil barang itu. Dia membawa sebatang lampu suluh. (beraninya dia.)

Ying kembali semula ke hutan. "Mana benda tu?" Ying menyuluh di sekitar lantai hutan. Cahaya lampu suluhnya dipantulkan oleh sesuatu di sebalik rumput itu.

"Ehh? Apa tu?" dia menghampiri dan mengambil benda itu. Dia membelek benda itu. 'menarik!' bisik hatinya.

Dia membersihkan benda itu dari sisa tanah yang melekat pada benda itu. "Ini jam!" Ying makin teruja. Dia terus memakai jam itu tanpa memikirkan siapa pemilik asalnya. Sejurus kemudian dia kembali ke rumahnya.

"Eh?!" dia memerhati rumah neneknya. Pelik. Lampu tertutup. Kenapa pintu ni terbuka? Dia membelek pintu itu. 'Tombol pecah?' dia melangkahkan kakinya ke dalam rumah.

Sebaik saja dia memetik suis untuk membuka lampu, dia terlihat sekujur tubuh terbaring di hadapannya.

"Nenek?!!" Ying menerpa ke arah neneknya yang terbaring. Dia mengangkat kepala warga emas itu. "Nek, nek? Nenek bangun!" Ying menggoncang tubuh neneknya.

Air mata Ying berderai jatuh, "Sedarlah nek!"

Neneknya membuka mata perlahan-lahan. "Ying." Dia memegang pipi cucunya.

"Nenek?! Kenapa?" Ying terlihat sebilah pisau tertikam di bahagian perut neneknya. Darah mengalir laju keluar.

"Ying, kamu pergi mana tadi?" suara neneknya tersekat-sekat.

"Ying pergi hutan tadi. Ying jumpa jam tangan ni." Ying menunjukkan jam tangan yang dipakainya.

Neneknya hanya tersenyum kelat. "Ying, dalam bilik nenek ada 5 buah buku perubatan. Kamu ambil dan jaga buku itu baik-baik. Buku yang ke-5..." neneknya berhenti bercakap. Dia terbatuk.

"Nenek?!" Ying makin gusar.

"Ying... takpe. Buku yang ke-5 nenek belum habis tulis. Jadi boleh kamu sambung menulis buku tu?" pinta neneknya.

"Bo..boleh nek." Ying mengangguk laju tanpa berfikir masak-masak. Dia lebih mementingkan keadaan neneknya berbanding dia memikirkan apa yang perlu dia buat untuk meneruskan penulisan buku perubatan itu.

"Tapi... macam mana nenek boleh jadi macam ni?" air mata Ying makin laju.

"Tadi rumah kita dirompak. Nenek pergi ke bilik kamu untuk pastikan kamu tak apa-apa. Tiba-tiba nenek bertembung dengan perompak itu dan tak sangka... nenek ditikam." Suara neneknya makin perlahan.

"Uhh... nenek jangan tinggalkan Ying. Ying dah takde sesiapa dalam hidup Ying!" Ying merayu supaya neneknya menguatkan semangat.

Mata neneknya tertutup dan dia menghembuskan nafas akhirnya. Ying terkejut dengan pemergian neneknya. "Nek? Nenek...? Nenek?!!!" Dia memeluk rapat mayat neneknya.

"Ke... kenapa?!!"

"Ying, kami bersimpati." Boboiboy memahami perasaan Ying yang kehilangan seorang ahli keluarga dalam hidup.

"Mesti nenek aku takkan mati kalau aku tak tinggalkan rumah malam tu." Ying merintih.

"Ying, setiap yang jadi ada sebabnya."

Yaya memeluk Ying untuk menenangkan Ying yang menangis dengan agak kuat. Gopal hanya diam memandang ke arah Ying.

/////////////////////////////////////////

Sedih tak? Ahaha... agak hambar buakan?

Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now