BAB 29

402 31 3
                                    

Jadi, bermulalah episod berkejar-kejaran dua orang kanak-kanak itu.

Seperti biasa Ochobot hanya jadi pemerhati dan penganalisis tingkah laku mereka. Dia menghela nafas berat.

Tiba-tiba langit yang cerah menjadi mendung tanpa sebarang awan yang menghalang cahaya matahari. Ochobot memandang langit yang berwarna biru gelap itu. 'Itu bukan tanda hari mahu hujan.'

Dit! Dit! Jam kuasa ochobot berbunyi. Tanda mesej masuk. Dia membuka mesej itu dan membacanya.

Mesej dari Kaizo Si Rambut Tegak. (Pftt...) 'Hmm...' mesej Kaizo dibaca Ochobot satu persatu.

'Hati-hati. Mereka menghampiri. Selamatkan diri!'

"Pftt... buat lawak ke Abang Kaizo ni? Macam buat pantun." Tapi Ochobot dapat merasakan ia suatu yang serius.

Ochobot cuba membuat panggila kepada Kaizo. Dit... dit...

"Ah... angkatlah."Ochobot keresahan. Panggilannya tak dijawab.

Tut! "Ochobot!" wajah Kaizo muncul pada panggilan hologram jam itu.

"Kenapa Abang Kaizo hantar mesej tu? Ada kecemasan ke?"

"Sangat! Jauhkan diri dari mereka! Sembunyikan diri kamu bertiga! Nanti aku sampai!" tit! Mesej itu terhenti di situ.

"Abang Kaizo! Kenapa ni?"

Ochobot menjadi makin cemas. Langit makin gelap.

Tetapi episod kejar-mengejar Boboiboy dan Fang masih berada di bahagian klimaks.

"Boboiboy! Fang! Sini!!!" Ochobot melaung dari jauh

Malangnya kedua tidak mengendahkan Ochobot. Sibuk berkejaran diselangi dengan beberapa pukulan sesama sendiri.

"Ish, tak dengar pula diorang ni. Apa aku nak buat?" Ochobot berfikir. "Ha!"

"Kuasa teleportasi!" Ochobot menghilangkan dirinya dan muncul di antara Boboiboy dan Fang yang sedang bertumbuk.

"Korang!" Ochobot menahan Fang dan Boboiboy dari terus bergaduh.

"Apa?" wajah Fang bengis dan mempunyai kesan calar balar akibat bergaduh tadi. Ochobot memandang pula wajah Boboiboy yang lebam di mata kiri akibat ditumbuk. (ganas betul deme ni...)

"Kita perlu selamatkan diri."

"Huh? Dari?" kening Boboiboy terangkat sebelah.

"Dari tu!" Ochobot menunding ke langit. Fang dan Boboiboy mendongak. Kelihatan sebuah objek besar di ruang langit yang gelap. Sungguh besar, sebesar padang itu.

"Lari jom!" Ochobot menarik tangan Boboiboy. Fang mengikuti Ochobot yang berlari bersama Boboiboy.

Mereka menuju ke hutan di hutan tebal berdekatan padang itu dan menyorok di situ.

"Ke... kenapa ni?" Boboiboy bertanya cemas.

Tit! Tit! Jam Fang berbunyi. Satu panggilan hologram keluar memaparkan wajah Kaizo.

"Hey, Fang!" wajah Kaizo agak cemas.

"Abang! Ke... kenapa ni?"

"Mereka dapat mengesan jam kuasa kita."

"A... apa?! Siapa mereka?" mereka bertiga terkejut.

"Urghh... mereka dari 'sana'. Tunggu aku datang. Ochobot, aku dah cuba matikan keaktifan jam kuasa, tapi tak dapat."

"Biar saya cuba pula!" Ochobot lantas melakukan sesuatu pada jamnya.

"Tak perlu, mereka dah sampai. Kita tak ada masa. Cara yang terbaik adalah dengan berdepan."

"Macam mana 'mereka' boleh kesan jam kuasa?" soal Boboiboy.

"Ugh.. bukan sekarang. Nanti aku terangkan. Jaga jam kuasa dan diri korang!"

Dip! Panggilan hologram ditutup.

Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri.

Perlahan sebuah objek besar itu mendarat di atas padang besar itu.



///////////////////////////////////////////////////////

Sori korang sebab lambat update...

Sebenarnya sis agak busy... dan cerita ni agak tersasar jauh dari tajuk...

So, sis decide nak tukar tajuk. Ok tak?

Apapun keep voting guys...

Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now