Waktu pagi. Di meja santapan istana.
'Haccum!!!' Boboiboy terbersin. Dia kemudian menggosok hidungnya. "Maaf, malam tadi sejuk sangat."
"Sebelum kau tidur, lupa tutup tingkap?" soal Yaya.
"Ahh... Ya." Balas Boboiboy.
"Nah." Ying menghulur tisu pada Boboiboy.
"Terima kasih."
"Yaya, kenapa kau yang jadi pemerintah? Bukan selalunya lelaki ke yang menggalas tanggungjawab ni?" soal Boboiboy.
"Ouh... itu. Mengikut undang-undang kerajaan ini selalunya pemerintah ialah anak lelaki paling sulung. Sepatutnya memanglah adik aku ambil alih. Namun, syarat seterusnya ialah dia perlu berumur 16 tahun ke atas. Adik aku baru sahaja mencecah umur 15 tahun."
"Nampaknya lagi setahun dia dah boleh ambil alih takhta pemerintahan kerajaan inilah ya?" Boboiboy teruja.
Ying mengangguk tanda faham.
"Walauapapun dia masih perlu mengharungi ujian sebelum naik takhta." Jelas Yaya.
"Tapi sewaktu kau naik takhta dulu, kau tak ambil ujian tu kan? Umur kau pun tak sampai 16 tahun lagi waktu tu." Tanya Boboiboy lagi.
"Ahaha... waktu tu dalam keadaan terdesak. Para pembesar risau kalau akan terjadinya kumpulan pemberontakan. Itu yang aku terus terima takhta-"
Fang menyampuk. "Yaya bukan macam korang. Dia waktu tu dah boleh melaksanakan tanggungjawab yang besar tu. Bukan macam korang berdua. Sampai sekarang tak reti berdikari, mengada-ngada macam budak-budak lagi...umphhfffhhhh!!!"
Yaya menyumbat roti dalam mulut Fang. "Dah... dahlah Fang kau nak menyakitkan hati orang."
Ying panas tem]linga mendengar kata-kata Fang. Dia dah berdiri dari tadi, "Ish, kau ni! Macam kau tu hebat sangat saja! Cakap orang tak reti berdikari! Mengada-ngada! Itu penghinaan yang terbesar kau buat kat aku!"
Fang mengeluarkan roti yang disumbat Yaya dari mulutnya. Dia berdiri. "Apahal! Kau terasa ke? Maksudnya betullah tu. Kau memang dalam ketegori orang yang lemah macam tu~"
"KAU NI!!!" Ying hampir datang nak mencekik Fang sampai mati. (*Tutup mata*) Namun, nasib baik Yaya dan Boboiboy menahan mereka berdua dari mencetuskan pertumbukan. Namun Ying dan Fang sama-sama keras kepala.
"Sabar!" pujuk Yaya.
"Sudahla tu!" Boboiboy sudah mengalah mendengar mereka berbalah sesama sendiri. (Haih... tak guna dah nak halang deme bergaduh~)
Gopal yang baru sampai terkejut juga melihat mereka berempat dalam keadaan yang agak haru-biru itu. "Apahal ni?" (Soalan dia tu... terang2 nampak tengah gaduh kan?)
Tok! Tok! Tok! Pintu diketuk. (macam lagu pulak lulzz)
Seorang dayang datang membuka pintu tersebut.
"Kakanda... ada seseorang mahu berjumpa dengan kakanda dan abang Fang." Kata Putera Totoitoy.
"Huh? Siapa?"
"Entahlah. Dia macam penceroboh sebab masuk ke istana dengan menyelinap. Tapi sebelum pergi dia mahu berjumpa kakanda dan abang Fang. Mungkin dia ada permintaan, dan hanya kakanda dan abang Fang saja yang boleh tunaikan."
Fang dan Yaya berpandangan sesama sendiri.
"Baiklah. Dia di mana?" soal Yaya.
Xxxxxx Langkau Masa xxxxxX
YOU ARE READING
Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]
FanfictionYaya terpaksa meninggalkan kerajaan dan adiknya akibat serangan anasir jahat.Adik dan seorang rakannya antara yang tidak dapat melarikan diri dari anasir tersebut. Jadi Yaya melarikan diri bersama seorang pengawalnya. Sampailah mereka di sebuh rumah...