The Mischievous
Nur Adila Dania, Aryana Farha , Ameena Imni, Alice Ilyana Raisha, Airin Adriana dan Asya Zalikha, sahabat baik yang berkawan sejak di bangku sekolah. Persahabatan mereka amatlah akrab sehingga menginjak ke alam dewasa.
Sewaktu di zaman sekolah menengah, mereka sememangnya terkenal dengan gelaran mischievous oleh kerana kenakalan dan kedegilan mereka. Mereka berenam sememangnya Queen of Mafia di TEPCES.
Mereka bukan lah budak jahat, mereka cuma nakal dan suka melanggar peraturan sekolah. Suka duka di alam sekolah menengah mematangkan mereka.
Pengalaman yang mereka peroleh dijadikan sebagai pengajaran untuk digunakan semasa mereka meningkat dewasa. Seperti gadis remaja biasa, mereka juga mempunyai kisah 'cinta monyet' yang berakhir tidak begitu baik.
Mereka mulai sedar bahawa mereka berenam perlu melakukan perubahan ke arah kebaikan. Tatkala kata sepakat dicapai, mereka membuka langkah utk berubah.
Siapa sangka, mereka berjaya dan sangat berjaya. Menginjak ke alam University mereka ditakdirkan berpecah demi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi walaupun tidak bersama. Walaupun mereka mengikut haluan masing-masing hubungan mereka tidak pernah terputus.
Menginjak ke alam pekerjaan, mereka mula sibuk dengan tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu digalas. Mereka berenam masih lagi tidak terpisah walaupun selepas tamat pengajian.
Conflict mula menghimpit mereka berenam.
Nur Adila Dania .. Disebabkan dia terlampau workaholic sehingga tidak sempat mencari pasangan hidup. Ibunya, Puan Naza dan Kakaknya, Nur Sabrina Amani mula menjadi matchmaker dan membuat hidup dia upside down.
Ameena Imni .. Percintaan jarak jauh sememangnya bukan mudah terutamanya apabila jauh beribu-ribu batu. Jauhnya setakat luar negeri tetapi luar negara! Orang ketiga mula hadir untuk menghancurkan hubungannya.
Aryana Farha ... Percintaan yang semakin berputik mula goyah apabila hadir bekas rakan sekelasnya untuk merampas yang tersayang daripadanya. Disebabkan terlampau sibuk dengan kerjaya, dia semakin kurang meluangkan masa bersama si buah hati. Kedudukannya mula goyah.
Alice Ilyana Raisha.. Perhubungan yang mula retak menjadi semakin teruk disebabkan hasutan dan hasad dengki kakak angkatnya sendiri. Kekasihnya sanggup memilih kakak angkatnya berbanding dirinya. Hatinya retak seribu. Lumat bagai ditusuk berjuta pedang. Namun begitu, hadir seseorang yang mengubati hatinya yang terluka.
Airin Adriana .. Kisah cintanya agak berbeza dengan sahabat-sahabatnya. Siapa sangka 'cinta monyet' nya kini dibawa sehingga bakal ke jinjang pelamin. Mereka tidak mempunyai banyak masalah selain daripada masalah yang mereka cipta sendiri. 'Lovebird' ini walaupun terkadang dibahan, tetapi merekalah yang banyak membantu.
Asya Zalikha... Kehadiran bekas kekasihnya yang pernah membuangnya menyebabkan hidup Likha huru hara. Si jejaka mula menagih cinta yang pernah dia sia-siakan dahulu. Pelbagai cara yang telah si jejaka lakukan bagi menambat hari gadis itu kembali.
Adakah Nur Adila Dania akan bersetuju dengan calon pilihan keluarga? Ataupun memilih untuk bersetuju dengan idea GILA Airin Adriana?
Berjayakah Ameena Imni bagi mempertahankan long distance relationshipnya? Atau adakah dia memilih untuk berserah sahaja?
Mampukah Aryana Farha menyelamatkan hubungannya daripada orang ketiga? Atau dia berundur diri demi kebaikan semua?
Siapakah yang dipilih Alice Ilyana Raisha? Antara cinta pertama yang banyak menyakitkan hati ataupun si jejaka yang banyak menyenangkan hatinya?
Berjayakah Airin Adriana untuk berkahwin dalam masa terdekat? Atau adakah dia sanggup korbankan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung demi sahabat-sahabatnya?
Adakah Asya Zalikha akan menerima bekas kekasihnya kembali? Atau masih teguhkah penderian nya untuk tidak menerima lelaki itu?
(Kalau nak tahu sila baca)
YOU ARE READING
The Mischievous
Teen FictionThe Mischievous Nur Adila Dania, Aryana Farha , Ameena Imni, Alice Ilyana Raisha, Airin Adriana dan Asya Zalikha, sahabat baik yang berkawan sejak di bangku sekolah. Persahabatan mereka amatlah akrab sehingga menginjak ke alam dewasa. Conflict mul...