LIKHA POV
Aku menguap untuk kesekian kalinya. Lambatnya diorang. Teruk betul. Janji pukul 8 pagi, ini dah 8:30 pagi. Diorang tak tahu ke dekat luar ni sejuk?
"Eh Likha, kau tak pergi lagi ke?" Ily keluar sambil mengunci pintu rumah.
"Itu lah. Dari tadi aku tunggu diorang. Ini mesti Rean yang buat hal" aku mendegus geram.
"Kalau diorang lambat lagi kau tunggu aja lah dekat dalam" aku mengangguk kecil.
"Kau nak keluar pergi mana Ily? Bukan hari ni kelas kau batal ke?" Aku memandang Ily yang cantik memakai blouse jenis Smock berwarna maroon.
"Aku nak temankan Ayyan breakfast. Kan dia ada ajak kau semalam" aku mengangguk kecil.
"Haah. Sorry aku lupa. Ily boleh tak kau tunggu sekejap. Kalau diorang lambat lagi aku nak ikut kau" Ily hanya mengangguk sambil mengambil tempat disebelah aku.Iphone di dalam poket baju sejuk dicapai sebelum nombor Raja Adrean didail. Tatkala talian bersambung suara Adrean menyapa gegendang telinga.
"Assalamualaikum Likha, kau ada dekat mana tu?" Aku mengetap bibir.
"Waalaikumusalam! Dey tambi! Patutnya aku yang kena tanya kau ada dekat mana? Kau dengan Yus juga yang beria-ria ajak aku jogging dekat Central Park. Dah penat aku tunggu ni. Janggut aku pun dah beruban.
Kau jadi pergi atau tidak sebenarnya ni? Haih panas betul hati aku! Dah setengah jam aku duduk dekat luar rumah dalam cuaca pagi yang sejuk dingin ni!" Aku melempiaskan geram aku kepada Adrean. Baik punya aku membebel dalam satu nafas. Terbaik!
"Kau dah habis cakap ke?" Aku menggenggam penumbuk. Kalau si Rean ada depan aku, mahu aku layang buku lima sulung aku khas untuk dia. Boleh dia tanya!
"Dah lah! Kau ingat tak penat ke bercakap panjang-panjang. Membebel dekat kau! Membazir air liur aku tau. Baik kau bagi penerangan yang logik dekat aku kalau kau tak nak aku gantung kau dekat mahkota Statute of Liberty sana!" Lelaki itu hanya ketawa dihujung talian.
"Raja Adrean! Tak kelakar kau tahu tak. Aku tengah marah ni, boleh kau ketawa!" Aku membentak kaki akibat terlalu geram. Ily disebelah sudah memandang aku pelik.
"I can't help myself okay. Kau tu kelakar sangat. Macam mana aku tak ketawa. Sepanjang 20 tahun aku hidup tak pernah lagi orang membebel dekat aku macam kau. Even Bonda aku tak suka membebel" balas Adrean. Suaranya amat santai. Langsung tak takut dengan aku yang dah naik hantu.
"Eh! Kau ni ingat seronok ke membebel. Suka hati kau lah! Aku doakan kau dapat bini yang membebel pot pet pot pet 24 jam setiap hari biar telinga kau berdarah. Aamin! Padan muka kau!" Memang tahap kesabaran aku dah cecah limit.
"Weh! Kau kejam doakan aku macam tu. Gantung diri aku kalau dapat yang macam tu. Sorry ah weh. Aku bukan sengaja. Aku sebenarnya dah keluar. Tunggu nak hidupkan kereta aja. Alih-alih Bonda dan Ayahanda aku datang melawat kawasan" dahi aku berkerut.
"Dah kenapa pulak? Kau ada buat benda pelik ke?" Aku menyoal. Hilang terus marah aku.
"Ini lah yang aku bengang. Mentang-mentang adik dengan abang aku tu kaki perempuan. Tak bermakna aku ikut their footstep. Bonda datang nak sport check. Mana tahu ada jumpa benda pelik-pelik dalam rumah aku tu" Rean mendegus.
"Iya ke? Kesiannya dekat kau. Habistu dalam rumah kau tak ada benda pelik kan?" Aku pula yang berdebar.
"Ish mana ada. Kau kenal aku kan. Sorry sebab aku tak boleh call kau. Bos besar turun padan betul-betul buat nafas aku semput" aku boleh bayang muka gusar Rean macam mana.
YOU ARE READING
The Mischievous
Teen FictionThe Mischievous Nur Adila Dania, Aryana Farha , Ameena Imni, Alice Ilyana Raisha, Airin Adriana dan Asya Zalikha, sahabat baik yang berkawan sejak di bangku sekolah. Persahabatan mereka amatlah akrab sehingga menginjak ke alam dewasa. Conflict mul...