ADELE'S POV
4 hari berada di bumi Perancis, kami pulang semula ke Malaysia. Mengingati masalah Ishraf Mateen cukup membuatkan aku mengeluh lemah. Aku ada lah sikit rasa bersalah towards him. Tapi sikit aja tak lebih.
Ily memang betul-betul memborong kain. Nasib aku pergi dengan private plane, so tak ada limit nak bawa balik barang. Kes aku tumbuk Iraf tak berakhir di Paris sebaliknya disambung apabila kami pulang ke Malaysia. Of course lah makcik kepoh berdua tu cerita dekat Ary dan Likha.
Penat betul. Dah nak buat macam mana. Limit kesabaran aku dah habis. Kebiasannya kalau aku geram dan sakit hati atau marah aku akan spend berjam-jam untuk tumbuk punching bag. Baru rasa puas.
Disebabkan dekat sana tak ada punching bag, and aku jadi panas hati tengok muka Iraf, tangan aku mendahului akal aku. Sedar-sedar Iraf dah tersungkur. Memang tindakan diluar kawalan. Tangan aku memang sakit, tapi aku berpuas hati.
Aku dah kumpul semua kawan-kawan aku. Raja Adrean, Tengku Ayyan, Qayz, Umar, Emris semua berbesar hati untuk menolong. Duit tak jadi masalah. Yang lebih penting sekarang ni ialah kawan baik kami dah nak bankrup. Sampai sungguh hati diorang kalau tak tolong Ishraf Mateen.
Aku belum boleh masuk pejabat. Bila aku tak masuk kerja, tiba-tiba aku rasa panjang aja masa. Kak Sab dan Abang Syed dah balik outstation. So, Aiden sudah tidak berada dalam jagaan aku. Bosan tahap babun bila Aiden tak ada. Biasanya aku akan kurang bosan bila melayan celoteh si budak comel tu.
Aiden tu bukan satu-satunya anak saudara aku. Aku ada boleh tahan ramai jugalah anak buah. Cukup untuk buatkan rumah ibu abah bagai nak runtuh kalau semua balik. Tapi, aku banyak luangkan masa dengan Aiden. I don't know why.
Arasy Gonzalez memang dah officially jadi kawan yang agak baik aku kira. Selepas kejadian aku tumbuk Iraf, esok nya dia chat aku. Bertanya khabar katanya. Aku cerita sikit ajalah the about scandal. Part aku tumbuk Iraf, aku skip. Kalau Haq tahu memang naya aku.
Aku dan dia awesome sebab aku tak sangka kenal tak sampai seminggu, aku dah banyak cakap. Itu ini aku bercerita. Seminggu sudah cukup untuk aku menyatakan sikap lelaki itu.
Dia peramah, tapi dia tak banyak cakap mana. Dia selesa dengar aku bercerita. Ada yang perlu dibalas dia balas. Dah lah humble. Kelakar pun kelakar. Pandai melawak. Dan dia cool. Tak mudah melenting dan pandai menyelesaikan masalah. And he also give a good advice.
Contohnya macam masa aku bercerita pasal Iraf and what should I do. Dengan tenang aja dia suruh aku calm down. Bagi tahu apa yang aku perlu buat. Most important he's willing to give a hand to help Iraf. Even dia tak kenal pun si Iraf.
Aku dah tak ada gang nak ajak fooling around. Hahaha.. Semua sibuk. Rin lepas balik Paris terus sibuk. Ada operation buang batu karang la , mandulkan kucing la. Macam-macam. Ily aku dah tak kacau. Fuh! Siang malam bertungkus lumus menyiapkan koleksi dress, beg dan kasut yang bakal dilancarkan awal bulan nanti.
Imni semalam berlepas ke Korea untuk menguruskan pembukaan cawangan restaurant di sana. Memang sibuk sangat tu. Kebiasaannya Imni mesti wajib datang mengacau aku. Tapi ni, nak tengok batang hidung pun tak nampak.
"Cik Muda" aku yang sedang elok bersantai di atas bangku menghadap pantai dikejutkan dengan teguran seseorang. Oh God! I hate people call me 'Cik Muda' . Rita, the receptionist sudah berdiri tegak disebelahku.
"Yes" aku menjongket kening.
"Ada customer buat hal. Dia mengamuk dekat lobi. Dia nak Cik muda yang handle dia punya check in. Tak nak orang lain. Saya dah call Cik Likha, tapi dia ada meeting" berkerut-kerut dahi aku.
YOU ARE READING
The Mischievous
Teen FictionThe Mischievous Nur Adila Dania, Aryana Farha , Ameena Imni, Alice Ilyana Raisha, Airin Adriana dan Asya Zalikha, sahabat baik yang berkawan sejak di bangku sekolah. Persahabatan mereka amatlah akrab sehingga menginjak ke alam dewasa. Conflict mul...