ARY POV
Aku mula melangkah keluar daripada klinik. Finally, shift aku dah habis. Jason shift malam. Padan muka.
Aku berjalan penuh malas menuju ke arah bangunan hotel. Well, Klinik aku dalam kawasan Resort ajapun. Kadang-kadang aku rasa resort ni dah jadi macam sebuah bandar. Sebab semua kemudahan ada. Kalau malas nak ke bandar besar, diorang cari barang dekat mall dalam resort.
Masa tu lah aku bertembung dengan Adele dan Zill yang sedang bersembang depan bangunan. Budak berdua ni tak ada tempat lain ke nak sembang? Kaki laju mendekati kedua-duanya.
"Hai guys" aku menyapa. Mereka berdua berpaling serentak. Adele yang hanya mengenakan sehelai t-shirt lengan panjang dari jenama Gucci berwarna maroon dan sehelai seluar jenama Tommy Hilfiger berwarna kelabu. Tudung syria kelabu disarung ringkas.
"Hai Dr Aryana" Zill Amsyar membalas. Aku menjeling Zill. Suka sangat sakat aku. Zill ketawa.
"Zill, dulu aku ingat kau paling pemalu. Selepas kau kawan dengan Adele hampir 8 tahun, kau dah tak pemalu. Suka sakat orang lagi adalah" aku meluahkan rasa hati. Zill mengekek ketawa. Adele angguk.
"Well, nak buat macam mana. Adila Dania is a bad influence" aku ketawa. Wajah Adele berubah masam. Terus Zill menerima tumbukan padu pada belakang badannya.
"Ouch. Sakit lah Adele! Tak guna punya kawan" muka Zill berkerut menahan sakit. Manakala Adele tersengih kemenangan.
"Apa lah korang berdua ni. Adele, kau dari mana?" Aku menyoal gadis itu.
"Aku dari Zoo tadi. Bosan sia duduk rumah" mendengar jawapan Adele suduh cukup untuk menggambarkan betapa bosannya dia. Adele dah 1 minggu bercuti. Well, it's good for her. Aunty Za did a really awesome job.
"Eh alang-alang korang berdua dah ada dekat sini aku nak bagi tahu. CEO TG Airlines dah sampai tengah hari tadi dengan his whole family" terangkat kening aku.
"Really? Wow cepatnya. Kenapa tak inform aku awal-awal? Boleh aku sambut diorang juga" Adele berkata serius.
"Masa aku call kau, kau tak ada dekat resort. Kau babysit anak saudara kau. Sebab tu aku tak nak kacau kau. And Ary, esok inform Imni, Rin and Ily suruh turun meeting" Zill memandang aku pula.
"Oh okay. Pukul berapa Zill?" Memang patut kami turun padang. Dah lama gila kut tak ambil tahu pasal resort.
"Pukul 8:30 pagi. Sharp tau" aku angguk.
"Zill, disebabkan aku cuti. Kau jangan kenalkan aku lagi tau. Let me introduce myself." Adele berkata.
"Anything for you big boss. Mr Gonzalez tu ada juga cari kau. Tapi aku cakap kau bercuti. Then dia just okay berurusan dengan aku dan Likha. Totally yang datang semua sekali 12 orang" Zill memberitahu secara details.
"Orait. Good Zill. Cakap dekat Mr Gonzalez tu aku kirim salam and enjoy your stay" Zill mengangguk lagi.
"Okay. Adele, Ary, aku balik dulu. Nanti lambat sampai rumah. Aku caw dulu. Apa-apa kau tahu nak cari aku dekat mana kan" aku dan Adele mengangguk kecil. Lepas Zill balik, aku dan Adele sama-sama bergerak ke penthouses.
Sebaik sahaja pintu lif terbuka, kami terus melangkah keluar. Dahi aku sedikit berkerut. Kasut Timberland berwarna coklat gelap dipandang. Ni kasut lelaki ni. Ada orang datang ke?
"Assalamualaikum" aku memberi salam. Suasana di ruang tamu riuh rendah. Aku menggelengkan kepala. Naqiuddin Adrean sedang seronok bermain game counter strike bersama Airin Adriana dan Ameena Imni. Ily dan Likha setia menjadi penonton.
YOU ARE READING
The Mischievous
Novela JuvenilThe Mischievous Nur Adila Dania, Aryana Farha , Ameena Imni, Alice Ilyana Raisha, Airin Adriana dan Asya Zalikha, sahabat baik yang berkawan sejak di bangku sekolah. Persahabatan mereka amatlah akrab sehingga menginjak ke alam dewasa. Conflict mul...