Bab 6

1.7K 64 0
                                    

RIN POV

Kami sudah menaiki train yang bakal membawa kami ke Perancis. Sumpah aku teruja sangat-sangat. Dapat tengoh Eiffel Tower depan mata untuk kali kedua. Kali pertama tu pun masa aku kecil.

Ingat tak ingat dah. Orang paling excited meatilah Aryana Farha dan Ameena Imni. Sebab Imni memang fans Eiffel Tower. Banyak barang dia yang berasaskan Eiffel Tower.

Perjalanan daripada London menuju ke Paris hanyalah mengambil masa 2 jam 30 minit. Masa yang terluang aku isi dengan menonton movie bersama Aryana. Imni, Adele, Ily dan Likha hanyut dalam dunia gadget mereka.

Setibanya di Kota Paris, aku dan yang lain sudah teruja. Nasib baik bahasa French kami agak baik. Jadi dapatlah kami menahan 2 buah cab untuk ke Shangri-La Hotel yang terletak di tengah kota cinta ini.

"Je vous remercie" Aku mengucakpakn terima kasih kepada pemandu cab itu.

"De rien" mesra pemandu itu membalas.

"Okay biar aku check in dulu. Korang just stay kat lobi dulu" Imni dan Ily terus berlalu ke kaunter untuk check in hotel.

Aku kagum dengan dekorasi hotel 5 bintang yang mewah dan elegant ini. Perfect. Kami memilih satu suit sahaja. Kerana satu suit ada 3 bilik, so kami just share aja bilik nanti.

"Okay jom. Kita naik bersihkan diri then kita cari area makanan halal kat sini. Lepas makan kita pusing satu kota paris" kami angguk faham. Tak sabar nak tengok Eiffel Tower.

Masuk aja ke dalam suit, kami sudah menjerit teruja. Mana tidaknya, Eiffel Tower dapat dilihat dengan sangat jelas melalui balcony suit hotel.

"Ya Allah.. Cantiknya" Imni memang dah drooling habis. Masing-masing teruja untuk bergambar.

"Pergi laa mandi dulu. Nanti aku bawa korang tengok Eiffle Tower lagi dekat" Adele terus menghalau kami untuk mandi.  So aku berebut dengan Ary siapa nak mandi dulu. Last-last aku end up kalah dengan Ary. Tak guna betul.

Lepas semua siap, kani turun ke lobi hotel. Kemudian Adele menanyakan beberapa soalan kepada pekerja hotel tersebut.

"Comment puis-je obtenir un taxi à partir d'ici?" Aku ni tak fasih mana French. Adele dan Imni memang pro. Aku ni lulus Arab and Spain aja.

"Adele tanya apa tu Imni?" Likha bertanya ingin tahu.

"Aku tahu! Adele cakap pasal teksi kan?" Imni angguk. "Yup. Adele tanya macam mana nak dapatkan teksi dari sini" Imni jadi translator kami.

Maklumlah orang-orang di French lebih gemar menggunakan bahasa ibundanya berbanding bahasa inggeris. Disebabkan itu kami terpaksa menggunakan bahasa perancis

"Nous pouvons appeler le taxi à partir de là car il est difficile d'obtenir un taxi à cette heure" aku dengar pekerja hotel itu membalas. Uih laju bak hang. Aku tak faham satu pun.

"Oh vraiment? J'aimerais bien ... Merci beaucoup" mata Adele bersinar-sinar. Dari riak wajah Adele nampaknya kami dapat feedback yang mengembirakan.

"Vous êtes les bienvenus. En fait, ce n'est pas grave. Attendez une seconde parce que je vais appeler le chauffeur de taxi"laju Adele mengangguk.

"D'accord. Prenez votre temps" kemudian pekerja lelaki itu berlalu pergi.

"Adele! Macam mana?" Aku menyoal sebaik sahaja Adele mendekati kami.

"Dia akan call cab untuk kita. So tunggu aja lah" jawapan Adele membuatkan kami terangguk-angguk.

"Mademoiselle, Le taxi sera bientôt arrivé" pekerja tadi muncul.

The MischievousWhere stories live. Discover now