Bab 23

1.3K 52 0
                                    

IMNI POV

Seperti yang dijanjikan, seminggu selepas majlis reunion Adele terus terbang ke Dubai selama seminggu. Urusan syarikat diuruskan oleh Likha buat masa sekarang.

Aku pening laa tengok Adele tu. Asyik kerja aja. Lepas ke Dubai, dengar cerita Adele akan terus terbang ke Italy. So kami tak akan jumpa dia selama dua minggu.

"Imni!!! Imni!!!" Mendengar suara Rin sedang memanggil cukup membuatkan aku berasa amat malas. Nak apa lah budak tu.

"Imni! Tolong aku boleh tak?" Wajah Airin kini berada dihadapanku. Roti bakar aku susun di atas pinggan lalu dibawa ke dinning room.

"Boleh tak Imni?" Rin masih mengekori aku.

"Hmm.. Tolong apa?" Aku susun makanan di atas meja dengan penuh teliti.

"Aku ada banyak appointment dekat klinik. So I won't be able to eat my lunch. Kau boleh tak masakkan aku makanan and then hantar ke klinik aku" aku terdiam.

"Malas lah aku. Memang tak lah. Kau ingat kau sorang aja ke yang sibuk. Aku ada banyak tempahan tau. Dengan catering lagi. Aku kena siapkan dua wedding cake hari ni. So aku tak boleh tolong" aku meninggalkan Airin untuk mengambil teko berisi milo suam dan juga 5 buah cawan vintage.

"Ala Imni. Tolong lah kawan kau ni. Aku memang tak dapat nak keluar makan. Bukan jauh pun klinik aku dengan restaurant kau. Tak sampai 3 minit jalan pun. Jadual aku padat sangat!" Rin masih tidak berputus asa.

"Tapi aku pun busy juga. Kek tu kena siap sebelum maghrib tau. Majlis start 8:30 malam dekat ballroom hotel. Kalau tak siap on time, bising lah client. Lagipun askar-askar aku tak cukup weh. Minggu ni busy. Dengan restaurant lagi yang sibuk daripada pagi sampai larut malam" aku tidak mahu kalah.

"Apa yang bising pagi-pagi ni? Sampai atas dengar" Ary muncul bersama Likha dan Ily.

"Haah. Korang ni asyik gaduh aja. Depan rezeki pun nak gaduh" Ily menggelengkan kepala.

"Imni tu tak boleh nak bertolak ansur!" Rin tunding jari ke arahku.

"Aku? Kenapa aku pula! Kau tu yang tak kreatif dalam menangani masalah sendiri. Kau nak hidup, pandai-pandailah nak survive"aku membidas geram.

"Okay-okay. Settle down everyone. Duduk lah weh. Aku nak breakfast. Nanti lambat pula aku nak ke pejabat. Adele tahu, mati aku kena pancung" Likha pantas meleraikan aku dan Rin.

"Cuba bagi tahu apa masalahnya?" Ary cuba untuk membantu.

"Aku minta tolong Imni hantarkan makanan aja dekat Klinik sebab aku busy tak boleh keluar. Tapi dia tak nak" cerita Airin. Aku mengetap bibir sedikit geram. Okay sabar Ameena Imni. Aku menenangkan diri sendiri.

"Bukan tak nak, tapi aku pun busy. Aku kena siapkan wedding cake anak Tan Sri Yahya punya. Kalau lambat siap memang huru hara lah jawabnya" aku cuba mengawal suara sebaik mungkin. Tak nak lah gaduh ni.

Ary, Likha dan Ily terdiam. Aku mengeluh berat. " call ajalah fast food delivery. McD, Pizza Hut, Domino's Pizza. You have a choice" Ily yang pertama bersuara memberikan cadangan.
"Tapi kau tahu aku tak berapa makan fast food. I need a real food. Aku nak nasi. Baru bertenaga nak bekerja. Please Imni. I really need your help" Rin sudah merayu-rayu.

"Fine. Tapi aku buatkan kau nasi goreng kampung aja tau. Makanan lain tak sempat nak buat" aku buat keputusan untuk mengalah. Kalau aku berkeras, kami punya pergaduhan kecil memang tak akan kemana.

"Yes! Aku sayang kau Imni. I really owe you. Aku tak kisah asalkan nasi dah cukup memadai. Sayang kau ketat-ketat" Rin sudah memeluk aku.

"Ya ya... Tepi lah aku nak makan ni. Pukul 1 tepat aku hantar dekat klinik" Rin laju angguk.

The MischievousWhere stories live. Discover now