ILY POV
Mengikut nasihat Adele, aku bangun dengan semangat, azam dan senyuman baru. Bersemangat wajar aku bangun untuk ke sekolah. Hari ni kami semua car pool naik kereta Imni. Maklumlah antara kami berenam, birthday Imni paling awal.
Sepanjang perjalanan ke sekolah kami menyanyi lagu yang diputarkan dalam radio. Bila lagu Shout out to my ex berkumandang, kami nyanyi on the top of our lungs.
Sampai aja sekolah,kami terus kena pergi assembly. Tapi, kami ni tetap nakal walaupun dah berubah. Disebabkan malas nak pergi assembly, kami menyorok atas bangunan makmal.
Tu port melepak kami paling effective. Kami just sembang kosong. Tapi Adele masih sibuk dengan kerjanya. Kerja dia kena uruskan dengan kerajaan negeri.
Banyak gila prosuder dia. Fuh! Aku kesian dekat Adele sebab dia kena buat paper work sebab idea dia. Kami just tolong kalau nak pergi pejabat atau jumpa orang sahaja. Nasib baik abang-abang kami turut membantu.
"Adele, macam mana?" Adele masih focus bersama macbook nya.
"Setakat ni lancar. Maybe sebab Abang-abang kita yang masuk campur. Kalau tak memang payah weh. Diorang cakap kita kena tunggu tahun depan untuk mula bina resort.
Sebab kata diorang kita ni still bawah umur. Sebab permohonan and paper work akan diluluskan bila kita 18 tahun ke atas. Tapi, sebab orang dekat Pejabat Kerajaan kenal our parents and family, diorang cakap diorang dah luluskan tetapi bukan secara officially.
Kita dah boleh start cari syarikat pembangunan mana yang hendak dipilih, tanah, semua lah. Buat pembaharuan dekat tanah tu. Or mula baiki prasarana yang terdapat di kawasan pantai tersebut" panjang lebar Adele membuat penerangan.
Kami terangguk-angguk. "Okay faham. So kau sedang buat apa tu Del? Nampak macam serius" Imni menjenguk skrin macbook Adele.
"Aku tengah survey syarikat pembangunan yang berpotensi untuk bina resort kita ni laa... Sebab aku nak buat lain daripada yang lain. Just wait and see" senyuman penuh makna Adele dipandang pelik kami. I just hope it's a good idea.
"Kau nak suruh kami tolong apa Adele?" Rin mendekati Adele.
"Korang tolong keluarkan idea yang sangat bernas dan bijaksana untuk baiki prasarana kawasan project kita. Faham?" Kerja mudah.
"Senang aja tu. Start sekarang ke?" Aku bersemangat wajar. Adele mengangguk tanpa suara.
"Kau dah call Encik Hamid untuk tambun tanah supaya jadi lebih tinggi?" Adele menggelengkan kepala.
"Belum. Kau call lah Encik Hamid tu and cakap kita jadi tambun tanah. Petang ni ajak dia tengok tempat project kita. And then proceed next plan" Ary segera mencapai phone dan menghubungi Encik Hamid.
"Aku? Aku?" Likha yang masih blur bertanya.
"Kau.. Hmm.. Kau just tolong Rin and Ily bagi idea yang bernas baiki prasarana. Airin Adriana, mohom bagi idea yang berguna" kami ketawa. Rin tersengih tidak bersalah.
"Weh, Encik Hamid cakap dia free so petang ni on" Ary kembali
Adele buat thumb up."Adele, kita ada berapa cadangan syarikat pembangunan?" Imni menjongket kening.
"Sekarang ni ada 5. Satu yang kawan Abang Afk, satu yang kawan Uncle Zahari, 3 lagi syarikat yang berpotensi dan gah dalam Malaysia" balas Adele. Masa berlalu bergitu pantas. Hari ni rasa sekejap sangat. Udin, bekas pakwr aku memang acap kali bertembung. Maklumlah kelas sebelah.
Tapi aku buat macam there's nothing happen. Likha memang still terkesan. Tapi dia tak tunjuk sebab bimbang Imni or Ary pergi serang Ayie and makwe barunya.
Tapi yang menjadi masalahnya tadi ialah Aryana Farha dan Syaifudin Zefriel. Masalah betul. Memang aku rasa ni minggu relationship problems kut.
YOU ARE READING
The Mischievous
Ficção AdolescenteThe Mischievous Nur Adila Dania, Aryana Farha , Ameena Imni, Alice Ilyana Raisha, Airin Adriana dan Asya Zalikha, sahabat baik yang berkawan sejak di bangku sekolah. Persahabatan mereka amatlah akrab sehingga menginjak ke alam dewasa. Conflict mul...