TEPCES
Form 3...
"Hahahahahaha!!!!" Tawa mereka akhirnya bergabung menjadi satu nada.
Gadis tinggi lampai yang berada di paling hadapan sedang tergolek ketawa. Yang lain turut sama sepertinya. Ada sampai tertunduk-tundu. Aku juga yang sampai berlinangan air mata.
"Ya Allah... Sumpah kelakar babe! Kau tengok tak muka diorang tadi?" Gadis berkaca mata yang bersandar pada dinding sambil memegang perut yang sakit memandang sahabat-sahabatnya.
"Gila tak tengok! Bapak kelakar! By the way, kau ambil kat mana binatang alah tu? Boleh tahan banyak juga?" Selepas tawa mereka reda, mereka berenam mengambil keputusan untuk duduk bersila sambil bersandar pada dinding Dewan Mercu.
Keputusan untuk ponteng kelas Sivik pada hari ini adalah satu keputusan yang baik. Tak bersivik betul. Mereka diam sambil memandang ke arah gadis yang kini sudah tersengih lebar.
"Well, aku ada my own source. Awesome kan idea aku?" Airin Adriana tersenyum penuh bangga. Banga kerana hasil kerjanya membuahkan hasil.
"Alah... Macam aku tak tahu. Kau suruh Fuji yang tangkap kan? Baik kau mengaku" tembakan Aryana Farha tepak. Airin Adriana sudah ketawa kecil.
"Good job Rin. Memang padah sebab cari pasal dengan kita. At least kita tak ada lah sampai merosakkan something right?" Alice Ilyana Raisha buat high five dengan Airin.
"You can count on me. Kau rasa siapa yang bakal kutip semua katak yang terlepas tadi?" Adila Dania memandang sahabat-sahabatnya sambil menjongket kening.
"Budak laki lah. Aku berani bet tak ada sorang pun budak perempuan kelas kita berani, sebab semua takut katak tu" Asya Zalikha membalas.
"Huh? Lelaki dalam kelas kita semua macam pondan tepi bukit bintang! Tak gentleman langsung. Macam tak kenal diorang" Ameena Imni mencebik.
"Ingat tak masa ada Tebuan mabuk ketum terbang huyung hayang dalam kelas kita? Tak ada seorang pun berani libas. Kalau tak disebabkan Adele punya jasa, memang haram jadah lah" tambah Ilyana lebar.
"Yesh! Aku sokong" Airin turut sama masuk perahu dalam sesi kutuk mengutuk budak lelaki kelas sendiri.
"Bukan semua okay! Sebahagian aja! Yang lain gentleman okay" Aryana membidas. Mereka hanya mampu buat muka menyampah.
"Aku tahu lah kau nak back up Syaifudin Zefriel kan? Mentang-mentang Riel pakwe dia" Rin mencebik.
"Kan kan... Padahal si Riel tu lah manusia paling tak gentleman dalam dunia ni" Likha sengaja ingin membuat gadis berkaca mata itu marah
"Mana ada! Riel tu gentleman okay! Tak baik cakap dia macam tu" yang lain tergelak kerana Likha berjaya membuat Ary naik hantu.
"Dia gentleman dengan kau aja! Sebab dia syok dekat kau! Kalau dengan kami perangai annoying mengalahkan syaitan gojeng!" Imni membalas. Ary diam. Gadis itu cuba untuk mengawal amarah yang kian membuak-buak.
"Stop it babe. Kerja asyik nak gaduh aja. Jangan bising sangat boleh tak?" Adele yang sedari tadi berdiam diri bersuara bagi menamatkan persengketaan mereka. Kalau dibiarkan, bimbang sekiranya ada yang kena selama dalam kolam ikan.
"Tapi Adele! Diorang yang start dulu" Ary menunding jari ke arah Imni dan Rin yang sudah mengekek ketawa.
"Macam-macam lah korang ni. Kita ni nak masuk kelas jam berapa ya rakan-rakan?" Ily mencelah sekaligus mengubah topik perbualan.
"Masa BM kita masuk lah. Ada sejam lagi. Sempat kalau nak tidur" Airin menjawab selamba sambil mengerling jam yang berada di pergelangan tangan kirinya.
YOU ARE READING
The Mischievous
Teen FictionThe Mischievous Nur Adila Dania, Aryana Farha , Ameena Imni, Alice Ilyana Raisha, Airin Adriana dan Asya Zalikha, sahabat baik yang berkawan sejak di bangku sekolah. Persahabatan mereka amatlah akrab sehingga menginjak ke alam dewasa. Conflict mul...