Bab 43

1.8K 55 0
                                    


Tasya's POV

Aku menunggu penuh sabar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku menunggu penuh sabar. Sesekali jam pada pergelangan tangan dikerling sekilas. Suasana di Perth International Airport agak sibuk diwaktu sebegini.

Aku sedang menunggu kehadiran my fends. Close friends actually. Zill ada call aku and bercerita mengenai the hell of week they being through. It's quite disaster. Jadi sebab tu lah aku berbesar hati nak temankan diorang selama berada di Perth, Australia.

"Dhia Natasya!" Aku terus menoleh ke arah suara nyaring itu. Kelihatan 6 orang gadis sedang elok menghampiri aku. Aku terus menjerit kecil sebelum memeluk si sahabat baik.

"Hoi! Apa peluk-peluk ni!" Rin sengaja mengusik. At the end dia still hug me back.

"Lama gila tak jumpa korang" pelukan dilerai. Mereka semua hanya tersenyum.

"Kau tu yang busy sangat sampai tak ada masa jenguk orang-orang Malaysia" Likha mencebik.

"Alah... aku bukan tak nak lawat korang. Cuma jadual aku padat. Kalau kerja di veterina swasta senang nak apply cuti. Aku kan kerja dengan goverment. Susah" terangku. Adele meletakkan lengannya di atas bahu aku.

"Tak payah layan Likha ni. Kami faham lah. Kau bukan macam Rin. Rin tu aku tak tahu lah bila masa dia busy" Adele menerima tamparan dilengan. Mengaduh kesakitan gadis tinggi lampai itu. Aku tergelak.

Dalam hati aku bersyukur kerana mereka nampak lebih okay. Tak macam apa yang Zill Amsyar ceritakan. Aku menarik senyuman.

"Tasy, kau memang nak kita semua tidur airport ke?" Ily tanya dengan muka polos.

"Aku penat ni Tasya. Cepat laa.. nak balik" Imni menarik lengan baju ku.

"Eh eh.. kau ni Imni. Macam kau bawa kapal terbang tu sampai penat sangat. Dah lah jom" Imni gelak. Suka berdrama betul minah ni. Disebabkan mereka berenam aku bersusah payah sewa sebuah MPV keluaran BMW. Jadi senang lah nak ke mana-mana.

"Tasya, thanks tau sebab sudi jadi tourist guard kami" Ary berkata sewaktu aku ingin menghidupkan kereta.

"Alah... bukan korang hari-hari datang Australia. So sementara ada dekat sini lah aku nak menabur bakti" mereka semua tergelak mendengar balasan skema aku.

"Aduhai Tasy... so sweet laa you ni" Imni mencubit pipi aku yang gebu gebas ni.

"Hoi!hoi! Pipi jangan main eh. Aset kut" aku menepis tangan Imni lembut.

"Hahahhaa... orang lain semua tak suka ada pipi pau... dia ni terbalik pula" aku sengih mendengar comment Ary.

"Pipi pau comel okay. Tengok macam we bare bear tu.. comel aja sebab pipi pau. Ramai orang suka. Cuba kau tengok pula Barbie, dah jarang tau budak-budak tengok cerita perempuan plastik tu" I start to ramble. Satu MPV gelak.

"Ya Allah Tasy... asal kau jadi bengong macam ni? Aku tak ajar kau mengarut tang barbie semua tau" Rin berkata dengan tawa yang masih bersisa. Aku gelak halus.

The MischievousWhere stories live. Discover now