Bab 18

1.3K 55 0
                                    

LUKE POV

Aku termenung ke luar jendela... Cey.. Tiba-tiba datang Najwa Latif. Aku ni dah meroyan ke apa? Kening yang tidak gatal digaru.

Sudah 5 bulan aku berada di Netherlands, bermakna sudah 5 bulan aku tak jumpa Airin Adriana. Bosan bila tak ada Rin yang gila-gila tu.

"Kau kalau dah rindu sangat, pergi lah jenguk dia" aku berpaling. Kawan serumah aku, Ziyad menepuk bahu aku lembut.

"Aku pun bercadang juga nak jenguk dia. Tapi aku bukan kaki travel. Aku rasa aku kena bawa orang lah. Kau nak teman aku tak Yad?" Aku memandang Ziyad penuh harapan.

"Aku okay aja. Lagipun kalau kautak ada, aku bukan buat apa pun. Bosan lagi adalah. Bila kau cadang nak pergi?" Aku berfikir sejenak.

"Hari minggu ni. Aku rasa aku nak ajak kawan aku sorang lagi. Dia ada di London. Jap aku try skype dia" Ziyad mengangguk.

Aku pantas mencapai macbook di atas meja belajar. Aku tersenyum apabila link sudah disambungkan lalu muncul lah muka kawan baik buah hati aku.

"Assalamualaikum Adele!" Ceria aku menyapa. Gadis itu tersenyum malas.

"Waalaikumusalam. Hah! Dah kenapa skyp aku?" Terjongket kening si gadis itu.

"Hahaha... Aku ada benda nak ajak kau berunding. Tapi sebelum tu kau ada dekat mana?" Melihat daripada persekitaran gadis itu pasti berada di luar.

"Aku ada dekat taman. Bosan gila. Satu lagi aku temankan kawan-kawan aku pergi main basketball. Kau nak berunding pasal apa?" Berkerut-kerut dahi gadis itu. Aku tersengih.

"Kau kan kaki travel. Backpacker tegar. So aku ada plan nak ke Glasgow, Scotland. Nak pergi melawat Airin Adriana tak?" aku memandang gadis bertudung bawal hitam. Menanti reaksinya.

"Nak nak nak!!!! Weh! Boleh sangat. Bila nak pergi? Sementara aku free takdak buat apa-apa" bersinar-sinar wajah si kawan baik.

"Minggu ni boleh? Sebab aku free minggu ni. Bosan duduk Netherlands" gadis itu terdiam.

"Hmm... Aku rasa no hal. Glasgow dari tempat aku dalam 6 jam naik kereta. Aku prefer kita naik train. Daripada London train station  ke Glasgow train station dalam 4 jam 30 minit" aku terangguk-angguk.

Kalau ajak Adele memang berguna sangat. Dia tahu semua jalan kut. Otak travel betul.

"Aku on aja. Jadi apa cadangan kau?" Aku bertanya pendapat.

"Cadangan aku kau ambil tiket dari Netherlands ke England sebab nak ambil aku dulu. Kau ambil cab daripada Heathrow airport pergi terus ke train station. Aku tunggu kau dekat sana. Then kita ambil train terus ke Glasgow" aku senyum.

"Okay set. Kau memang the best Adele" Adila Dania tersengih lebar.

"Aku nak ajak Imni lah kalau macam ni. Baru meriah" makin bersinar mata si gadis tinggi itu.

"Aku ikut aja. Tak kisah pun sebenarnya. Boleh juga ajak Imni" kalau ada Ameena Imni makin gila-gila trip kami.

"Nanti aku roger Imni. Kira jadi eh hujung minggu ni sebab aku nak confirm dengan kawan-kawan aku" aku angguk.

"Jadi. Aku pun nak ajak kawan aku sorang. Kau ajak aja lah kawan kau teman. Aku sure diorang tak kisah" aku memberi cadangan.

"Nah! I'm good. Weh Luke, aku pergi dulu. Kawan-kawan aku dah panggil tu. Kalau ada perubahan kau tahu macam mana nak cari aku" Adele kenyit mata.

"Hahaha... Iya aku tahu. Thank you one more time. Bye" Skype tamat. Aku mampu tersenyum lebar.

"Yad, kau tolong belikan tiket online ke London pada hari Khamis" aku memandang wajah Ziyad yang tenang menonton TV.

The MischievousWhere stories live. Discover now