ARY POV
Aku memandang gambar yang dihantar Rin dan juga Ily. Bestnyyaaa!!! Mana aci aku duduk Asia tak ada orang nak datang.
Best aja aku tengok gambar diorang jalan-jalan dekat Glasgow. Muka paling happy of course muka Luke and Rin. Hahaha.. Love bird ni memang.
Aku tengok Imni dengan Adele bukan main kurus. Aku syak aku yang paling gemuk. Serius makanan sini sedap kut. Sibuk sangat ke sampai tak sempat makan?
Gambar Ily dan Likha melepak ni Fifth Avenue turut dipandang. Untung laa dapat duduk NYC. 4 orang lelaki bersama mereka turut diperhati. Kawan kut. Tapi kalau boyfriend apa salahnya. Elok lah dua-dua dah break up.
"Ary! Awak tengok apa sampai tak berkelip tu?" J menegur aku. Lelaki itu pantas duduk di sebelah aku.
"Ni hah! Kawan-kawan saya diorang jumpa di Scotland. Sedih tau tak dapat join sekali" aku mengeluh.
"Alah chill babe. Nanti awak jumpa juga diorang kan" aku mengangguk kecil.
"So Ary,apa plan awak untuk cuti sem ni?" Aku terdiam. Sebenarnya aku pun tak fikir lagi.
"Entah lah. Kalau duduk Jepun mahu habis duit belanja saya. J, saya rasa saya nak balik Malaysia lah" aku menyuarakan rasa hati. Kali ini J pula terdiam.
"Saya rasa tak ada masalah kut Ary" aku senyum lebar.
"Yeay! Habis tu, awak macam mana J? Jom ikut saya balik Malaysia. Kita boleh ajak Sakura sekali. Boleh lah dia melawat Malaysia kan" aku memberi cadangan.
"Hmmm.. Saya tak kisah. Kita boleh tanya Sakura. Mana tahu dia setuju kan?" J senyum. Tak tunggu lama aku terus tanya Sakura.
Gadis jepun itu dengan gembiranya bersetuju. Kami dapat cuti 2 minggu. Lepas tu kena balik semula ke Jepun sebab kami ada persediaan sebelum masuk sem baru.
Sem pertama boleh lah main-main lagi. Masuk sem kedua memang kena serius. Jadi seperti yang dirancang kami bertiga akan pulang ke Malaysia. Aku excited nak jumpa family begitu juga J. Sakura excited nak mandi pantai. Teruk betul.
Kami tiba di KLIA jam 4 petang waktu Malaysia. Wah aku rasa macam dah 10 tahun tak jejak Malaysia. Nanti aku nak makan banyak-banyak. Kena qada' balik.
"So, J kita jumpa dua minggu lagi dekat KLIA eh. Kau jangan rindu kami tau" aku tersengih memandang J. J mencebik."It won't happen babe! Orait. Sakura, have fun! You gonna love Malaysia. Trust me!" J menepuk bahu Sakura.
"Don't worry J. I will. And I'm so excited" Sakura sudah melompat kecil kerana terlalu teruja. J dan aku hanya mampu ketawa.
"Okay lah babe, I got to go now. Take care" J melambai seraya menghampiri sebuab kereta Mercedes hitam. Aku dan Sakura hanya membalas lambaiannya.
"I'm gonna miss that silly" aku ketawa. Melihat sebuah kereta Chevrolet merah yang sudah sebati dalam hidup aku, aku tersenyum.
"Sakura! Let's go. That is our ride" aku menarik tangan Sakura mendekati kereta merah berkilat itu. Pak Tam, pemandu keluarga aku yang sudah lama berkhidmat keluar daripada kereta saat melihat aku yang sudah menghampiri.
"Pak Tam! Assalamualaikum! Rindunya dekat Pak Tam! Pak Tam rindu Ary?" Pak Tam hanya ketawa lepas melihat telatahku.
"Waalaikumusalam. Subhanallah Aryana Farha, you are so loud. Pak Tam rindu juga dekat Ary. Mak Leha hari-hari tanya pasal Ary. Ary kan princess kami semua" makin lebar lah senyuman aku.
"Wah terharunya. Jom balik!! Tak sabar nak balik jumpa Mak Leha, Maa, Abah, semua orang lah" aku sudah mula ingin mendesak.
"Okay-okay jom balik. Meh Pak Tam masukkan bagasi dalam boonet dulu" aku hanya angguk sebelum menyerahkan bagasi sederhana besar milikku dan milik Sakura kepada Pak Tam.
YOU ARE READING
The Mischievous
Teen FictionThe Mischievous Nur Adila Dania, Aryana Farha , Ameena Imni, Alice Ilyana Raisha, Airin Adriana dan Asya Zalikha, sahabat baik yang berkawan sejak di bangku sekolah. Persahabatan mereka amatlah akrab sehingga menginjak ke alam dewasa. Conflict mul...