Bab 5

1.8K 68 0
                                    

#uktourpart2
#manchester

LIKHA POV

Seawal jam 9 pagi, selepas breakfast di Rasa Sayang Restaurant, restaurant halal yang menjual makanan asia kami mula menaiki train menuju ke Manchester.

London ke Manchester by train mengambil masa selama 2 jam. Macam Terengganu nak ke KL lah kalau bawa laju. Sebaik sahaja sampai di Manchester, Cik Sue, mak saudara bongsu belah ibu Adele sudah siap menunggu kami.

Basically, kami tinggal di rumah sewa Cik Sue selama dua hari ni. Cik Sue ajak kami makan tengah hari terlebih dahulu sebelum menyambung backpaker kami ni.

"So, macam mana? Best stay di UK?" laju kami semua angguk.

"Of course Cik Sue. Cuaca kat sini sejuk" jawapan Imni mengundang tawa Cik Sue.

"Ni kira okay lah sebab tak lah sejuk sangat. Kalau datang Winter, nak keluar rumah pun tak nak. Rasa nak balik Malaysia lagi adalah" Cik Sue membalas.

"Walau macam mana sekalipun, tanah tumpah darahku" sambung Cik Sue.

"Alah Cik Sue. Best apa duduk luar negara" Rin mamasukkan anggur ke dalam mulutnya.

"Memang lah best. Tapi, you will miss Malaysia damn once you leave far from Malaysia. Contohnya, korang bakal sambung belajar tak lama lagi, kalau ada rezeki boleh sambung luar negara terus, masa tu lah you akan terkesan" kami terdiam.

"Yeah.. Maybe" lepas have a little conversation with Cik Sue, kami sambung makan angin. Kalau datang Manchester wajib pergi Old Trafford. Dari luar sampai ke dalam stadium kami bergambar. Kami pun masuk dalam museum Old Trafford yang memaparkan setiap kejayaan MU.

Adik aku, Syahid dulu-dulu lagi suruh aku beli jersey and beg. Masing-masing borong jersey dan juga beg untuk abang-abang serta adik-adik kami.

Lepas ke Old Trafford, Bramall Hall menjadi pilihan hati. Di Manchester, Cik Sue yang jadi photographer tak bertauliah kami. Pada sebelah malam, kami just stay dekat rumah.

Sebab Adele kata she need to update about resort. Dalam pada cuti dia masih pantau keadaan resort.

Aku, Imni, Rin, Ary dan Ily bersantai di ruang tamu sambil makan salad buah air tangan Cik Sue. Layan movie Despicable Me 3. Layan minion-miniom tu boleh buat aku sakit perut.

"Korang dah prepare nak masuk alam baru?" Cik Sue memandang kami seorang demi seorang.

"In sha allah Cik Sue" ringkas aku membalas.

"It's good to hear it. Rin,what's happen to you and Luke ? Okay?" Soalan cepu emas Cik Sue mengundang tawa besar kami. 

"Ish Cik Sue ni, apa tanya soalan macam tu! Malu lah Rin" Rin sudah tersipu-sipu malu disebelah Ily.

"Eleh malu lah sangat. Tadi baru lepas skype dengan Abang Luke" Imni mencebik.

"Haah! Dah lah beradik abang bagai" tambah Adele. Sempat lagi Adele mencelah walaupun sedang melakukan kerja.

"Mana ada!" Airin Adriana masih menidakkan fakta itu.

"Malu-malu! Tapi mahu kini baru ku tahu!! Diam-diam jatuh cinta kepada akhirnya!!!" Adele datang sambil nyanyi lagu entah apa tajuknya.

Kami cheer aloud. Muka Rin sudah merah padam. Cik Sue hanya ketawa melihat kami membahan antara satu sama lain.

"Ya Allah... Korang semua ni memang lah kan. Btw, Cik Sue doakan Rin dan Luke akan stay together forever sampai ke jinjang pelamin" ucap Cik Sue penuh ikhlas.

"Aamin!!" Serentak kami mengaminkan doa Cik Sue. Diiringi tawa selepas itu.

"Tak baik" muka Rin dah macam nak nangis. Aku pantas kusutkan rambut Rin yang hanya diparas bahu itu.

The MischievousWhere stories live. Discover now