Bab 32

1.3K 52 3
                                    

ILY POV

Aku memandang telatah dua manusia  yang sedang berbual di luar butik aku. Aku kecilkan mata. Rupa aku dah macam a creepy stalker. Terhendap-hendap.

Adele tadi bukan main nak datang butik aku. Katanya nak tolong aku dengan my new collection yang dijangka akan launch pada awal musim bunga nanti.

Siapa pula lelaki berbaju T-shirt dark blue serta berseluar berwarna cream.  Disebabkan dia membelakangi aku, aku tak nampak dengan jelas mukanya. Tapi... Kenapa aku rasa macam familiar aja.... Jump a dekat mana eh?

"Woi! Kau skodeng sapa tu! " sergahan yang agak kuat membuatkan aku menjerit nyaring. Terkejut. Ya Allah... Jantung aku berdegup laju. Macam baru lepas lari pecut 100 m. 

Orang yang tukang sergah itu pula sudah berdekah -dekah ketawa. Sampai terduduk. Aku genggam penumbuk. Cis! Babi punya kawan.

Disebabkan aku kegeraman, aku terus sepak Airin Adriana sehinggakan gadis itu jatuh tergolek-golek. Tapi dia langsung tak kisah sebab dia sibuk ketawa. See... Beruk!

"Kau ni memang beruk lah Rin. Kau nak apa. Nasib bail aku ni tak ada lemah jantung. Kalau tak dah lama arwah! " aku memarahi Airin.

"Habis kau tu, syok sangat mengendap orang sampai aku dari muka pintu duk memanggil kau buat derk aja. Kau tengok apa sebenarnya?" Rin bangun dari duduk lalu menjongket kening.

"Hish... Aku tengah skodeng Cik Muda Adila Dania kesayangan kita tu laaa" aku menjuihkan bibir ke luar butik.

Rin kecilkan mata. Dia turut sama join aku mengintai. Dahi Run berkerut seribu.

"Siapa lelaki tu? Kau kenal ke Ily? " aku jeling langit.

"Rin, kalau aku kenal tak adanya aku duduk mengintai macam James Bond ni" Rin sengih.

"Mana laa aku tahu. Kau kan tahu semua benda. Kau bukan James Bond, kau tu Jebon" sempat lagi dia kenakan orang. Aku terus pukul bahu Rin. Biar sedar diri sikit.

"Rin... Elok-elok orange lain makan nasi, jangan sampai aku bagi kau makan pasir! " makin galak Rin ketawa.

"Okay-okay. Just kidding"lepas tu kami sambung mengintai Adele. Amboi! Rancak berborak. Macam dah lama kenal. Adele sebenarnya tidak berseorangan kerana Syed Aiden Benjamin elok sahaja mengekori gadis itu. Dah macam anak Adele.

"Tolong lah pusing sini. I just want to see his face" macam dia dapat dengar kata-kata aku, lelaki itu berpaling me arah aku dan Rin.

"Eh! Tu bukan Arasy Gonzalez ke? " Rin pandang aku, aku pandang Rin.

"Haah.  Bukan Adele tak pernah muncul lagi ke depan The Gonzalez? Macam mana diorang berdua boleh kenal? " Aku pun tertanya-tanya.

"Haah. Aku pun pelik. Cara diorang bercakap tu macam dah lama kenal. Tengok Aiden tu, bukan main lagi bergelak tawa dengan Arasy tu" Rin terangguk-angguk. Menyetujui kata-kataku.

"Hmmm tak kisah lah. Yang so sure it is a good starting. Macam boleh bau aja nasi minyak dekat rumah Ibu tak lama lagi" aku kali ni join Rin gelak.

"Hebat kau Rin boleh bau dah eh. Aku harap pun macam tu. Nanti dapat anak saudara mata gorgeous " mata aku Sudan bersinar-sinar.

"Amboi Ily! Kau lagi advance dari aku ni. Aku baru fikir kahwin Adele tema apa, kau dah sampai warna mata anak Adele eh" kami berdua sambung gelak. Kelakar.

"Weh, weh, Adele datang" kecoh kami berdua berlari masuk me bilik kerja aku yang boleh tahan bersepah.

"Rin jaga-jaga nanti terpijak perca kain jatuh karang" aku memberi amaran. Bukan boleh kira si budak Rin ni. Dia kan clumsy.

The MischievousWhere stories live. Discover now