Bab 24

1.4K 56 2
                                    

LIKHA POV

Aku membelek file yang berada di atas meja penuh malas. Bosan lah bila Adele tak ada dekat pejabat.

Biasanya bila aku bosan dan tak busy, aku akan bertandang ke bilik Adele untuk mengacau gadis itu. Begitulah tahap kebosanan aku bila Adele outstation.

Dan Adele tu tiap-tiap bulan outstation. Tapi kadang-kadang bila Adele ada Malaysia aku pula yang outstation. Tapi aku agak sibuk sebenarnya. Cuma aku kekeringan idea nak buat kerja.

Aku memandang permandangan laut yang cukup menenangkan. Adele pesan, kalau stress cuba tengok ciptaan Allah yang maha kuasa.

Tenang aja bila tengok air laut yang berombak tenang. Rasa kurang sikit stress aku. Aku membuka iphone yang berada di atas meja. Sempat lagi aku scroll Instagram.

Ada satu post yang dimuat naik oleh Adele. Aku memandang lama gambar tersebut. Dalam gambar tu, ada Adele, Zill dan Qayz sedang berposing di hadapan sebuah rumah agam putih yang sangat cantik.

Caption '🌸My bodyguard🌸' Comel betul tiga sahabat tu. Untunglah ada kawan, kawan handsome. Hahaha. Kenapa lah Adele tak pilih aja eh salah seorang daripada budak 6 orang tu. Aku nampak Adila Dania dan Uzair Emris sesuai aja.

Ketukan pada pintu memecahkan lamunanku. Sebaik sahaja pintu dibuka, wajah Warda menyapa pandangan.

"Yes Warda, kenapa?" Aku menyoal PA ku.

"Cik Likha, ada orang nak jumpa Cik Likha. Tapi dia tak ada pula buat appointment" dahiku berkerut.

"Siapa?" Aku kembali duduk di atas kerusi empuk berwarna putih yang sudah rasmi menjadi tempatku.

"Encik Reza Harith" mendengar sebaris nama itu sudah cukup membuatkan aku tersenyum lebar.

"Suruh dia masuk" ini sudah bagus. Dah lama tak jumpa Reza, my fashion fairy a.k.a BFF aku selepas Raja Adrean dan Yusra.

Selepas Warda berlalu, Reza terus menerpa masuk ke dalam bilik pejabatku.

"Woi! Assalamualaikum!" Aku tergelak.

"Waalaikumusalam! Hoi! Baru ingat dekat aku ke? Berbulan-bulan hilang tiba-tiba muncul" Reza tersengih. Cara kami mungkin kelihatan kasar, tapi itu lah kami.

"Bak kata mat saleh, I'm busy as hell. Datang sini pun sebenarnya sebab Alice Ilyana Raisha request suruh aku datang discuss pasal kain yang aku baru ambil daripada Italy" Reza duduk tanpa dijemput.

"Kau memang lah. Kalau bukan sebab kerja, memang aku tak akan nampak batang hidung kau. Buat macan rumah sendiri. Aku nak suruh Warda buatkan air sekejap" aku mula bangun untuk mencari warda.

"Weh tak payah susah-susah. Lagipun aku nak ajak kau lunch ni. Tak usah dicari PA kau tu, aku rasa dia dah keluar lunch" terus aku memandang Reza.

"Siapa yang bagi dia lunch? Aku tak semak lagi schedule aku" I frown.

"Aku yang bagi dia keluar lunch sebab aku nak culik bos dia. Kau jangan risau aku dah tolong check schedule kau. Kau free daripada lunch sampai pukul 4 petang. Lepastu kau ada meeting pukul 5 sampai 6 petang dekat Maju Jaya Holding" aku ternganga. Terus meletus tawaku.

"Kau ni dah tak ada kerja sangat ke sampai kerja PA aku pun kau sapu?" Aku sudah bercekak pinggang sambil menunjukkan riak wajah yang serious.

"Memang tak ada kerja. Sebab tu aku datang cari kau. Jom lunch. Lapar lah. Kau pandang air laut tu bukan boleh kenyang pun. Jom" tanpa membantah aku bersetuju.

"Kau stay Terengganu berapa hari tho?" Kami sudah mula bergerak keluar daripada bangunan pejabat.

"Dalam 3 hari aja. Tak boleh stay lama sebab aku kena uruskan kilang kain dekat China. Nanti balik daripada China aku datang balik hantar ole-ole" aku terangguk-angguk.

The MischievousWhere stories live. Discover now