Bab 2

1.9K 92 0
                                    

ARY POV
Form 5....

Aku resah. Kepala yang tidak gatal digaru. Aduh! Macam mana ni. Okay, cuba bayangkan aku sekarang ni berhadapan dengan 2 orang gadis yang menangis teresak-esak. Segala jenis air dah keluar.

Aku tak tahu nak buat macam mana. Ily dan Likha yang sedang menangis dipandang bimbang. Mana lah Adele ni? Disaat kami perlukan dia, banyak aja halangan.

Sekurang-kurangnya aku bersyukur kerana Imni, dan Rin sampai lebih awal dan sekarang sedang memujuk kedua-duanya. Aku mencapai Iphone di atas meja lalu nombor Adele di dail.

"Hello! Assalamualaikum, Adele kau ada kat mana? Cepat lah" aku terus menerjah sebaik sahaja Adele mengangkat panggilan.

"Waalaikumusalam. Sabar boleh tak? Aku dah on the way. Apa masalahnya sampai nangis ni? What happen? Gaduh dengan boyfriend?" Tembak Adele.

"Okay. Masalah dia aku tak tahu sebab diorang asyik menangis ajak. Perkataan pertama yang diorang cakap ialah 'aku dah putus' maksudnya break up" terangku perlahan.

"Laa... Break up aja pun. Apa lah nangis bagai" aku rasa macam nak hempuk aja kepala Adele sekarang ni.

"Adele can you be a little sensitive. Break up is not a simple problems okay" aku marah Adele dengan nada perlahan.

"Fine. Habistu kau nak aku meraung sekali dengan diorang? Macam tu" Aku menepuk dahi.

"Ya Allah Adele! Orang serious ni! Jangan lah main-main. Kau nanti tolong bagi nasihat berguna sikit boleh tak?" Aku sudah geram. Adele ketawa kecil kerana berjaya membuat aku geram.

"Iya lah. Aku gurau aja lah. Lain kali habaq lah terang-terang it just a break up problems. Aku ingat pasal family or what. Aku punya terkejut sampai pakai seliper lain sebelah tau" Adele mendegus mengundang tawa kecilku.

"Hahaha.. Okay lah. Aku letak dulu. Nak check diorang" lepas say bye to Adele, aku kembali ke bilik Likha.

Kelihatan kedua-duanya sudah berhenti menangis. Cuma sendu yang masih kedengaran.

"Kau ke mana Ary?" Rin menyoal sebaik sahaja aku masuk.

"Aku call Adele. Dia dah otw. So nanti biar doctor cinta kita bagi nasihat. Apa kata korang pergi basuh muka dan ikat rambut" tanpa suara mereka menurut.

Imni mengeluh. Rin memicit kepala. Dan aku mampu menggaru kepala.

"Apa kita nak buat ni? Bukan  seorang, dua orang yang patah hati ni... Imni, kau tak ada cadangan ke?" Imni menggeleng lemah.

"Aku pun buntu sekarang ni. Dah lah ni soal hati. Kita yang tak alami boleh lah suruh sabar semua" kata-kata Imni ada betulnya.

"Nanti bila Adele sampai kita suruh diorang cerita apa yang terjadi" kami angguk setuju.

Likha dan Ily muncul bersama wajah merah, mata yang masih berair dan hidung yang turut sama merah. Rambut sudah ditoncang tinggi.

Kami berlima duduk di atas lantai beralas carpet dalam bulatan. Tiada siapa bersuara. Ketukan pintu membuatkan aku sedikit lega. Adele is definitely here!

Sebaik sahaja pintu dibuka, muncul Adele yang aku rasa selekeh bak mati. Tapi tetap di mata aku her style is perfect.

Seluar tidur bercorak cotton candy berwarna pink dan berlatar kelabu, sehelai sweater hoodie lengan panjang yang aku sure milik salah seorang daripada abangnya. Tudung shawl yang diselempang sahaja dan teddy bear kesayangannya berwarna kelabu.

Dan dibelakang Adele muncul Naqiuddin, adik lelaki Adele yang berusia 11 tahun. Ditangannya terdapat banyak makanan. Shit Adele!

"Hello girls. Adele is here" aku hanya mampu menggelengkan kepala. Makanan terus diletakkan di tengah-tengah bulatan kami.

The MischievousWhere stories live. Discover now