AYYAN POV
Aku, Reza, Zack dan Atai sedang merenung kasut tumit tinggi berwarna merah garang diatas meja.
"Hmmm... Aku tak sangka pencarian Cinderella ni agak sukar" aku mengangguk. Setuju dengan kenyataan yang dibuat Zack.
"Kita nak start dari mana eh?" Kami garu kepala.
"Aku rasa kasut ni milik pelajar FIT sebab kasut ni jatuh dari bangunan FIT" Reza membalas.
"Aku pun rasa macam tu. Mustahil milik orang lain. Sebab pelajar FIT aja yang boleh naik ke bangunan dia kan" kami angguk setuju.
"Tapi pelajar FIT tu ramai. Tak silap aku adalah dalam 2 ribu lebih" aku terdiam.
"Jangan rungsing. Kita kena cari yang gadis yang kecil molek aja. Sebab saiz kasut ni kecil" celah Atai.
"Aku setuju dengan Atai tu. So, marilah kita ke FIT" aku bangun tetapi ditahan oleh Zack. Lelaki itu ketawa kecil.
"Kau agak-agak ah bro. Kita ada kelas lepas ni. Petang-petang sikit ke" aku menggaru kepala yang tidak gatal.
"Fine" aku kembali duduk. Aku boleh aja nak ignore, tapi entah kenapa firasat aku kuat menyatakan she's the one.
Selepas habis kelas petang, kami berempat terus ke FIT. Pelajar-pelajar di sana memandang pelik.
"Woi! Takkan kita nak redah masuk bilik kuliah dorang pula" Reza menarik aku.
"Tak lah macam tu. Kita tengok kalau ada yang kecil molek tu kita tahan and tanya kasut ni dia punya ke. Faham?" Atai, Zack dan Reza mengangguk serentak. Jadi bermulalah pencarian Cinderella aku.
Hampir jam 6 petang kami masih tidak mendapatkan a good result. "Tak apa Ayyan. Kita cuba lagi esok. Kau jangan give up tau" Zack tepuk bahu aku.
"Ini Tengku Ayyan Rayyan lah. Putus asa tak ada dalam kamus hidup aku. Selagi aku tak dapat apa yang aku nak, I won't back off" aku smirk. Mereka bertiga tersenyum sumbing.
"That's the spirit bro. Dah jom balik and makan. Ayyan giliran kau yang masak hari ni" Atai memeluk bahu aku.
"Iya tahu. Korang nak makan apa?" Toyol ni kalau time aku yang masak mula lah request macam-macam.
"Chicken grill!!" Sebulat suara mereka menjawab.
"Kau order macam aku ni buka restaurant. Kalau time Atai, kita makan mee segera aja" aku berkata tidak puas hati.
"Hahaha... Antara kita berempat, kau aja yang terror masak. Atai tu pandai buat mee segera aja. Last time dia try masak benda lain, kau tahu apa yang jadi dekat dapur kita kan?" Kami semua ketawa.
"Yup. Aku ingat. Dapur kita terbakar sampai bomba datang" Atai menggosok belakang leher. Kami masih ketawa.
"Dah tahu aku hopeless dalam masak memasak ni, korang paksa lagi. Tak pasal-pasal korang makan asap" Selamba badak Atai menjawab. Kami mess around sebelum pulang ke rumah.
Seminggu berlalu kami masih dengan pencarian Cinderella aku yang masih hopeless. Aku memandang kawan-kawan aku yang sedang duduk di atas tangga. Apa yang aku buat ni berbaloi ke?
Tiba-tiba mata aku tertangkap sesuatu. 3 orang gadis sedang berjalan masuk ke dalam kawasan FIT. Salah seorang daripada gadis itu memakai tudung dan pendek.
Iya pendek. Dan yang membuatkan aku seperti ingin melompat keriangan apabila di tangan gadis itu terdapat sebelah high heels merah sama seperti yang aku miliki.
After a week aku menunggu, akhirnya the Cinderella finally show herself. Tanpa berlengah aku terus berlari mengejar gadis bertiga itu.
"Finally I found you" lengan gadis itu disambar. Wajah terkejut gadis bertudung merah itu kelakar. Tapi comel.
YOU ARE READING
The Mischievous
Teen FictionThe Mischievous Nur Adila Dania, Aryana Farha , Ameena Imni, Alice Ilyana Raisha, Airin Adriana dan Asya Zalikha, sahabat baik yang berkawan sejak di bangku sekolah. Persahabatan mereka amatlah akrab sehingga menginjak ke alam dewasa. Conflict mul...