ADELE POV
Aku broken sebab Ameena Imni tidak dapat datang dan melawat aku. Aku dah buat plan nak kenalkan dia dengan kawan-kawan baru aku. Tapi nak buat macam mana tak ada rezeki.
"Adele!" Aku disergah daripada belakang. Tapi sebab aku dah terbiasa, aku langsung tidak memberikan respond.
"Benci betul aku sebab dia ni jenis tak terkejut" lelaki bertshirt merah itu mengambil tempat dihadapnku.
"Terima hakikat yang aku not a fragile girl okay. Mana yang lain Umar?" Aku jongket kening. Umar Khalish mencebik.
"On the way. Tadi diorang singgah Walmart" aku mengangguk kecil.
"What with the sad face Adele?" Umar walaupun baru sahaja berkawan dengan aku, tetapi dia sudah dapan mentafsir riak wajah aku yang susah untuk dibaca ini.
"Kau ingat tak yang aku cakap bff aku nak datang tu?" Umar angguk.
"Well dia tak jadi datang. Itu yang aku broken sangat tu" Aku mengeluh. Umar ketawa kecil.
"Ingatkan apa lah tadi. Chill babe. It's not the end of the world okay" aku menjulingkan mata.
"Hello bitches" dengar suara pun aku dah agak siapa.
"Waalaikumusalam to you to Mr Uzair Emris" aku membalas selamba. Muka Emris berubah. Dan yang lain hanya ketawa.
"Shit! Deep siaa" aku menjelirkan lidah. Mereka semua terus mengambil tempat.
"Padan muka kau. Kita islam buat cara islam. Bagi salam bukan tiba-tiba 'Hello Bitches' ingat elok sangat ke?" Makin lebar lah sengih aku bila Haq bagi ceramah free buat anak jutawan yang satu itu.
"Fine! It my mistake. I'm sorry. Lain kali aku bagi salam. Puas hati?" Kami angguk. Seronok bila tengok Emris bengang.
"Korang ni bising. Tak padan dengan lelaki" Qayz menggelengkan kepala.
"Bising kami lah yang mewarnai hidup kau yang sunyi sepi tu Qayz. Just admit it that you love our loudness" Nazhan memeluk bahu Qayz yang berada disebelahnya. Lelaki pendiam itu pantas menolak Nazhan yang sudah ketawa sakan.
"Adele, tak payah layan diorang ni. Nah for you. Kitorang singgah Starbuck and beli your favorite coffe latte" dalam mereka berenam seorang aja yang menyenangkan hati.
"Thank you Zill, you know exactly what I want" Zill Amsyar hanya tersenyum.
"Jangan terima kasih dekat aku, tapi Emris sebab dia yang bayarkan" aku memandang Uzair Emris yang sedang sibuk makan strawberries.
"Terima kasih Uzair Emris. Love you cross over my heart" Emris mencebik.
"Whatever. Eh Del, apa plan minggu ni?" Aku berfikir sejenak.
"Tak tau. Korang ada cadangan ke? Korang lah decided. Aku ikut aja kut" aku membalas. Mac book dibuka.
"Zill, kau ada cadangan tak?" Haq bertanya.
"Eh aku tak kisah sebenarnya. Aku ikut aja" last-last mereka ajak aku tengok bola dekat Stadium Manchester. Aku pun tak ada benda nak buat, aku join lah sekali.
Umar Khalis, Abdullah Haq, Zill Amsyar, Uzair Emris, Qayz Ayman dan Nazhan Taufiq adalah kawan yang paling rapat aku ada di London.
Aku memang beruntung kerana populasi rakyat Malaysia yang belajar di England adalah sedikit tinggi. Sungguh aku amat lega apabila berjumpa Malaysian.
Tetapi the worst part ialah apabila aku tidak mempunyai seorang pun kawan perempuan yang boleh get along dengan aku. Yang datang dengan scholarship terlalu takut untuk bergaul dengan aku. Yang kaya raya pula pandang aku ni macam hina sangat.
YOU ARE READING
The Mischievous
Teen FictionThe Mischievous Nur Adila Dania, Aryana Farha , Ameena Imni, Alice Ilyana Raisha, Airin Adriana dan Asya Zalikha, sahabat baik yang berkawan sejak di bangku sekolah. Persahabatan mereka amatlah akrab sehingga menginjak ke alam dewasa. Conflict mul...