Bab 25

1.4K 52 6
                                    

ILY POV

Aku bangun daripada duduk. Haih.. Ini tak boleh jadi! Idea dah tenggelam dalam laut ni. Aku bangun dari duduk. Aku memandang bilik pejabat aku.

Bersepah dengan gumpalan-gumpalan kertas di atas lantai. Perca-perca kain turut berselerak. Haih.. Aku malas nak kemaskan bilik ni.

Ketukan pada pintu mematikan lamunan aku. "Masuk" aku mengarah. Wajah cantik Helena menyapa pandangan.

"Astaghfirullah halazim... Alice Ilyana Raisha! Bersepahnya. Ini bilik kerja or sarang burung ni!" Suara Helena sudah tinggi. Aku mengeluh. Dang.

"I tak ada masa nak kemas" aku menjawab bosan. Helena tu aja yang hiperbola.

"Jom lah kita pergi keluar jalan-jalan. Ambil angin. Baru dapat ilham sikit" suara Helena berubah lembut.

"Good idea. Okay jom" aku laju bersetuju. Sempat aku grab Ipad dan purse. Aku berhenti sekejap di kaunter.

"Dina, saya nak keluar sekejap. Sekejap lagi saya balik lah butik. And bagi tahu Mak Cik Iti tolong kemaskan sikit bilik saya tu" Dina mengangguk kecil.

"Jom Helen" aku menarik tangan Helena yang ralit membelek fabrik yang baru diambik dari kilang.

"You kenapa nampak kusut sangat ni? Pening lah I tengok" Helena menjongket kening.

"I tak ada idea nak design baju Dr Airin lah. I nak buat lah baju tu nampak perfect. Tapi sekarang ni, I can't even imagine what to draw" aku mengadu.

"Baju Rin? Penting sangat ke majlis tu sampai you nak kena buat dengan penuh sempurna? Setahu I, Rin tu kan simple aja" aku tersenyum mendengar comment Helena.

"Rin memang nak simple aja. I yang nak buat baju Rin tu penuh sempurna. Lagipun, ini majlis yang kami tunggu selama 11 tahun tau" jujur aku katakan, semua orang teruja bila Airin Adriana nak bertunang.

"Wow.. Majlis apa? I dengar pun rasa teruja" Helena memandang aku penuh curious.

"Majlis pertunangan diantara Cik Doctor dan Encik Arkitek. Rin nak tunang" aku berkongsi cerita. Yes, bukan aku sorang aja yang excited, sahabat-sahabat aku yang lain turut sama teruja mengalahkan Airin Adriana sendiri.

Selepas 11 tahun, finally diorang putuskan untuk menamatkan zaman bujang. Seriously, I'm so happy to both of them. Golden couple of TEPCES.

Atas permintaan Airin, majlis pertunangan bakal berlangsung di kediaman mama dan abahnya. Mama dan Abah Airin pun excited sebab anak sulung perempuan diorang dah nak kahwin.

Sebab tu lah aku pening sangat nak buat baju ni. Aku nak lah baju tu nampak sempurna.

"Wow! I'm happy for them. Bila majlis tu?" Helena memang admire dengan kisah cinta Airin Adriana dan Iskandar Luqman.

"Dua bulan lagi. You kena datang Helen" Laju Helena mengangguk.
"Hell yes! Mestilah kena datang. Dah lama I nak tengok diorang berdua kahwin. Bagi I, they are a very cute couple. Kadang-kadang diorang berdua kepala semua masuk air" aku ketawa. Kepala mengangguk setuju.

"Helena, you kena tolong I. Otak I beku ni" aku duduk di atas sebuah bangku berhampiran taman permainan menghadap lautan biru.

"Okay-okay. I berbesar hati untuk tolong. Sebelum tu, tema warna apa?" Aku pandang Helena dengan tawa halus.

"You rasa warna apa?" Helena sengih.

"Mesti warna hijau kan?" Aku angguk. Dengan kehadiran Helena, sedikit sebanyak gadis itu memberikan aku idea.

"So, Rin suka apa lagi selain daripada hijau dan haiwan?" Aku berfikir sejenak.

"Dia suka Iskandar Luqman" sempat lagi aku buat lawak hambar. Tapi Helena tetap Helena, dia masih ketawa walaupun lawak yang aku buat tu amat hambar.

The MischievousWhere stories live. Discover now