ADELE POV
7 tahun kemudian...
Aku bersandar lemah pada kerusi. Mata dipejam seketika untuk melegakan badan yang lesu. Fuh! Penat!
Kenapa lah aku pilih Stiletto Cristina Laboutine yang betul-betul membunuh ni? Sumpah kaki rasa macam nak tertanggal kerana asyik ke hulu ke hilir sedari tadi.
Ketukan pada pintu jenis kayu jati daripada luar memaksa aku untuk membuka mata. Posture duduk aku betulkan. "Come in" aku mengarah. Macbook air dibuka.
"Tak sudah lagi ke kerja kau tu babe?" Aku mengangkat muka sebaik sahaja suara yang sudah sebati dalam hidup aku menyapa gegendang telinga.
Asya Zalikha sedang berpeluk tubuh memandang aku. Aku tersengih.
"Likha... Kalau aku skip lunch boleh? Aku kena semak document setebal buku kamus dewan bahasa ni" aku menunjukkan file putih yang elok terletak di atas meja.
"Nur Adila Dania! Kan dah janji dengan yang lain! Sekejap aja. Tak sampai satu jam kut. Kalau kau nak tengok Imni mengamuk, haa buat lah perangai. Silap hari bulan kau yang jadi ikan siakap sweet and sour!" Likha sudah bercekak pinggang. Aku mengeluh. Kalau aku tak pergi mahu balik nanti aku kena leter lagi panjang.
"Adele!!!" Aku terus berdiri seraya menutup macbook yang baru sahaja dibuka. Purse dan phone di atas meja terus dicapai sebelum aku menarik Likha keluar daripada bilik.
"Teruk betul kau ni. Kena paksa dulu baru nak makan. Kerja-kerja juga. Kesihatan tu pun kenalah jaga. Aku tak tahu lah kalau aku tak ada dalam pejabat ni macam mana lah kau kan? Makan pun nak kena suruh. Chief Executive Officer pun manusia juga yang kena makan, kena minum" Likha yang berjalan di sebelah aku masih membebel sejak masuk lif sehingga keluar daripada lif.
"Asya Zalikha! Kau tak penat ke daripada tadi asyik pot pet pot pet. Aku yang dengar ni penat. Apalah kau ni, buat aku macam budak umur 5 tahun. Aku dah 25 tahun lah. Aku boleh jaga diri aku sendiri" aku memaut bahu Likha seraya tersengih.
"Umur kau memang 25 tahun. Tapi kau tu kalau tak suruh, kau tak akan buat. Kau workaholic sangat. Aku yang tengok pun penat" aku hanya mampu tersengih.
Tak tahu nak balas apa. Aku mengambil keputusan untuk diam sahaja. Nanti kalau aku balas balik, Likha sambung leterannya yang panjang berjela mengalahkan kereta api!
Kami berdua berjalan keluar daripada bangunan pencakar langit setinggi 25 tingkat menuju ke sebuah restaurant dua tingkat yang tidak jauh daripada pejabat kami berdua.
Dari kejauhan sudah boleh nampak betapa sibuknya suasana di dalam restaurant. Maklumlah sekarang ini sudah menunjukkan jam 1 tengah hari. Waktu lunch! Aku aja yang tak perasan.
The Magnificent, restaurant 5 bintang milik keluarga Ameena Imni semakin berkembang maju semenjak kawan baik aku mengambil alih rangkaian restaurant itu.
Aku cukup bangga dengan Ameena Imni. Baru 2 tahun mengetuai, dia sudah berjaya mengembangkan restaurant keluarganya ke sekitar Eropah.
YOU ARE READING
The Mischievous
Fiksi RemajaThe Mischievous Nur Adila Dania, Aryana Farha , Ameena Imni, Alice Ilyana Raisha, Airin Adriana dan Asya Zalikha, sahabat baik yang berkawan sejak di bangku sekolah. Persahabatan mereka amatlah akrab sehingga menginjak ke alam dewasa. Conflict mul...