Bab 9

1.4K 50 0
                                    

Ily POV

Aku merenung bagasi-bagasi yang berada di hadapan. Suasana KLIA yang sibuk bagai tidak terkesan. Sekarang ini kami semua sedang menunggu penerbangan ke berlainan destinasi.

Aku dan Likha sekeluarga bakal menaiki penerbangan yang sama untuk ke Kota New York yang mengambil masa 18 jam dari Malaysia. Adele sekeluarga akan menaiki private plane milik keluarga.

Imni sekeluarga naik bersama  keluarga Adele. Sampai di London, mereka akan menaiki Train untuk ke kota paris. Airin yang jauh di Scotland sabar menanti penerbangan yang panjang selama 13 jam 40 minit. itu. Aryana tidak mempunyai sebarang masalah kerana penerbangan ke negara matahari terbit itu hanya memakan masa selama 7-8 jam.

"Rin! Penerbangan kita sudah dipanggil" Abe, Abang sulung Rin memanggil gadis yang berada di sebelahku.

Rin pandang kami semula. Lambat-lambat dia bangun. Berat hati nak berpisah dengan kawan baik. Aku dipagut rasa sayu. Tiba-tiba sahaja aku sebak. Air mata kami semua sudah bergenang.

"So nampaknya kita kena berpisah dekat sini. Bye guys. Aku sayang korang semua" Airin memeluk seorang demi seorang. Semua dah menangis.

"Weh jangan lah nangis. Aku tak boleh tengok korang nangis!" Kelemahan Adele dia tak boleh tengok orang yang dia sayang menangis.

"Aa..aa..aku akan rindu korang" banjir laa KLIA. Airin Adriana akhirnya menapak memasuki balai berlepas. Sebelum masuk ssmpat dia berpaling,memandang kami buat kali terakhir. Kami terus melambai.

Rin dah masuk. 10 minit lagi penerbangan Ary pula yang bakal menyusul. Adele memutuskan untuk berangkat paling akhir.

10 minit kemudian, Aryana Farha mula bangun untuk menaiki penerbangan ke Jepun. Sekurang-kurangnya tangisan kami sudah mereda. Erat sekali pelukan Ary. Bagai tak nak lepaskan kami.

Tiba giliran aku dan Likha untuk meninggalkan bumi Malaysia. "Jaga diri kat sana Ily, Likha. Kalau sakit cepat bagi tahu" pesanan Imni menyentuh hatiku.
"Betul tu. Bekalan ubat ada kan? Jangan tertinggal pula" Adele tukang tambah. Kami mengangguk.

"Korang berdua pun jaga diri. Adele please stop meninggi. Imni please kurangkan nakal" kata-kataku mengundang tawa Adele dan Imni.

"In sya allah. Dah pergi lah. Nanti terlepas flight aku tak tahu" kami melambai sebelum menapak ke arah balai pelepasan. Luggage sudah siap diuruskan.

Keluarga aku dan Likha memilih seat first class yang lebih selesa untuk menempuh 18 jam di udara. Kami disambut mesra pramugari dan pramugara yang bertugas. Tiket diserahkan.

Seat aku sebelah seat Likha. Aku memilih untuk duduk di tepi tingkap. "Haih... Aku mesti akan rindu kita yang dulu" tanpa sedar aku mengeluh. Likha di sebelah hanya mengangguk setuju.

"Tak apa, kita still akan bersatu. One day, in sya allah"Likha menepuk peha aku. Kami tersenyum.

"Dah-dah. Aku nak tidur. Mengantuk tiba-tiba. Night Ily" aku menggolekkan anak mata.

"Iya lah. Pi laa sana. Night Likha" gadis itu segera memakai penutup mata. 5 minit selepas itu, Likha sudah menyulam mimpi indah. Senang betul dia nak lena.

Aku yang masih tidak boleh melelapkan mata mengambil keputusan untuk menonton movie The Emoji. Ini semua salah Airin Adriana dan Ameena Imni orang yang bertanggungjawab kerana telah menyogok aku dengan cerita-cerita kartun itu. Hahahha...

Antara kami berenam,mereka berdua adalah orang yang paling berjiwa kanak-kanak. Rancang cartoon juga sering mereka tonton. Oleh kerana kedua-duanya mempunyai adik yang masih kecil. Aku terlena tanpa aku sedar.

The MischievousWhere stories live. Discover now