LIKHA POV
"Likha!!! Ooo Likha!!! Bangunlah. Jom pergi sarapan. Aku lapar lah" ketukan pada pintu mengejutkan aku dari mimpi indah. Terpisat-pisat aku dibuatnya.
"Ily! Jangan laa kacau aku!" Aku berniat untuk sambung tidur malang sekali apabila Ily terlebih dahulu masuk kebilik apabila menyedari bilik aku tidak berkunci.
"Tak ada maknanya. Jom laa makan Likha. Aku dah kebulur ni. Lagipun kita bukan ada kelas pagi ni" Ily menggoncang tubuhku.
"Ish sebab tak ada kelas pagi ni aku nak tidur! Bijirin kan ada" aku menepis lembut tangan si sahabat.
"Likha, I've been eating those freaking thing about week. Lagipun bijirin dah habis. Jangan laah malas macam rhino sangat" aku mengeluh. Kesian pula dekat Ily.
"Fine. Bagi aku setengah jam untuk bersiap" aku membalas.
"Yes! Thanks Likha. You're the best!" Ily memeluk aku kejap sebelum berlari keluar dari bilik aku yang serba sederhana.
Demi kawan baik dunia akhirat, aku korbankan tidur aku. Bangun, aku mandi dan bersiap. Keluar dari bilik, Ily sudah ringkas bersiap.
"Jom pergi makan!!" Aku ketawa. Nampak gayanya Alice Ilyana Raisha ni betul-betul lapar agaknya.
Kami memilih sebuah Cafe yang terletakkan di Manhattan Street. Cafe yang sudah sebati dengan kami sejak sebulan berada di New York.
Pastries sudah menjadi menu utama kami. I miss nasi lemak. Huhuhu... Baru sebulan, aku dah rindukkan Malaysia. Betuk kata pepatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.
"Ily, kelas kau pukul berapa?" Aku menyoal.
"Pukul 2 petang. Kau?" Aku mengangguk.
"Aku pukul 3 petang. Tapi sebelum aku ke kelas, aku ingat nak keluar dengan Adrean dan Yusra. Kitorang nak ke book store. Beli buku rujukkan" aku memberitahu.
"Ouh okay. Rean dengan Yus datang rumah ke?" Aku mengangguk sambil menyuap masuk roti blueberry ke dalam mulut.
Raja Adrean dan Yusra Aqira kawan senegara yang sama-sama belajar di NYU. Aku memang bersyukur kerana di kurniakan kawan senegara walaupun Adrean tua 2 tahun daripada aku.
Rean dan Yus kedua-duanya baik dan peramah. Ily juga mengenali mereka berdua. Kawan-kawan Ily pun not bad. Budak-budak fashion.
"Okay done makan. Sayang Likha sebab temankan aku" aku menjeling langit.
"Sayang lah konon. Dah jom balik. Nasib baik kau taj buat gila ajak aku jogging dekat Central Park" Ily tergelak besar.
"Tak apa, yang tu maybe next time" aku mencebik.
"Likha, semalam Adele ada e-mail aku" dengar aja nama Adele, aku berpaling.
"Kenapa? Adele ada masalah ke?" Aku jongket kening.
"Eh tak ada lah. Dia okay aja duduk London sana. Cuma, resort kita aja yang ada problem" berkerut dahi aku.
"Problem apa? Teruk sangat ke?" Aku sedikit sebanyak bimbang tentang resort. Sudahlah kami semua jauh dari tanah air.
"Tak adalah teruk. Cuma ada masalah dengan kontraktor aja. Tapi jangan risau sebab Adele cakap dia dah settle semuanya" kami mula pulang ke rumah.
Sebaik sahaja sampai, kelihatan Rean dan Yusra sedang duduk di atas tangga rumah kami. Kedua-duanya sedang bermain phone. Gopoh aku memohon maaf.
"It's okay lah babe. Lagipun salah kami sebab datang terlajak awak" Yusra tersenyum mesra.
"Hahaha, jemput masuk. Adrean jom" Rean mengangguk.
YOU ARE READING
The Mischievous
Fiksi RemajaThe Mischievous Nur Adila Dania, Aryana Farha , Ameena Imni, Alice Ilyana Raisha, Airin Adriana dan Asya Zalikha, sahabat baik yang berkawan sejak di bangku sekolah. Persahabatan mereka amatlah akrab sehingga menginjak ke alam dewasa. Conflict mul...