Bab 44

1.7K 67 3
                                    

ATAI POV

Aku mengambil tempat di sebelah Zack. Lelaki itu sedang rancak berbual dengan Umar. Entah apa yangdibualkan pun aku tahu. Kebiasaannya aku lah yang paling banyak mulut, entah kenapa hari ni aku rasa berdebar lain macam. Macam aku pula yang nak kena jadi watak utama. Hahaha padahal pelakon pembantu aja. Bengong...

Jam dipandang sekilas. Mana yang lain ni. "Haq, Adele and yang lain sampai pukul berapa?" Haq mengangkat wajah memandang aku.

"Pukul 8:30 malam. Kejap lagi keluar lah tu. Sabar sikit" kemudian Haq kembali membaca al-quran. Yes I repeat Al Quran. Aku pun sentap masa Haq duduk and keluarkan mini tafsir al-quran daripada beg sandangnya.

Abdul Haq memang kadang-kadang otak tak betul. Masuk air. Suka cari gaduh dengan sepupu kesayangan dia Nazhan Taufik, tapi dia lah paling warak dan alim antara kami semua. Jadi tak pelik lah.

"Oit asal semua serius ni? Kau pun asal diam aja?" Nazhan muncul seraya menepuk bahu aku perlahan.

"Entah. Semua nampak busy dengan hal masing-masing. Aku pun diam lah" Naz ketawa halus.

"Patut lah. Kalau tak mesti macam murai tercabut ekor" aku muncungkan mulut.

"Tak guna" gumamku perlahan. Nazhan hanya sengih.

"Eh by the way, yang lain dah siap ke? Emris? Ziyad?" Dari tadi tak nampak batang hidung. Padahal gerak datang airport sekali.

"Diorang tolong tenangkan mamat-mamat romeo yang tengah tunggu juliet mereka touch down. Ada dekat kereta sana. Kejap lagi datang lah tu" baik punya ayat si Naz.

"Aku yang tak duduk tempat diorang pun gabra macam apa. Inikan pula diorang" Haq yang sudah selesai membaca al-quran mrnyampuk.

"Kan... kau ingat senang nak buat benda gila macam ni. Teruk betul idea kau ni Atai" aku ketawa.

"Habistu kenapa korang setuju? Aku dah buka untuk cadangan lain tapi korang cakap mine is already okay" aku berkata bagi mempertahankan diri.

"Hahahaha.. sebab cadangan kau aja yang gila dan mampu buatkan Encik Ego menggunung tu rendahkan ego untuk orang yang tersayang" Umar meletakkan tangan di atas bahu ku. And we just laugh.

"Eh eh.. korang boleh melepak tenang-tenang dekat sini? Budak berenam tu dah nak sampai tu. Cepat!" Zill tiba-tiba sahaja muncul bersama Ayyan, Iraf, Riel, Arasy, Luke dan Reza. Di tangan masing-masing ada sejambak bunga yang cantik.

"Korang lah lambat sangat. Kalau macam tu jom lah" aku bangun daripada duduk. Qayz yang tenang dipandang. Macam mana lah lelaki ni boleh chill jer. Aku pula yang berdebar.

Kami semua mula bergerak ke bahagian balai ketibaan. Kami semua mula mengambil tempat masing-masing. Ada yang kena jadi cameraman. Ada yang kena jaga bahagian sound and music. Ingat senang ke nak jayakan misi kami ni.

"Tu tu diorang dah nak keluar" Zill yang berada di sebelah dipandang. Nampak lah terpancar riak nervous tu.

"Everything gonna be alright lah Zill. Calm your tits a little" aku tepuk bahu si sahabat.

"Hmm.. tapi bukan boleh kira. Budak berenam tu kalau datang keras kepala hati batu, naya satu airport" aku gelak.

"Aku yakin, plan kita akan berjalan dengan lancar. Sekeras mana pun hati perempuan, they still girl who have some soft spot" confident come first.

"Let's just have faith in them" Zack berpeluk tubuh dan tersenyum sinis.

"By the way, did you save all those clips?" Zack jongket kening nakal. Aku ketawa.

The MischievousWhere stories live. Discover now