ARY POV
Aku memandang lama wajah Adila Dania yang sedang membuat cupcakes. Senyuman dia hari ni lain macam. Pagi-pagi tu dah bergerak buat cupcakes. Aku menompang dagu seraya memerhati gerak gerinya.
"Adele, asal mood happy semacam aja ni?" aku bersuara bagi menarik perhatian gadis itu. Dia hanya menghadiahkan aku sebuah senyuman manis.
"Entah, i just feel happy. Tak ada sebab. Tak pergi kerja lagi Ary? dah pukul 9 pagi ni" aku mengerling ke arah jam dinding yang tergantung elok pada dinding dapur.
"Aku masuk lewat sikit. Tak apa. dekat klinik ada Jason and Wawa. Pagi-pagi pesakit tak ramai pun. Btw, kau nak buat cupcake apa ni?" aku menjengah memandang bahan-bahan yang sudah tersedia di atas kitchen island.
"aku nak buat strawberry cupcakes. My fav. Kau pergi lah klinik sana. tak senang aku nak main-main dekat sini" Adele menolak aku keluar daripada dapur.
"Amboi kau! kejam. Menghalau namanya. Fine! tapi jangan lupa datang klinik hantar cupcakes untuk aku sekali. kalau kau tak hantar, siap kau aku kerjakan" Adele hanya ketawa lepas. Jadi aku terus menyarung kasut Jimmy Choo untuk ke klinik.
Sampai klinik, ada lah seorang dua pesakit. Aku tak sempat nak masuk dalam bilik sebab Rina, pekerja klinik aku menahan.
"Ye, kenapa Rina?" aku menyoal pelik.
"err... tadi ada lelaki bagi ni dekat Dr. Dia cakap dia kawan masa sekolah dulu" Cadbury dihulurkan kepada aku. pelik ni.
"Nama?" Rina terdiam. Seperti sedang berfikir.
"Din.. hmm... Sharifuddin? no... Salahuddin... tak, tak" aku rasa macam aku tahu siapa.
"Is it Syaifudin? Syaifudin Zefriel?" Rina menepuk tangan.
"Yes. Syaifudin" aku menyambut huluran Rina.
"Awak ni Rina, muda-muda dah lupa" Rina hanya tersengih seperti kerang busuk.
"itu lah Dr. mungkin sebab masa kecil-kecil dulu saya suka makan semut kut" jawapan selamba Rina membuatkan aku gelak.
"Hish budak ni. dia mengarut pula. Terima kasih tau Rina" selepas mendapatkan coklat daripada Rina, aku masuk ke dalam bilik rawatan aku. aku tersenyum sendiri. Apa kena dengan si Riel ni? sekejap muncul, sekejap menghilang. bila muncul datang sekali dengan Cadbury dia bagi. aduhai!
Kadang-kadang aku terfikir, kenapa aku tak boleh jadi macam dulu? Haih.. ego. Aku dengan ego aku yang tersendiri. Riel ada ego dia yang tersendiri juga. Ego lelaki ni boleh sebesar lautan. Dia memang tak akan mengalah. Sebab tu aku respect lelaki yang boleh rendahkan ego dia untuk orang tersayang. Sebab ego ni sebenarnya titik permulaan bagi keretakkan sebuah hubungan. acey... aku rasa macam Doktor Cinta lah pula.
"Dr, sorry kacau. Saya nak bagi tahu yang ada orang nak jumpa Doktor. and dia datang bukan sebab dia sakit, tapi sebab nak jumpa Dr" Diana muncul sambil berkata.
"Ye ke? Suruh lah dia masuk. Kita tak ramai pesakit kan?" Dian menggeleng. Selepas itu dia menghilang. Tidak lama selepas itu, ketukan pintu mula kedengaran.
"Masuk" aku masukkan Cadbury ke dalam laci meja sebelum membetulkan kedudukan. Muncul seorang lelaki disebalik pintu.
"Laaa... Iraf, masuk lah. Ingatkan siapa tadi. Kenapa tak call nak datang?" aku bangun daripada duduk. Ishraf Mateen yang kelihatan santai berbaju t-shirt biru gelap dan jeans hitam hanya tersengih.
"hahaha... Sorry sebab tak call dulu. Sebenarnya aku tak plan pun nak datang. Nasib baik klinik kau tak ada orang" Iraf membalas. Aku tersenyum.
"Tu pasal. Nasib kau datang pagi. Jemput duduk weh" Iraf mengangguk sebelum duduk di sofa menunggu di dalam bilik aku.
YOU ARE READING
The Mischievous
Teen FictionThe Mischievous Nur Adila Dania, Aryana Farha , Ameena Imni, Alice Ilyana Raisha, Airin Adriana dan Asya Zalikha, sahabat baik yang berkawan sejak di bangku sekolah. Persahabatan mereka amatlah akrab sehingga menginjak ke alam dewasa. Conflict mul...