Imni POV
Penat jetlag masih terasa. Penat weh. Walaupun bukan aku yang bawa kapal terbang tu, still penat duduk dalam flight lama-lama.
"Kakak!!!" Tidur yang nyenyak diganggu adik-adikku. Aku mendegus.
"Oh adik! Kenapa lah kau kacau kakak mu sedang beradu ini!" Aku frust gila.
"Kakak! Ibu suruh bangun!! Katanya surat tawaran belajar dah sampai!" Terus mata aku terbuka luas. Tegak badan aku mendengar berita yang disampaikan Damia, adikku.
"Serious? Tak berguraukan Achik?" Damia menggelengkan kepala.
"Tak bergurau. Ibu suruh mandi dulu baru turun bawah!" Tak payah suruh pun memang aku terus berlari masuk ke bilik mandi. Tak sampai 10 minit aku sudah lengkap bersiap.
"Ibu! Mana surat tawaran tu?" Nampak aja muka ibu, soalan itu yang keluar.
"Sarapan lah dulu kalau iya pun. Ibu ada buat nasi lemak tu" dengar nasi lemak, perut aku automatic berkeroncong hebat.
"Okay tapi lepas ni kakak nak tengok surat tawaran tu" ibu hanya angguk melayan karenah aku.
Afiq Syahmi sudah berada di meja makan sewaktu aku masuk ke dapur. Sedap betul mamat ni melantak.
"Sedapnya kau melantak. Tak tunggu pun aku!" Rambut Afiq yang tersisir rapi dikusutkan.
"Kak!!!" Aku ketawa kuat. Terus aku mengambil tempat jauh dari Afiq.
"Kurang ajar laa kau Kak. Penat tau nak setting rambut. Dah lewat nak jumpa awek ni" Afiq bangun sambil membebel membetulkan rambutnya yang serabai.
"Pergi lah kau. Buaya darat!" Afiq Syahmi tidak menghiraukan aku. Suka betul aku cari pasal dengan satu-satunya adik lelaki aku tu. Kami cuma beza setahun. Ketinggian memang berbeza, tapi itu tidak menghalang aku untuk membuli dia.
"Makan elok-elok Kak, tercekik nanti" abah menegur aku. Aku hanya tersengih.
Aku makan dengan aman. Rindu masakan malaysia. Selama travel jarang kami dapat jumpa nasi. Elok-elok perut aku pun memang lapar. Pekena pula dengan teh O.
Selesai makan dan basuh pinggan, aku bergerak ke ruang tamu. Zara sedang mewarna dipandang sebelum mengambil tempat di sebelah Damia, menghadap Ibu dan Abah.
"So, mana surat kakak, bu?" Ibu mengeluarkan sampul surat putih.
"Nah. Kakak tengok lah sendiri. Tahniah!" Aku menyambut huluran ibu penuh debaran. Dari riak wajah Ibu danAbah, kelihatan seperti berita baik.
Aku pantas membuka surat tawaran tanpa memandang stamp penghantaran. Sebaik sahaja logo University menyapa pandangan, aku sudah tergamam.
Wajah ibu dan abah dipandang lama. Aku bagaikan tidak percaya. Adakah ini mimpi?
"Tak. Kakak tak mimpi. You got it dear!!" Seperti boleh membaca fikiranku, abah membalas dengan senyuman lebar. Ayah mana tidak bangga.
"Ibu!! Abah!!! Kakak dapat belajar dekat Paris!!!!" Aku melompat keriangan. Tidak dapat dizahirkan rasa gembira itu. Siapa sangka aku bakal belajar di negara yang baru sahaja dilawati. Nampaknya memang hari-hari aku menghadap Eiffle Tower tu.
"Ibu bangga sangat. Lepas ni kakak jadi chef lah. Belajar elok-elok dekat Le Cordon Blue, Paris, French! Make us proud" bergenang juga air mata wanita bergelar ibu melihat kejayaan demi kejayaan yang dikecapi anak sulungnya.
"Tapi, ibu dan abah benarkan ke kakak belajar dekat sana?" Perlahan aku bertanya. Tersenyum kedua-duanya.
"Ya Allah! Mestilah kami benarkan kakak belajar dekat sana. Kami happy. Adik-adik pun bangga tau. Bukan senang nak masuk Le Cordon Blue tu. Kakak juga yang pujuk ibu untuk apply Uni ni kan" melebar senyuman aku.
YOU ARE READING
The Mischievous
Teen FictionThe Mischievous Nur Adila Dania, Aryana Farha , Ameena Imni, Alice Ilyana Raisha, Airin Adriana dan Asya Zalikha, sahabat baik yang berkawan sejak di bangku sekolah. Persahabatan mereka amatlah akrab sehingga menginjak ke alam dewasa. Conflict mul...