LIKHA POV
Serabut!!!!! Otak aku dah berserabut. Minggu ni memang minggu semua ada masalah ke?! Sekarang ni Imni pula. Dia membimbangkan semua pihak.
"Still tak dapat contact Imni? " suara Ily mematikan lamunanku.
"Tak. Naik lenguh dah jari aku duk tekan nombor dia ni" Rin mengeluh sebelum duduk di sebelah aku. Badan disandarkan pada sofa empuk.
"Del, macam mana ni? " Ary memandang Adele. Adele pula sedang menggosok pelipis.
"Aku tak tahu. But, aku call Afiq Syahmi. Dia cakap Along dia ada di rumah. Lega sikit aku dengar. At least Imni balik rumah family dia" Dan kami mampu menghembuskan nafas lega.
"Ada tanya Syahmi macam mana keadaan Imni sekarang ni? " Kali ini aku pula yang bertanya. Adele angguk.
"Syahmi cakap Imni tak keluar bilik. Makan pun tak nak sampaikan Aunty Su kena hantar makanan Ke bilik" kami semua dah tak tahu nak buat macam mana.
"Aku rasa disaat macam ni lah kita kena ada untuk Ameena Imni. APA kata kita temankan Imni malam ni? " aku memandang sahabat-sahabatku.
"Good idea Likha. Aku rasa tak ada masalah kut kalau kita bermalam dirumah Aunty Su and Uncle Man" sokong Ary.
"Dah kalau macam tu boleh lah pergi grab apa yang patut kan" dengan itu masing-masing masuk Ke bilik untuk pack barang.
"Adele, what about Ishraf Mateen? " aku memegang lengan Adele.
"Ishraf terpaksa pulang ke Paris untuk heret bimbo tu balik. And settle kan everything dekat sana. Esok or lusa dia datang balik ke sini" aku terangguk-angguk.
Around 8:30 malam kami berlima muncul di hadapan kediaman keluarga Ameena Imni.
"Eh hajat apa korang datang ni? " Aunty Su sudah memandang kami sedikit pelik.
"Kami nak bermalam dekat sini boleh tak Aunty Su? Temankan Imni" dengan tak malunya Rin menjawab. Aunty Su ketawa.
"Lah kenapa tak cakap awal-awal. Jemput masuk semua" masing-masing masuk dengan beg sandang Dan juga teddy bear. Uncle Man yang berada di ruang tamu ketawa melihat kami berlima.
"Uncle tak nak tanya apa tujuan korang datang sini sebab dah terang lagi nyata. Uncle just nak tanya dah makan Ke belum? " kami semua tergelak.
"Dah Uncle. Makan roti tadi" Ily membalas.
"Roti aja? Pi dapur then makan nasi. Lauk tu ada lebih lagi" kami laju geleng kepala.
"Tak ada selera Uncle Man bila terkenangkan Ameena Imni tu" jujur aku berkata.
"Korang ni memang kawan sehidup semati kan" Aunty Su menggelengkan kepala.
"Kitorang naik bilik Imni dulu eh. Eaok kita sembang" selepas meminta diri, kami terus menuju Ke bilik Imni di tingkat atas. Pintu bilik diketuk. Tiada jawapan. Rin ketuk lagi. Masih sunyi.
"Nah kunci. Kalau ketuk macam tu sampai kiamat pun dia tak akan buka" nasib baik kami tak terjerit. Mana taknya, Si Syahmi tu muncul entah dari mana tiba-tiba hulur kunci depan muka aku.
"Thanks Syahmi" lelaki itu mengangguk kecil sebelum kembali masuk ke dalam biliknya yang hanya bertentangan dengan bilik Imni. Dengan penuh berhemah aku buka pintu bilik Imni yang berkunci. Masuk aja, kelihatan Ameena Imni sedang berbaring di atas katil. Seluruh tubuhnya diselimuti comforter tebal.
Kami letak beg di atas lantai beralas carpet itu. Aku duduk di birai katil seraya menepuk bahu Imni. Tray makanan di atas meja dipandang. Makanan langsung tak berusik. Sah! Imni still tak makan.
YOU ARE READING
The Mischievous
Fiksi RemajaThe Mischievous Nur Adila Dania, Aryana Farha , Ameena Imni, Alice Ilyana Raisha, Airin Adriana dan Asya Zalikha, sahabat baik yang berkawan sejak di bangku sekolah. Persahabatan mereka amatlah akrab sehingga menginjak ke alam dewasa. Conflict mul...