Bab 45: The Epilog

2.3K 65 4
                                    

ADILA DANIA POV

10 tahun kemudian...

Aku santai melepak di tepi pantai. Pantai ini, masih kekal seperti dahulu. Tidak banyak yang berubah. Mungkin lebih ramai pengunjung. Ataupun dengan lebih banyak chalet-chalet kecil yang terbina.

Pantai ni menyimpan seribu satu kenangan. Di pantai ini lah saksi kegembiraan kami, kedukaan. Saat jatuh dan bangun. Juga menjadi saksi persahabatan kami yang masih utuh sehingga kini.

"Hoi lepak tak ajak!" Dan selepas bertahun lamanya, aku masih tersekat dengan orang yang sama dengan ragam yang sama selama hampir 30 tahun ini.

"Buat apa ajak kau. Buang karan. Aku nak cari ketenangan. Ajak korang? Ketenangan aku terus buat terjunan papan anjal ke laut" aku menjuih bibir ke arah air laut petang yang  berombak tenang.

Mereka hanya tergelak dengan kata-kataku. Mereka tidak menafikan satu hakikat itu. Hakikat yang mereka suka gila kacau hidup aku.

"Alah.. mengaku ajalah. Kalau kami tak ada. Kau juga yang sunyi" aku hanya mencebik.

"Ni nak inform, orang jauh dah sampai. Dah siap check in resort" Likha disebelah berkata.

Orang jauh yang dimaksudkan Likha ialah sahabat baik kami yang jauh berada di negara luar sana. Dan yang paling excited  bila datang dengan family masing-masing. After this past 10 years kami semua makin serius tentang life. Mula membina  keluarga masing-masing.

"Alhamdulillah" aku panjatkan kesyukuran kerana semua sudah sampai dengan selamat.

"Wah!!! Tak sangka kan. Dah hampir 13 tahun resort kita beroperasi" Airin Adriana berkata dengan nada teruja. Kami mengangguk kecil.

"Kan. Sekejap aja masa berlalu. Kalau lah kita tak majukan tanah ni, aku rasa pantai ni akan kekal terbiar" balas Imni.

"Jadi, aku rasa segala pengorbanan kita selama ni berbaloi kan. Kita tinggalkan zaman Mischievous yang gemilang suatu ketika dahulu untuk bina apa yang kita kecepai sekarang" aku ketawa kecil.

"Yup. Sokong. Siapa sangka, angan-angan kita yang dulu terasa macam mustahil untuk terlaksana kini semakin menempa nama di mata dunia" penuh bangga Ary berkata.

"Mimpi tak mustahil untuk jadi realiti" sepatah aku berkata. Sahabat-sahabat aku mula mengangguk kecil.

"Semuanya berkat usaha kau dan Likha. We seriously need to say thank to you. Kau dan Likha sebenarnya banyak berkorban. Terutamanya pasal cita-cita korang" aku dan Lika berpandangan. Kami sengih.

"Alah.. cita-cita tu tak semestinya semua orang dapat. Rezeki masing-masing. Kalau aku tak jadi COO resort ni, aku pun tak tahu lah aku nak jadi apa" kami ketawa mendengar kejujuran Likha.

"Yup. Tapi resort ni tetap usaha bersama kita semua. Aku dan Likha hanya menjaga resort ni. Lagipun korang pun turut membantu kan. Walaupun tak selalu" aku berkata lagi.

"Guys... thanks sebab sudi jadi kawan aku daripada kita kecik sampai lah sekarang. Semoga persahabatan kita akan kekal macam ni sampai bila-bila. Kalau boleh aku nak sampai Jannah" kami memandang Ameena Imni. Wanita itu melemparkan pandangan ke arah air laut membiru

"Terima kasih juga sebab always stay walaupun aku annoying gila. Korang masih ada untuk aku" Airin Adriana menyambung.

"Kita kan memang dah ditakdirkan untuk jadi sahabat. We are not sister by blood tapi sister by heart" Aryana Farha senyum lebar. Tangan diletakkan di atas bahu Ily santai.

"Kau tahu tak kenapa kita tak ditakdirkan jadi adik beradik?" Aku jongket kening bersama sengihan nakal.

"Sebab apa?" Ily bertanya ingin
tahu.

The MischievousWhere stories live. Discover now