Part 1

24.8K 370 10
                                    


Hai guys. Alhamdulillah. Sis kembali lagi dengan novel ketiga sis. Sis cuba buat sesuatu yang lain daripada yang lain. Kalau ada salah dan silap mohon tegur sis. Komen anda amat sis alu-alukan. Thanks guys.

Seorang perempuan dibunuh dengan kejam

Aku tertarik bila membaca tajuk akhbar harian hari ini. Terus aku buka muka surat yang berkenaan tajuk tersebut.

" Seorang perempuan dijumpai mati di sebuah rumah usang dalam keadaan berdarah dan pisau diperutnya. Dikatakan perempuan ini menjadi tebusan seorang penculik tapi tidak berjaya diselamatkan bila penculik tersebut berjaya melarikan diri selepas membunuh perempuan tersebut."

Aku terdiam. Kasihan perempuan ni. Kejamnya penculik sekarang ni. Apa niat mereka buat semua ni? Kalau nak duit just cakap. Tak perlulah nak membunuh segala. Tapi kan? Aku baca lagi sampai habis berita tu. Rupanya perempuan ni dah mati hampir seminggu. Anggota polis baru menjumpai mayat dia. Yang lebih menyayat hati bila anggota polis yang menjumpai mayat itu merupakan teman lelaki perempuan tersebut.

Aku mengeluh kecil. Ya Allah. Kasihannya. Harap lelaki ini tabah. Dah seminggu lebih berlalu, agaknya apa yang dia rasa sekarang ni erk? Eh! Asal la aku nak peduli fasal orang pula. Hal kau pun tak tentu arah. Ceh!

" Fia! Fia!"

Aku mendongak ke arah dapur. Aku tutup surat khabar tadi dan letak semula bawah meja. Aku bangun dan menuju ke dapur.

" Ye ma."

" Tolong mama boleh?"

Aku menjongketkan keningku bila diminta tolong.

" Tolong apa ma?"

" Tolong hantarkan ni dekat pejabat papa. Papa kamu tak sempat balik makan tengah hari."

Aku memuncung. Aku memeluk tubuh. Mama yang melihat dah tertawa kecil.

" Lepas tu nak kena berdepan dengan abang yang annoying tu? Tak nak arh."

Aku teringat semula peristiwa minggu lepas. Elok aku masuk je ke dalam pejabat papa. Abang aku yang tersayang tu mulalah mengusik la apa la sampai kawan-kawan dia tertawakan aku. Ada abang tak boleh diharap langsung. Huh!

" Tak pa. Kalau dia buat lagi beritahu mama. Biar mama marah dia."

Aku tersenyum hambar. Nak marah sangat. Dia bukan jenis makan saman.

" Meh la. Mana bungkusan makanan tu."

Mama hulurkan aku satu Tupperware dan bungkusan plastik. Mesti mama masak sedap ni. Tak sabar nak makan.

" Untuk abang sekali ke ni?" Soalku dengan muka tak puas hati.

" Ye. Dia siap pesan lagi."

Aku mencebik. Eee! Mamat tu kan. Tunggulah aku sampai sana kejap lagi. Huh!

**

Aku meliarkan pandanganku ke sekeliling. Tak ada! Bagus! Aku tersengih lantas dengan selambanya aku melangkah untuk ke pejabat papa. Tapi tak sempat bila tiba-tiba bahu aku ditarik daripada belakang. Nasib baik bungkusan yang aku bawa ni tak jatuh dan aku pun tak terjatuh sekali. Aku mula merengus geram.

" Hey!"

Aku toleh belakang. Dengan renungan tajam aku menjeling dia. Muka memang bengang habis. Tapi orang yang tarik bahu aku tadi hanya tersengih kerang busuk. Langsung tak ada rasa bersalah kan?

" Hai."

Ya Allah. Apalah nasib dapat abang annoying macam ni. Kalau tak usik adik dia even sehari tak boleh ke tak tau. Argh! Stress! Kenapalah aku pergi setuju cadangan mama tadi. Huh!

Dendam CintaWhere stories live. Discover now