Terkebil-kebil aku melihat insan yang berada depan mataku saat ini. Serius. Fikiran aku kosong. Tak dapat fikir apa buat masa ni. Melainkan aku tak suka dia ada depan mata aku. Tapi dia nampak rileks. Siap sediakan sarapan bersama Luthfi lagi.
" Fi. Dia buat apa dekat sini?" Soalku dengan dingin.
Luhtfi memandang ke arahku dengan kerutan di dahi. Dia mendekati aku dan menyentuh dahiku dengan belakang tangannya. Aku tepis dan memandangnya tajam.
" Kau okay ke tak ni?"
Aku merengus geram.
" Aku okay lah! Kenapa?"
Luthfi mengerling ke arah dia lantas memandang ke arahku semula.
" Semalam bukan kau dah berbaik dengan dia ke? Kenapa kau macam marah balik ni?"
Aku terdiam. Ha? Aku dah berbaik ke? Masa bila?
" Dia ada datang ke semalam? But macam mana dia boleh ada dekat sini? Kau cakap dekat dia ke?!"
Aku dah mula tunjukkan riak tak puas hati. Apa terjadi semalam? Aku tak ingat. Yang aku pasti pagi tadi aku sedar dari tidur. Buat macam biasa. Then bila aku nak makan sarapan, tengok-tengok mereka berdua ada dekat dapur. Aku jadi blur seketika dan tersentak pada masa yang sama.
Luthfi mengeluh kecil. Dia menggelengkan kepalanya melihat aku.
" Kau ni dah parah la kak. Sampai suami sendiri datang semalam pun kau lupa? Kau pengsan selepas kau minta maaf dekat suami kau semalam. Takkan kau lupa?"
Aku tergamam. Aku cuba ingat balik. Dan aku terkesima. Semalam? Dia datang dan masuk bilik aku. Menangis-menangis dan melutut minta maaf. Aku pula rasa sedih dan sayu melihat perilaku dia sehingga aku tidak sedarkan diri. Aku ke tu?
" Tak! Kau tipu! Aku benci dia!"
Serentak mereka berdua menoleh ke arahku. Wajah Usyair saat ini nampak kecewa. Luthfi pula nampak tersentak dengan jawapan aku. Aku buat selamba dan terus bangun. Daripada aku terus duduk sini baik aku masuk bilik dan bersiap. Aku nak pergi ambil angin.
Tapi baru je aku nak tutup pintu bilik, ada seseorang meluru masuk dan menutup pintu serta menguncinya. Aku tersentak dengan insan depan aku ni. Dia nampak macam menahan kemarahan. Aku masih terdiam dan kaku depan dia.
" Kenapa dengan Fia ni?"
Aku mengerutkan dahi.
" Kenapa apa? Apa yang Fia buat? Sepatutnya Fia tanya abang. Apa yang abang buat dekat sini? Dekat UK ni!"
Dia meraup wajahnya kasar. Tiada senyuman yang terpamer pada wajahnya.
" Fia. Abang dah minta maaf kan? Kita bukan dah berbaik ke semalam?"
Aku tersenyum sinis.
" Mungkin salah Fia semalam sebab terlalu mudah memaafkan. Sepatutnya Fia tak patut buat macam tu."
Aku berwajah tegang dan menoleh ke arah lain.
" Fia..."
" Sekarang baik Usyair keluar. Fia tak nak tengok muka Usyair."
Aku terus ke arah birai katil. Duduk di situ tanpa sikit pun peduli tentang dia. Aku terasa penat. Kau ego Fia. Ego!
" Abang takkan pergi selagi sayang tak maafkan abang. Maaf ganggu sayang."
Dia pun keluar daripada bilik usai berkata demikian. Aku tersenyum hambar. Dadaku terasa pedih. Tapi aku biarkan. Kenapa aku boleh jadi macam ni? Arh! Aku teringat tentang peristiwa lalu.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...