Bermula pandang pertama
Terlihat kamu di depan mata
Terasa debar di dada
Menahan rasa bila kau adaKau buat ku terpaku
Sepertinya diriku yang mahu
Diri kamuDan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah dijampi
Dan bila kau hambakan hati ku kembali
Ternyata hanya kau harus aku cintaiAku tersengih saat mendengar lagu bertajuk Jampi daripada Hael Husaini tu. Betul. Memang mengena dengan aku dan Usyair. Terutama Usyair. Usyair seorang lelaki misteri. Dan kini diri aku bagai dijampi bila berada dekat dengan dia. I'm in love.
Aku tergeleng-gelengkan kepalaku bila lamunanku tak berhenti. Stop Fia. Kau tengah masak ni. jangan layankan sangat lamunan tu. Aku melangkah ke arah sinki. Basuh pinggan mangkuk dan letakkan pada rak pinggan. Then aku memotong bahan-bahan untuk dibuat sayur campur.
Kubis, lobak merah, sayur jagung dan ubi kentang diletakkan dalam satu bekas dan aku basuh bila dah selesai potong. Selepas itu, aku ambil pula bawang merah satu dan kupas. Then, aku potong kecil-kecil untuk dibuat bahan tumis.
Periuk diletakkan atas dapur. Api dibuka. Minyak dituang sedikit. Kemudian masukkan bawang untuk tumis. Bila agak garing, aku masukkan air dua mangkuk. Then, masukkan sedikit garam kasar. Tunggu sehingga mendidih.
Sementara tunggu air mendidih, aku ambil phone dan buka lagu yang lain pula. Aku kalau masak tak boleh kalau tak ada lagu. Haha. Scroll punya scroll. Aku play lagu yang bertajuk Fall In Love daripada Nominos band.
Bagaimana Harus ku nyatakan
Kini Ku merasa jatuh cinta
Saat Ku menemui kamu
You Make me fall in love with youCintamu Memiliki
Cahaya Yang menyinari
Kan Ku selalu ada di hatimu
Kau Pun selalu ada di hatikuGaya Wajah senyum dan ketawa
Semua Tentang dirimu ku jatuh cinta
Saat Ku menemui kamu
You Make me fall in love with you.Cintamu Memiliki
Cahaya Yang menyinari
Kan Ku selalu ada di hatimu
Kau Pun selalu ada di hatikuKu Harap engkau juga mencintaiku
Sama Seperti ku mencintaimu
Semoga Kita kekal dan sempurna
Buat SelamanyaCintamu Memiliki
Cahaya Yang menyinari
Kan Ku selalu ada di hatimu
Kau Pun selalu ada di hatikuCintamu Memiliki
Cahaya Yang menyinari
Kan Ku selalu ada di hatimu
Kau Pun selalu ada di hatikuAku memasukkan sayur bila air dah mendidih. Kemudian aku duduk semula atas meja. Kena tunggu sekali lagi mendidih dan ubi tu lembut baru boleh tutup api. Aku play lagi lagu tadi. Aku tersenyum.
" Ku harap engkau juga mencintaiku. Sama seperti ku mencintaimu. Semoga kitak kekal dan sempurna. Buat selamanya."
Tersentak aku bila suara itu kedengaran betul-betul dekat dengan telinga aku. Aku toleh ke belakang. Dan cup! Kami sama-sama tergamam. Masing-masing terdiam dan aku ambil keputusan untuk memandang ke hadapan semula dan bangun untuk menuju ke dapur.
Aku ketap bibir. Ya Allah! Kau pergi toleh belakang tu apa hal? Kan dah tercium bibir dia. Oh My God! Malunya! Dia mesti tak sangka sama.
" Sayang. Dah mendidih sayur tu." Teguran itu membuatkan aku cepat-cepat kacau sayur campur aku dan ambil ubi. Dah lembut. Then barulah aku tutup api dapur.
" Awal awak balik?" Soalku sekali gus membuang rasa malu sebab tadi.
Dia dah ambil tempat. Aku pun cepat-cepat hidang makanan tengah hari. Nasi dah diletakkan atas meja. Sayur pula aku masukkan ke dalam mangkuk dan letak di depannya. Baru aku nak ambil air, lenganku ditarik terlebih dahulu. Aku melihatnya dengan kerutan.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...