Suasana saat ini aku rasakan sangat tegang. Sampai membuatkan aku rasa tak selesa. Patut ke aku menyampuk atau berdiam diri sahaja? Tapi muka setiap orang membuatkan aku rasa tak perlu aku bersuara. Jawab bila perlu je.
" Apa masalah kau Zia?"
Aku kerling abang yang mula menyoal. Kemudian aku kerling Yusri pula. Dia macam aku. Tak berani bersuara. Hanya menanti waktu yang sesuai sahaja.
" Apa masalah aku?"
" Kenapa kau datang sini dan buat kacau? And apa salah adik aku dekat kau?"
Wajah abang saat ini memang tegang. Manakala si Zia pula buat muka tak puas hati plus menyampah.
" Kau dah lupa?"
" Lupa apa?"
Tiba-tiba Zia merenung aku tajam. Memang nampak muka benci dia tu terhadap aku.
" Sebab papa kau! Sebab papa kau Su mati!"
Semua terkedu dan terdiam dengan jawapan Zia. Abang dah nampak makin bara. Yusri dan aku pula tak faham. Sebab tak tahu apa yang dah terjadi.
" Kau jangan nak tuduh bukan-bukan! Bukan salah papa aku."
Dia tertawa sinis.
" Kau masih nak berdalih Man?"
" Sebab memang bukan salah papa aku! Kau yang masih tak dapat terima kenyataan! Kau ingat kalau papa aku suruh korang pergi pun dia dapat selamat? Kau dah lupa siapa orang pertama yang tak mahu pergi? Lupa?"
Kelihatan Zia terdiam dengan soalan abang.
" Tak. Aku tak lupa. Tapi lepas tu dia yang minta kan? Cuma papa kau yang halang!"
" Papa aku fikirkan keselamatan korang je! Kau fikir kalau kau pergi kau akan selamat? Kau fikir samseng tu macam samseng yang kita uruskan sebelum ni?! Kau ingat senang? Kau ingat papa aku duduk diam tak buat apa? Kau ingat papa aku serahkan bulat-bulat dekat rakan sekerja dia? Ha?! Kalau kau fikir macam tu. Kau salah Zia! Kau salah."
Abang dah tergeleng-gelengkan kepalanya melihat kedegilan Zia. Zia masih merengus geram but nampak dia terkesan dengan kata-kata abang.
" Kau tak tahu sepanjang Su hilang, papa dah berusaha sehabis baik. Kau ingat papa orang atasan boleh duduk goyang kaki je la? Kau ingat papa larang korang pergi time tu sebab suka-suka? Kau ada fikir tak keselamatan kita? Kau ada fikir tak samseng-samseng tu akan bunuh Su macam tu je tanpa fikir orang lain? Kau ingat kau pergi then tangkap samseng tu then Su selamat. Macam tu? Kau silap besar Zia. Silap besar!"
Aku ketap bibir. Kenapa aku rasakan perkara yang mereka bincangkan ini makin menyedihkan? Yang Zia pula macam masih tak nak mengalah.
" Zia. Please. Terima hakikat yang dia dah tak ada. Dia yang minta kita redha atas pemergian dia sebelum dia kena tangkap dengan samseng tu. Kau ingat papa suka bila dia cakap macam tu? Kau ada fikir hati dan perasaan kami tak? Tu. Si Usyair tu. Ada kau fikir? Kau fikir hati kau je kan?"
Tersentak aku bila abang sebut nama Usyair. Adakah perkara ini ada kena mengena dengan Usyair?
" Sebab aku fikir hati Usyair la aku nak balas dendam! Aku tak puas hati! Aku nak papa kau rasa apa yang Usyair dan aku rasa!"
Tiba-tiba dia mencerlung ke arah aku. Terkejut aku jadinya.
" Zia! Usyair sendiri pun tak salahkan orang lain, yang kau nak salahkan orang lain ni apa hal? Dia sendiri dah redha pemergian Su! Kau pula yang melebih. Dah kenapa?" Jerkah abang gara-gara geram sangat.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...