Sebab sis excited. So sis upload lagi satu part untuk hari ini. Korang jangan lupa komen tau. Hehe.
Orang ramai mula keluar daripada balai pelepasan. Aku masih mencari-cari kelibat yang aku sangat rindui itu. Tak lepas mata aku tengok. Takut terlepas. Dalam 2 minit juga baru aku nampak kelibat itu. Terus bibirku menarik senyuman lebar.
" Adik! Luthfi!" Jeritku kuat. Agar dia dapat dengar jeritan aku.
Dia menoleh dan melambai-lambai tangannya ke arah aku. Aku cepat-cepat lari menuju ke arah dia.
" Luthfi! Ya Allah! Rindunya aku dekat kau."
Terus aku peluk dia lantas rosakkan rambut dia. Haha. Makin handsome adik aku seorang ni.
" Fia! Rosak la rambut aku. Haish." Dia mengadu tanda geram.
Tapi ada aku kisah? Haha.
" Mana yang lain?" Soalnya sambil tolak beg.
" Ada dekat rumah. Saja aku tak nak dorang ikut. Nak kau balik rumah dulu."
" Ceh! Jealous!"
Aku tertawa kecil dan paut bahunya mesra. Lega sikit bila aku dapat bergurau dengan dia saat ini. Sebelum ni selalu cakap dalam phone je. Sekarang bila dah berdepan aku rasa lega.
" Fia."
" Yap?"
" Kau okay?"
Aku kerutkan dahi.
" Okay je. Kenapa?"
Aku ambil beg dia bila dah sampai ke kereta. Aku masukkan beg dia ke dalam bonet keretaku. Mujur muat. Yang selebihnya aku masukkan dekat tempat duduk belakang. Biasalah. Kereta kecil je.
" Yusri?"
Aku terdiam. Tapi aku tetap tarik senyuman dan suruh dia masuk ke dalam kereta. Bila dah semua ready baru lah aku memandu keluar daripada airport.
" Fia. Aku tanya kau kan?"
" Ye. Okay kot. Entah. Aku sendiri pun tak tahu. Kejap lagi nak pergi jumpa dia pula."
" What? Esok dah nak nikah. Hari ni still jumpa? Kau buat gila apa ni Fia?"
Nampaknya orang dekat sebelah aku ni dah tak puas hati. Geram maybe. Tapi aku still selamba.
" Maybe ada hal penting kot. Aku dah malas nak fikir Fi. Yang aku tahu aku nak settle semuanya sebelum nikah esok."
Aku kerling sebelah. Nampak sangat dia tak puas hati. Muka tu tengah tahan marah. Tahu sangat. Yala. Wajah putih. Rambut perang. Kalau dia marah memang tahu sangat. Tapi jangan salah sangka tentang rambut dia. dia bukan warnakan rambut but itu rambut asli. Dia seorang je berlainan daripada kami berdua. Aku dengan abang rambut hitam asli. Dia seorang je rambut perang. Haha. Mujur kami semua putih.
" Aku rasa aku tak percayakan dia." Ujarnya terus.
Aku tersenyum.
" Chill Fi."
" Tak. Serius. Aku rasa tak sedap hati. Tak payah lah jumpa dia. Tak pun kau bawa je aku."
Aku terdiam. Aku ingatkan aku je rasa tak sedap hati. Dia pun sama. Tapi aku tak nak libatkan dia.
" Tak apa. Jangan risau. Aku okay. Nanti aku akan call kau kalau ada serba tak kena. Okay?"
Aku cuba yakinkan dia even aku sendiri pun tak yakin dengan diri aku.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...