" Hey! Aku bukan patung dekat sini tau tak?!"
Aduh. Dia buat hal lagi. Minah ni tak serik-serik ke ha? Asyik buat bising je. Aku rasa dah tak aman duduk sini. Rasa macam nak lari dari rumah. Tapi dia yang sepatutnya pergi bukan aku. Ini rumah kami berdua bukan rumah dia. Argh!
" Hey Zia! Yang kau nak mengamuk tak tentu fasal ni kenapa? Kau sedar tak kau menumpang je dekat sini. Bukan jadi isteri Usyair lagi pun! Dan kau jangan nak melebih sangat. Sedar diri sikit."
Kan aku dah membebel dekat sini. Mujur Usyair ada dalam bilik. Tengah solat Asar. Dah dua hari Zia ada dalam rumah ni dan dua hari juga aku tak aman. Nak buat satu-satu kerja pun rasa tak bebas. Tak senang. Huh!
" Kau diam!"
Dia merengus geram. Aku yang duduk elok dekat sofa mula menarik senyuman sinis.
" Kau yang sepatutnya diam. Kalau nak kahwin buat cara nak kahwin. Aku rasa better kau pergi dari sini sebelum papa dan abang aku dapat tahu."
Aku mula mengugut. Aku jadi semakin berani dan dah tak takut pada dia. jangan risau. Aku ada rakaman tu. Itu je bukti yang aku ada. Untuk dia ditangkap. Tu je.
" Kau dah melebih Fia!"
" Aku ke kau?"
Aku renung dia tajam. Dia meraup wajahnya kasar. Rambutnya yang dibiar lepas itu diramas geram. Aku yang tengok dah menggelengkan kepala. Dah gila rasanya minah ni.
" Aku benci kau Fia."
Aku terdiam. Dia dah mula jadi biasa. Dah tak menjerit macam tadi. Tak naik angin dan tak berang tak tentu fasal. Nampak tenang dan sedih.
" Kenapa? Apa salah aku? Kau sedar tak kau sedang letakkan kesalahan pada orang lain sedangkan mereka semua tak salah. Dan kau sedar tak yang kau masih tak dapat terima kenyataan atas apa yang dah jadi. Tolonglah Zia. Sedar. Banyak lagi orang yang sayang kau. Tapi kau hancurkan kepercayaan mereka."
Dia tarik senyuman hambar. Dia merenung aku dengan rasa hampa. Aku Cuma diam.
" Aku dah tak boleh berpatah balik. Lagipun aku rasa puas buat semua ni. Walaupun aku rasa bodoh dan sunyi."
Dia tertunduk bisu. Aku yang melihat rasa kasihan. Tapi apa boleh buat?
" Kau masih boleh berpatah balik Zia. Dengan hentikan semua kerja gila kau ni. Bawa bertaubat. Ingat Allah. Dekatkan diri dengan Allah. Allah masih sayang kau Zia."
Tiba-tiba dia ketawa besar. Takut pula aku tengok.
" Semua dah tak sayang aku! Semua tahu nak sisihkan aku je. Dahlah Su pun mati. Mak saudara aku pun dah mati. Tinggal aku seorang je Fia! Apa lagi yang aku ada? Aku Cuma ada Usyair sorang je. aku nak dia. aku perlukan dia! aku tak boleh lepaskan dia! kau faham tak?"
Air matanya tiba-tiba mengalir. Aku yang lihat dah terkedu. Tak pernah aku nampak dia mengalirkan air mata. Sebab yang aku tahu dia seorang pendendam dan keras hati. Aku tahu jauh di sudut hati dia, masih ada sinar kebaikan. Cuma dia tolak sinar itu ke tepi. Lebih menerima kata-kata hasutan syaitan daripada kata-kata baik yang ada dalam dirinya.
" Zia..."
" Kau takkan pernah faham Fia. Kau tak ada dekat tempat aku."
Aku terdiam lagi.
" Kau nak tahu tak? Dari awal sampai sekarang. Semuanya rancangan aku. Dari aku perangkap kau dekat hotel, fasal Su, then gambar kau dengan Usyair, tikam papa kau and last aku tikam kau. semuanya aku punya idea."
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...