Other's POV
Bunyi mesin denyutan jantung Fia kelihatan stabil. Cuma Fia masih belum sedarkan diri even dah dua hari berlalu. Usyair pula setia berada di sisi Fia sentiasa. Dia tak renggang sikit pun dengan Fia. Kecuali waktu nak makan dan solat. Tapi tu pun dalam bilik rawatan Fia.
Pada masa yang sama dia bersyukur sebab Fia dan anak dalam kandungan selamat. Mujur dia cepat time tu. Kalau tak mesti salah seorang akan terkorban. Usyair menggenggam erat tangan Fia. Berharap sangat Fia akan sedar.
" Sayang. Sedarlah. Dua hari dah sayang tidur. Abang rindu ni sayang."
Kadang-kadang dia rasa air matanya nak tumpah. Tapi dia kuatkan hati. Dia tak nak menangis lagi depan Fia. Kalau dia lemah Fia juga turut lemah. So, dia kena juga tabah. Jangan sesekali menitiskan air mata depan Fia.
" Sayang. Baby kita sihat. Sayang tak payah la takut dan risau lagi. Tak nak jumpa abang ke sayang?"
Terlepas keluhan kecil daripada mulutnya. Kalau lah time tu aku sedar siapa yang berada belakang Fia. Mesti Fia takkan terbaring lemah macam ni. Tapi kenapa aku tak perasan?! Bodohnya aku. Sedangkan masa tu Fia nampak serba tak kena. Aku abaikan sebab aku ingat dia cuba ambil keselesaan untuk masuk ke dalam kereta.
Argh! Dia meraup wajahnya kasar. Bodohnya aku. Kau memang betul-betul dah melampau Zia! Tak cukup lagi ke apa yang kau dah buat dekat kami sebelum ni? Sampai nak membunuh segala. Sebelum ni papa. Sekarang giliran Fia. Aku lebih rela kena tikam dengan kau daripada mereka berdua jadi mangsa!
Bibirnya diketap kuat. Tak guna aku merintih macam ni kalau aku tak tahu di mana Zia berada. Aku tengok wajah Fia dengan pandangan sayu. Sayang. Bersabar ye. abang akan pastikan Zia ditangkap. Itu janji abang. Abang dah penat beralah sebelum ni mengingatkan dia kawan abang. But for this time! No!
" Assalamualaikum."
Usyair menoleh ke belakang. Dia tersenyum tawar saat melihat kedatangan Luthfi dan Lokman. Mereka berdua mendekati Usyair dan sama-sama melihat ke arah Fia kembali.
" Usyair. Dah dua hari kau bermalam dekat sini. Hari ni biar aku pula jaga dia. kau baliklah berehat dekat rumah Usyair."
Usyair tersenyum hambar saat mendengar kata-kata Lokman. Dia membuat gelengan kecil.
" Aku tak nak. Aku tak boleh berjauhan dari dia. Aku okay. Jangan risau. Macam mana berkenaan Zia? Dah dapat sebarang info?"
Lokman mengeluh kecil. Kasihan melihat adik-adik dia jadi mangsa.
" Belum. Kau jangan risau. Walau apa pun yang terjadi aku takkan lepaskan dia macam tu je."
Mereka semua terdiam. Hanya memerhati keadaan Fia. Tapi mereka tersentak kemudiannya saat melihat ada pergerakan kecil pada jari-jari Fia. Usyair apatah lagi. Luthfi pula cepat-cepat keluar untuk panggil doktor.
" Fia. Fia. Usyair ni. bangun sayang."
Lokman mengetap bibir. Ya Allah. Kuatnya Engkau uji mereka berdua.
" Dik. Bangun la. Kesian suami kau ni."
Jari jemari Fia semakin banyak pergerakan. Itu menunjukkan tanda positif. Satu saat kemudian doktor dan nurse pun masuk.
"' Semua diminta keluar kejap. Kami nak buat pemeriksaan."
Semua akur dan keluar daripada situ. Luhtfi dibiarkan sebab dia bekerja dekat situ. Hanya Lokman dan Usyair setia duduk di luar. Hati masing-masing berdebar menantikan keputusan positif. Berharap sangat Fia dah sedar.
" InsyaAllah. Fia akan sedar." Suara Lokman.
Usyair hanya tersenyum. Dia juga harap macam tu.
" Abang."
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...