" Fia!"
Aku tolak tangan abang yang ingin memimpin aku ke dalam rumah. Yela. Keluar dari kereta tadi aku asyik nak rebah. Semua ni sebab aku terlalu fikirkan hal semalam. Nombor yang tidak dikenali hantar gambar berkenaan Usyair dan Zia. Lepas tu kata Usyair jahat. Apa lagi yang aku expect? Tapi aku tak boleh percaya bulat-bulat. Dah janji dengan USyair supaya dengar dulu penjelasan dia.
" Allah!"
Abang sempat paut aku sebelum aku jatuh rebah depan tangga. Aku kembali berdiri tegak dengan hati yang pilu. Aku langsung tak hiraukan pandangan abang. Aku buat tak tahu dan naik tangga dengan slow. Takut jatuh lagi.
Aku masuk ke dalam bilik dan kunci pintu. Hari ni aku mengajar pun tak focus. Mujur UPSR dah habis. Just bincang jawapan je. Aku duduk dibirai katil. Satu demi satu kenangan aku dengan Usyair kembali bermain dalam fikiran aku.
Lepas tu muncul pula tentang message semalam. Aku terus menggelengkan kepalaku. Tak! Aku tak percaya. Dan aku langsung tak faham apa yang cuba disampaikan oleh orang tu. Apa dia nak?
Tiba-tiba telefonku berbunyi. Aku keluarkan phone dari beg tangan dan tengok nama dekat skrin. Usyair. Aku cuba kontrol reaksi dan suara aku barulah aku jawab panggilan tersebut.
" Assalamualaikum sayang."
" Waalaikumussalam abang."
" Sihat? Dah balik kerja kan?"
" Haah. Alhamdulillah sihat."
" Sayang. Abang rindu la."
Aku ketap bibir. Fia pun rindu.
" Tak sabar nak jumpa sayang. I cant wait."
Aku tekup mulut tahan diri daripada menangis. Tapi aku kena kuatkan hati juga.
" Abang. Bolah Fia tanya something?"
" Sure. Apa tu sayang?"
" Abang ada rahsiakan apa-apa lagi ke dari Fia?"
" Maksud FIa?"
Aku pejamkan mata dan cuba menarik nafas dalam agar dapat bertenang.
" Apa-apa jela yang Fia tak tahu selama ni."
Suasana jadi sepi. Aku masih menanti jawapan dia.
" Do you trust me?"
" Ya."
" Then trust me. Abang tak pernah tipu sayang. Abang cintakan sayang."
Tapi kenapa ada orang hantar gambar tu pada Fia bang? Apa niat mereka?
" Okay."
Air mataku kesat perlahan. Cuba menarik senyuman even hambar.
" Sayang. What's wrong? Ada yang berlaku ke?"
Aku menggelengkan kepala even dia tak nampak.
" Tak. Tak ada. Betul. Okaylah. Mama panggil makan tu. Nanti abang call lagi ye? Bye. Assalamualaikum."
Cepat-cepat aku matikan talian tanpa dengar jawapan dia dulu. Serentak tu aku menangis. Aku tak tahu untuk apa aku menangis tapi aku rasa macam akan ada sesuatu yang bakal terjadi dalam rumah tangga kami. Aku dapat rasakan sesuatu. Abang. Abang ada rahsiakan sesuatu dari Fia kan?
**
Sebab aku terlalu rindu pada Usyair dan ingin mencari apa-apa yang ada kaitan dengan gambar tu. Akhirnya aku pulang ke rumah kami berdua. Aku lihat sekeliling ruang tamu rumah kami. Rasa sebak menyelubungi diri. Abang. I miss you.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...