Dua orang sudah berdiri depan aku. Aku setia berada belakang mereka. Bersama perasaan gemuruh dan takut. Entah apa tindakan yang aku akan dapat nanti. Yala. Dah sebulan lebih aku menjauh dari dorang tanpa sebab musabab. Tinggalkan suami terkontang kanting pula tu. Mesti aku kena marah kan?
Aku gigit bibir saat kami dah berdiri depan pintu rumah. Aku lihat sekeliling. Suasana rumah masih tak berubah. Masih sama macam dulu. Aku tersenyum hambar. Mama seorang yang sangat rajin. Aku bangga dengan mama.
" Assamualaikum."
Luthfi memberi salam. Sesaat kemudian pintu pun terbuka dari dalam. Debaran kian terasa.
" Waalaikumussalam. Eh Luthfi. Usyair pun ada sekali."
Itu suara mama. Aku dah mula rasa sebak. Mama. Fia rindu mama.
" Mama apa khabar?" Soal USyair.
" Alhamdulillah. Baik. Eh bukan kata ada dekat UK ke? Awal balik? Kursus kamu dah selesai ke FI?"
" Dah. Mama. Kami nak tunjukkan sesuatu dekat mama."
" Apa?"
Dan mereka berdua pun berundur ke belakang dan terpampang tubuhku di hadapan mama saat ini. Aku tersenyum hambar dan mendekati mama. Mama nampak terkejut. Aku tunduk dan minta untuk salam tangan mama.
" Mama."
Tidak lama kemudian tubuhku ditarik ke dalam pelukan mama. Aku terus menangis dalam dakapan seorang ibu. Mama mengusap belakang dengan perlahan. Air mataku dah mengalir laju ke pipi.
" Mana kamu pergi sayang? Tahu tak kami semua risaukan kamu."
Aku angguk dengan rasa serba salah.
" Maafkan Fia. Fia tahu Fia salah."
Mama pun turut menangis. Lagi serba salah aku jadinya. Aku anak yang teruk kan?
" Fia?"
Pelukan kami terlerai. Aku tengok belakang mama. Papa! Tubuh papa pula aku peluk dan papa membalas pelukanku dengan erat.
" Ya Allah sayang. Kamu pergi mana? Papa risau tau tak?"
Aku ketap bibir dengan tangisan yang masih ada.
" Maaf pa. Fia minta maaf. Fia tahu Fia anak yang degil. Tapi maafkan Fia."
Papa lepaskan pelukan dan tersenyum ke arahku dengan senyuman nipisnya. Kepalaku diusap perlahan. Aku hanya diam sambil mengalirkan air mata.
" Kami dah lama maafkan kamu nak. Lagipun Usyair janji akan kembalikan anak papa ni."
Aku kerling ke arah Usyair yang tengah tersenyum itu. Aku turut tersenyum even hambar. Aku menoleh semula ke arah papa.
" Thanks pa. Thanks ma."
Mereka berdua mula menarik senyuman. Tapi aku tak lega selagi aku tak jumpa abang. Aku tahu abang mesti akan marahkan aku.
" Fia?"
Kami semua tertoleh ke arah tangga. Abang sudah berdiri di hujung tangga dengan wajah yang serius. Aku tersenyum kelat dan menghampiri abang. Aku hulurkan tangan dan tunduk ke bawah.
" Maafkan Fia bang."
Sunyi sepi. Aku masih menanti tanganku bersambut. Tapi dari tadi tidak bersambut. Aku jatuhkan semula tanganku dan mendongak ke arahnya. Aku gigit bibir bagi menahan diri daripada menangis lagi.
" Abang..."
Tanpa sepatah kata dia terus berlalu naik ke atas. Meninggalkan aku dalam keadaan serba salah dan tangisan kecil. Aku hampir rebah tapi mujur sempat dipaut Usyair. Aku peluk Usyair dengan rasa sedih.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...