Suasana yang sepatutnya menjadi ceria bertukar hambar. Aku rasa orang sekeliling aku ni cuba menceriakan aku. Sedangkan aku tetap macam tadi. Beku. Tiada senyuman pada wajah. Melainkan renungan kosong yang dipamerkan. Langsung tak macam diri aku.
" Luthfia."
Aku mengerling sebelah. Dah lama aku tak dengar abang memanggil nama penuh aku. Selalu Fia je dia panggil. Macam ada sesuatu je ni.
" I'm sorry."
Aku menjongketkan kening. Tanda mengapa abang minta maaf. Tetiba.
" Abang yang jemput Usyair. I mean dia anak maklong. Abang tak sangka korang akan bertemu semalam."
Aku terdiam. Tak menjangka jawapan yang akan keluar daripada mulut abang sebentar tadi. Sedangkan aku dah tak fikir fasal semalam. Cuma agak terkesan la. Even sedikit.
" Dia pun minta maaf sebab muncul macam tu depan Fia."
Aku mengangkat tangan ke arah abang tanda tidak mahu dengar lagi. Rasa muak asyik dengar perihal lelaki tu.
" Sorry."
Aku tarik senyuman even hambar. Lengan abang aku tarik sampai ke arah luar rumah. Aku mendongak ke langit. Dia turut lakukan perkara yang sama.
" Anggap semua ini takdir Allah. Fia tak rasa apa dah. Fia okay. Lagipun Fia dah nak kahwin. Kan?"
Abang merenung aku dengan keluhan kecil. Bahuku dipaut kejap.
" Abang tahu jauh di sudut hati Fia terasa dengan sikap dia. Abang minta maaf."
" Stop abang. Atau abang nak Fia tumbuk abang?"
Aku dah ready nak menumbuk dia. siap tunjukkan penumbuk lagi. Dia pula dah tarik sengihan kecil. Kepalanya digelengkan.
" Okay. okay. I wont."
Dia buat-buat zip mulut dan tengok ke hadapan. Aku Cuma tersenyum nipis.
" Yusri tu macam mana? Betul ke dia orangnya Fia?"
Aku terdiam. Cara abang tanya macam tak yakin je dengan pilihan yang sudah dibuat aku.
" Kami dah tunang wahai abang kesayangan. InsyaAllah. Fia yakin dia orangnya."
" Abang Cuma tak nak Fia menyesal di kemudian hari. Itu je."
" Tak. Fia takkan menyesal. Yusri baik sangat abang. Dia tak pernah give up dengan Fia."
" Baguslah. Lega abang dengar. Abang harap lepas ni Fia fokus sepenuhnya pada majlis akan datang. Kurang daripada sebulan je lagi."
Aku mengangguk perlahan. InsyaAllah. Lupakan semuanya fasal semalam. Terutama tentang dia. Kalau terserempak lagi buat-buat tak kenal. Buat macam orang asing. Tapi memang stranger pun kan? Huh!
**
Hari demi hari berlalu. Aku bekerja macam biasa. Meneruskan hidup seperti biasa. Tanpa ada gangguan daripada sesiapa. Fokus pada kerjaya dan majlis yang akan datang. Sedar tak sedar lagi dua minggu je majlis akad nikah akan berlangsung.
Aku belek cincin tunang yang berada di jari manisku itu. Alahai. Macam tak percaya je aku akan berkahwin tak lama lagi. Cincin ni tanda aku dah terikat dengan Yusri. Aku tersenyum kecil saat teringat wajah teruja Yusri pada hari pertunangan kami beberapa minggu yang lepas.
Tapi senyuman aku kembali pudar saat teringat perbualan kami minggu lepas. Tipulah kalau aku tak terasa apa-apa bila dia cakap macam tu. Cuma aku tepis dan pujuk dengan keyakinan aku. Semuanya bermula saat dia menyebut tentang lelaki yang memang aku dah tak nak ada kaitan lagi.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...