" Usyair."
Dia langsung tak menoleh melihat aku. Setia dengan kerjanya di depan laptop. Aku pula berdiri statik tepi katil ni. Aku rasa hubungan kami dingin dah dua hari. Dan kini aku rasa bersalah sangat. Dia tak cuba memujuk aku malah nak bercakap dengan aku pun tak nak. Sering mengelak. Lagilah aku buntu.
" Usyair. Saya nak minta maaf."
Aku ketap bibir. Dia masih tak melihat aku. Tolonglah. Berilah aku peluang. Aku dah cukup berani ucap terima kasih ni pun dah cukup bagus kot. Nak menangis la macam ni. Huh!
" Saya tahu saya salah. Sepatutnya saya tak cakap macam tu. Maaf."
Aku tersenyum hampa. Ternyata usaha aku tidak begitu bernilai di matanya. Akhirnya aku naik atas katil dan mengiring ke arah bertentangan dengannya. Perlahan-lahan air mataku mula menitis ke pipi. Teruknya aku. Isteri apa aku ni? Derhaka ke aku?
" Fia."
Aku tersentak bila namaku dipanggil. Cepat-cepat aku kesat air mata tapi tak pula menoleh ke arahnya. Aku tahu dia sudah baring sebelah aku. Tangannya dah merangkul pingangg aku. Aku Cuma diam statik. Tak berani nak bergerak.
" Saya tahu saya Cuma batu loncatan je dalam majlis awak. Dalam hidup awak. Tapi saya pilih awak ikhlas. Saya kahwin dengan awak bukan hanya sebab nak tutup aib. Malah sebab saya sayang Fia. Saya sayang awak Fia. Saya tak paksa awak untuk percaya saya. Tapi berilah saya peluang. Saya akan buatkan awak hidup bahagia. Itu janji saya setelah kita sah nikah."
Sedikit sebanyak kata-katanya tadi menyejukkan hatiku yang sedih ni. Aku tersenyum kecil. Ya Allah. Aku ego sangat ke?
" Saya takkan sia-siakan awak Fia. Saya tak nak awak hadapi semua kesedihan ni seorang diri. Cuba buka hati awak untuk terima saya. Kita bina hidup baru. Lupakan apa yang dah terjadi."
Aku pejam mata bersama seribu perasaan. Terasa ubun-ubunku dikucupnya perlahan. Aku buka mata semula. Betul. Aku berasa selamat berada dalam pelukan dia.
" Saya perlu waktu." Ujarku perlahan.
" Saya faham. Ambil la seberapa banyak masa yang awak nak. Saya tetap tunggu awak."
Aku mengiring ke arahnya semula. Kini, kami saling bertentang mata. Aku pandang wajah dia yang putih dan agak kacak bagi pandangan seorang perempuan. Aku mengeluh kecil. Jika dulu aku sayang dia. Kenapa sekarang aku susah nak terima dia semula? Sebab aku masih trauma dengan apa yang dah terjadi.
" Terima kasih Usyair."
Aku tersenyum hambar. Baru aku sedar. Aku langsung tak ucap terima kasih. Sedangkan dia dah berjaya selamatkan maruah family aku dan aku juga. Dia dah banyak berjasa. Tapi aku terlalu ikutkan ego sampai tak sedar semua tu.
" Saya takkan terima kasih awak selagi awak tak terima saya."
Aku tersentak. Dia dah tersenyum. Tangannya lembut mengusap wajahku.
" Beri saya peluang walaupun sikit."
Air mataku terasa nak mengalir.
" Maafkan saya sebab dulu saya banyak buat awak menangis. Tapi tolong sekarang jangan menangis lagi."
Air mataku dikesatnya lembut. Lembut sangat sentuhannya sampai membuat aku terbuai. Membuatkan aku tak ingin jauh daripada dia dan membuatkan aku tak nak lari daripada menerima renungannya. Ya Allah. Apakah perasaan ini?
" Awak cintakan saya?" Soalku spontan. Tak sangka soalan itu akan keluar dari mulutku.
Kami sama-sama terdiam. Hanya tangannya yang memainkan peranan. Dia mengusap kepalaku perlahan. Dari kepala sampailah ke bibir. Aku dah mula berdebar melihat renungan dia yang tertumpu pada bibirku itu.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
РазноеUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...