Sebelah kiri aku keluarga AKif. Sebelah kanan aku pula ada Usyair, abang dan papa. Mereka masing-masing nampak hampa dengan Akif dan Zia. Tak cukup dengan tu, ibu Akif dah menangis dalam dakapan anak bongsunya. Apatah lagi Akif tu anak sulung dan harapan keluarga. Tapi apa yang dia dah buat pada family dia?
Aku tengok Akif dan Zia pula. Masing-masing berdiam diri. Tunduk kaku. Maybe sedar salah sendiri. Apa yang Usyair beritahu aku. Ada orang melaporkan kedudukan mereka berdua-duaan dalam rumah. Dan pihak yang menangkap mereka mendapati si Akif ni tidak berbaju. Yang si Zia pula tengah tidur atas katil. Memang mencurigakan la.
Aku tergeleng kepala mengenangkan apa yang mereka dah lakukan. Tak serik lagi ke? Ya Allah. Apa dah jadi ni?
" Tuan. Saya rasa kita kena kahwinkan mereka malam ni juga. Saya dah tak boleh tunggu. Mana saya nak letak muka ni Tuan?"
Ayah Akif merupakan seorang datuk yang bertaraf tinggi juga. Dan kalau hal ini sampai dimedia, aku tak jamin semua perkara akan menjadi mudah. Mesti keluarga mereka akan mendapat malu.
Aku kerling papa. Papa jadi wakil bagi pihak Zia memandangkan Zia dah tiada sesiapa. Lagipun papa pernah jadi majikan Zia.
" Sabar Mustafa. Saya pun dah tak tahu nak cakap macam mana. Tapi betul juga kata awak tu. Kita kena kahwinkan mereka juga."
Barulah aku nampak Zia mendongakkan kepalanya dan memandang ke arah papa. Dia dah menggelengkan kepalanya tanda tidak bersetuju. Bibirnya diketap kuat. Itu menandakan dia tak boleh terima semua yang tengah terjadi ni.
" No! Saya tak nak!"
Semua orang terkejut apabila terdengar jeritan Zia. Aku tersenyum sinis. Tak nak tapi buat maksiat. Aku pun tak faham dengan kau ni Zia.
" Hey! Kau dah malukan keluarga aku. Dah malukan anak aku. Dan kau cakap tak nak pula?! Perempuan apa kau ni ha?!"
Okay. Ibu Akif dah bengang. Siap bangun dan marah depan Zia lagi. Akif pula dah bangun dan mendekati ibunya. Usap-usap belakang ibunya. Tapi ibunya dah penuh dengan perasaan marah pada Zia.
" Zia. Saya tak kira apa pun jawapan awak. For sure awak kena juga kahwin. Cukuplah buat dosa Zia. Dah cukup baik saya lepaskan awak kali ni. Ingat yang awak masih diburu polis."
Dia sudah mengetap bibir dengan mengerling tajam ke arah semua orang. Aku pula kesian tengok dia.
" Tok kadi dah sampai ke Lokman?"
" Dah. Dia tunggu dekat ruang tamu. Nak panggil dia sekarang ke?"
Papa dan ayah Akif dah menganggukkan kepala mereka. Mama pula tengah cuba menenangkan ibu Akif. Ibu Akif kembali menangis. Zia pula dah mati kata. Akif aku tengok tengah cuba bercakap dengan Zia.
" Percaya pada I. I akan jaga you. I cintakan you."
Zia tengok Akif dan tanpa dipinta air matanya mengalir ke pipi.
" Aku tak cintakan kau. Kau faham tak?"
" Cukup memadai I cintakan you."
Apabila tok kadi datang, semua orang pun bersedia pada tempat masing-masing. Zia pula duduk dengan renungan kosong belakang Akif. Aku duduk di sisinya. Aku tengok dia dengan senyuman hambar. Kuatkan hati kau Zia.
" Aku terima nikahnya Nur Fazira Bt Ahmad dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai."
" Sah?"
" Sah."
" Sah."
" Sah."
Alhamdulillah. Kini mereka telah pun menjadi suami isteri. Aku sentuh bahu Zia. Dia tidak menoleh ke arahku tapi aku tahu dia tengah menitiskan air matanya. Tangannya kelihatan menggigil. Aku tak tahu dia tengah tahan sedih atau marah.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...