Hari ini cuaca sangat cerah. So sebagai balasan aku suruh dia bawa aku pusing satu pulau ni. Balasan juga sebab buat aku marah semalam. Heh. Dan kini aku berada dalam kereta dan tengok pemandangan sekeliling. Cantik. Teruja sangat aku rasa.
" Suka?"
Aku Cuma angguk. Suka sangat. Sebelum ni datang mana ada kesempatan pusing macam ni. Sebab orang sebelah punya fasal. Haha.
" Nak datang lagi tak?"
Aku buat lagak macam berfikir lantas kerling ke arah dia.
" Saya nak jadikan tempat ni satu kenangan paling indah dalam hidup saya. Tempat di mana saya bertemu dengan Inspektor Usyair yang berjaya selamatkan saya dan menyuruh saya pergi tinggalkannya and lastly kembali semula sebagai status suami isteri and saya bahagia."
Aku berkata dengan senyuman manis. Sememangnya lahir ikhlas daripada hati. Aku tak tipu. Aku bahagia berada di samping dia saat ini.
" Terima kasih sayang sebab sudi terima saya."
Tangan kananku digenggamnya erat. Aku tersenyum dan aku membalas genggaman itu.
" Stay with me?" Soalku sambil melihat dia yang tengah memandu itu.
" I will."
Aku kembali melihat ke depan. Menikmati setiap suasana dengan rasa bahagia dan tak sikit pun aku rasa tak bahagia.
" Kita nak ke mana?" Soalku ingin tahu.
" Penang Hill."
Aku buat muka teruja.
" Serius? Wah! Best!"
Hampi 15 minit perjalanan akhirnya kami sampai di destinasi. Aku senyum lebar saat sudah berdiri depan pintu gerbang welcome. Usyair dah pergi beli tiket terlebih dahulu. Aku masih memerhati sekeliling. Ramai juga orang. Waktu cuti pula tu.
" Fia! Come!" Usyair sudah memanggil.
Aku pun berlari menuju ke arah dia. Dan dia terus genggam tangan aku agar aku tak terlepas dari dia. Aku Cuma biarkan. Sebab aku lebih teruja dengan keadaan sekeliling. Bila train dah sampai kami pun naik. Memang ramai sampai aku terhimpit ke cermin train. Lagipun kami kena berdiri.
Aku menggenggam erat lengan Usyair saat terasa nak terjatuh. Dia pula terus tarik aku ke dalam pelukannya. Aku tersenyum dalam diam. Dia memang seorang penyelamat kepada Luthfia Nisrina kan? Hehe.
Hampir 10 minit kami pun sampai ke atas. Penang Hill atau Bukit Bendera. Kali pertama aku sampai aku hampir terngaga sebab teruja dan cantik sangat pemandangan dari atas ni.
" Welcome sayang."
Aku tersengih dan terus berjalan keluar sampai aku ternampak dari jauh ada bentuk-bentuk love. Aku tarik Usyair ke sana. Bila aku sampai sekali lagi aku terpaku. Ini lah tempat yang ramai orang sebutkan tu. Macam dekat korea. Kunci cinta. Beli satu kunci mangga berbentuk love dan tulis nama pasangan di atas tu. Dan kuncinya dengan harapan hubungan mereka akan berkekalan sampai bila-bila. Mitos orang Kristian. Kita ni jangan pula nak percaya. Kalau suka-suka bolehlah.
" Nak selfie!" Ujarku lantas keluarkan phone aku.
Usyair Cuma reda dengan kerenah kebudak-budakan aku ni. Haha. Dia layankan saja sampai dia pun jadi best selfie. Tapi tak best selfie. Tak nampak penuh. Aku ternampak satu pasangan lebih kurang macam kami. Aku rasa mereka ni pengantin baru sebab inai merah lagi dekat jari perempuan tu. So, aku tawarkan diri ambil gambar mereka sebab lepas ni mereka boleh tolong ambil gambar kami.
YOU ARE READING
Dendam Cinta
RandomUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...