" Assalamualaikum."
" Waalaikumussalam. Ya Allah Usyair. Sampai pun kamu."
Mereka berdua berpelukan sesaat sebelum meleraikan semula. Kemudian mereka masing-masing menoleh ke arah aku. Aku Cuma mampu senyum.
" Fia. Apa khabar?"
Aku angguk dan memberikan senyuman manis.
" Sihat. Alhamdulillah."
" Baguslah. Eh. Jom masuk. Ajak dia masuk Usyair."
Selepas itu kami semua masuk ke dalam rumah selepas dijemput. Aku ambil tempat di sebelah Usyair. Aku sempat tengok sekeliling rumah tersebut. Kemas dan teratur. Walaupun rumah kayu je. Tapi boleh tahan besar juga.
" Dari mana ni?"
" Dari rumah bang. Isteri saya nak sangat tengok abang. Tu yang saya bawa ke sini."
Aku pandang lelaki itu dengan senyuman. Dia tersengih dan menganggukkan kepalanya.
" Maaflah. Sebab korang datang tak beritahu lebih awal. So tak ada makanan istimewa. Ada roti dan air tea je. jemput. Isteri abang pula tengah kerja. Tak balik lagi. Kejap. Nak ke dapur. Minum dulu ye."
Selepas kelibat lelaki itu hilang aku toleh ke arah Usyair.
" Abang angkat abang?"
Usyair mengangguk kecil. Sebenarnya semalam aku ada bertanyakan fasal family Usyair. ye. memang Usyair anak yatim piatu. Tapi ada satu family yang jaga dia dari kecil. Keluarga ini lah. Yang kami tengah berkunjung ni. Farhan namanya. Tapi keluarga Farhan yang asuh Usyair sampai Usyair besar. Selepas Farhan kehilangan orang tuanya, mereka berdua sama-sama membesar dan menyara diri sehingga lah mereka berdua dah bekerja.
Farhan merupakan satu-satunya abang yang Usyair ada even abang angkat. Dan Farhan inilah yang aku nampak masa akad nikah aku dulu.
" Dia dan family dia yang banyak tolong abang Fia. Kalau mereka tak ada maybe abang merempat je sekarang ni."
Aku terdiam. See Fia. Kau kena bersyukur tau. Kau ingat kau bernasib malang. Tapi ada lagi yang lebih malang dari kau. Sedar diri sikit. huhu.
" Dia kerja apa bang?"
" Buka perniagaan kecil-kecilan je. buat kebun dan jual pokok bunga dekat hujung kampung ni."
Aku mengangguk faham. Boleh tahan la tu. Bisnes kot.
" Sayang tunggu sini kejap. Abang pergi dapur dulu."
Aku biarkan Usyair pergi dapur. Aku pula bangun dan tengok gambar-gambar yang tergantung dan yang ada dekat meja hiasan tepi televisyen. Satu persatu gambar aku tengok. Aku tersenyum saat terlihat gambar keluarga kecil Farhan. Mereka dikurniakan dua orang puteri. Comel je. Aku tengok gambar dekat sebelah pula. Gambar Farhan dan Usyair masa kecil dulu kot. comel juga.
Tapi senyumanku mati saat ternampak gambar Farhan, Usyair dan Zia. Zia? Apa hubungan Zia dengan Farhan pula ni? Aku jadi tak senang duduk.
" Eh Fia. Meh. Kita makan dulu."
Farhan muncul dengan dua pinggan. Aku mendekati Usyair dan duduk semula dekat sofa. Aku perhati Farhan sampai dia dapat duduk semula.
" Boleh saya tanya sikit?"
" Sure. Tanya apa tu Fia?"
" Siapa perempuan tu? Yang bergambar dengan abang Farhan dan suami saya tu."
Usyair terus toleh ke arah aku. Terkejut dengan soalan aku. Aku pula Cuma beriak selamba. Buat tak faham dengan renungan Usyair.
" Laa. Ingatkan Usyair dah kenalkan dekat kamu. Itu Fazira. Tapi kami lebih selesa panggil Zia. Rakan sekerja suami kamu ni la. Dia sama nasib macam Usyair juga. Tapi Zia tu masih ada mak saudara. Mak saudara dia yang jaga dia. Tapi abang tak tahu apa jadi dekat dia sekarang. Last abang dengar khabar dia tiga bulan lepas. Usyair sendiri pun tak tahu. Dia dah berhenti kerja kan Usyair?"
YOU ARE READING
Dendam Cinta
De TodoUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...