Part 31

5.8K 160 3
                                    

Sampai saja dekat hospital, aku meluru masuk ke dalam tanpa hiraukan keadaan aku sekarang. Kakiku menapak laju ke arah wad kecemasan. Dan dari jauh aku nampak mama, Luthfi, abang dan Kak Dahlia di situ.

" Mama!"

Aku terus peluk mama saat sampai. Mama dah menitiskan air mata. Aku masih tahan. Tak nak mama terlalu sedih.

" Papa macam mana?"

Muncul Usyair lantas soal abang. Aku leraikan pelukan dan duduk di sisi mama. Bahu mama aku paut erat. Meminjam kekuatan.

" Masih dalam wad kecemasan. Doktor tengah rawat." Jawab abang.

Aku meraup wajahku perlahan. Aku pandang abang.

" Macam mana papa boleh diserang? Tell me." Suruhku.

Abang terdiam. Kak Dahlia dah mengusap belakang abang. Mama pula memaut erat tanganku. Luthfi pula setia diam.

" Abang tak tahu."

Aku pandang mama. Inginkan penjelasan. Mama tersenyum pahit.

" Ma? Tell us ma. What happen?"

" Mama tak ingat sangat apa yang jadi. Tapi papa kena serang dengan pekerja dia. Mulanya mama ingat dorang bincang hal kerja biasa je. so mama pergi la dapur. Tapi mama terkejut bila dengar papa menjerit. Bila mama sampai je dekat papa. Perut papa dah kena tikam."

Mama kembali menangis. Kami semua yang dengar dah terkedu seribu bahasa. Hati aku dah macam nak terkeluar selepas dengar cerita mama. Aku ketap bibir dengan hati yang penuh dengan amarah.

" Siapa pekerja papa tu ma?" Soalku dalam nada terkawal.

Mama mengesat air matanya lembut.

" Zia."

Semua orang terus diam. Aku apatah lagi. Aku rasa nak rebah tapi mujur Usyair sempat paut aku daripada aku rebah. Usyair melihat aku dengan gelengan. Aku memejamkan mata sesaat dan menoleh memandang mama.

" Apa dia nak? Buat apa malam-malam dia datang rumah?"

Mama hanya menangis. Aku pula dah tak boleh sabar. Aku bangun berdiri. Ingin berlalu dari situ. Nak cari ketenangan. Aku tak boleh lemah di hadapan mama. Jadi aku majukan langkah sehingga jauh daripada wad kecemasan.

Apa lagi kau nak Zia?! Kenapa kau serang papa aku! Aku kau tak dapat, papa pula mangsa kau?! Argh! Aku benci kau Zia! Benci!

Langkahku terhenti bila dah ada dekat taman hospital. Aku duduk dibangku kosong. Aku tertunduk dan serentak itu air mataku mengalir ke pipi. Papa. Kenapa papa jadi mangsa. Apa salah papa pada dia? Zia. Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Aku benci kau Zia! Benci!

" Argh!"

Aku baru nak tumbuk dada aku tapi tangan aku ditahan seseorang. Saat aku mendongak, air mataku lagi laju mengalir ke pipi. Dia memandangku dengan wajah sayu. Sesaat kemudian dia menarik aku ke dalam pelukannya.

" Sabar sayang. Jangan macam ni."

" Apa yang dia nak? Tak puas lagi ke ugut Fia! Kacau Fia! Kenapa papa pun dia nak kacau!"

Aku hamburkan segala-galanya dalam dakapan Usyair. Sampai aku penat menangis. Barulah aku leraikan pelukan. Aku kesat air mataku lantas cuba mengukirkan senyuman. Dia dah duduk di sisi aku. Mengusap kedua-dua pipi aku dengan lembut.

" Kita pergi jumpa papa ye sayang?"

" Papa dah sedar ke?"

" Belum. Tapi papa baru lepas keluar daripada wad kecemasan. Alhamdulillah. Papa dah stabil. Jom sayang?"

Dendam CintaWhere stories live. Discover now