Keesokan harinya aku bangun lebih awal dari biasa. Aku dah buat keputusan untuk berhenti kerja. Aku berniat nak belajar. Lagipun aku baru mengajar setahun dua. So better aku sambung ambil master. Itu saja cara untuk aku lupakan semuanya dekat sini.
Aku bersiap elok-elok then sediakan sarapan. Walaupun baru pukul 6.30 pagi. Dah selesai aku sempat jenguk ke bilik Usyair. Aku hanya berdiri depan pintu. Aku tersenyum hambar. Baik aku pergi dulu.
Aku cepat-cepat turun daripada tingkat atas dan menuju ke ruang tamu. Kunci kereta di ambil. Beg tangan dicapai dan keluar dari situ secepat yang mungkin. Aku masuk ke dalam kereta dan memandu keluar daripada situ dengan rasa sedih.
Bila sampai dekat sekolah. Aku mengajar macam biasa. Bila time nak balik aku pergi berdepan dengan guru besar sekolah. Aku berterus terang dan serahkan surat perletakan jawatan. Alasan just nak sambung belajar.
Mujur dia tak tanya banyak. Dan aku sangat berterima kasih untuk itu. Paling tak disangka dia nak adakan satu majlis buat aku. Aku rasa terharu. Aku ingin menolak tapi cikgu depan aku beria-ria nak buat. Lastly aku Cuma turutkan sahaja.
Selesai urusan aku dekat sekolah, aku ambil keputusan untuk memandu ke arah hospital. Hospital di mana tempat Luthfi belajar dan bekerja. Aku tunggu dia dekat lobi. Dalam lima minit selepas itu dia pun muncul dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya.
Dia bawa aku ke kafe hospital. Dia mula tengok aku dengan wajah yang serius. Aku Cuma diam. Tak tahu nak cakap macam mana.
" Better kau cakap Fia. Apa masalah kau sekarang ni?"
Aku tersenyum pahit dan menarik nafas dalam.
" Kau memang takkan balik UK dah ke Luthfi?"
Dia nampak tanda tanya tapi pandang aku tajam.
" Maybe balik maybe tak. Aku sendiri tak sure lagi. Ikutkan aku takkan balik sana dah. Tapi banyak lagi kursus aku yang perlu aku selesaikan. So, maybe akan balik sana semula. Eh kenapa kau tanya aku? Kau nak buat apa ni?"
Dia nampak tak puas hati dan makin tanda tanya.
" Boleh aku stay dengan kau dekat sana?"
" What?!"
Dia terkejut dan terjerit kecil saat aku suarakan keinginan ku. Aku terdiam dan tertunduk bisu. Dah macam dia abang aku. Sedangkan aku kakak.
" Apa yang kau tengah buat ni weh? Kau tahu tak kau tu isteri Usyair. kenapa pula kau nak stay dengan aku!"
" Sebab dia la aku nak pergi jauh dari sini!"
Giliran aku meninggikan suara. Rasa dah tak mampu nak tanggung sorang diri. Aku picit dahiku. Terasa sakit dekat kepala. Stress asyik fikir masalah ni.
" Apa yang dia dah buat ni kak?"
Suara Luthfi dah mulai kendur. Aku menggelengkan kepala.
" Susah aku nak explain Fi. Aku nak minta satu je. Izinkan aku ikut kau. Aku nak sambung master dekat sana. Please. Aku perlukan masa Fi. Aku tak kuat Fi. Aku lemah."
Aku menangis juga depan Luthfi. Luthfi yang tengok dah mengeluh kecil. Dia bangun dan berdiri sebelah aku. Tubuh aku ditarik ke dalam pelukannya.
" Aku tak tahu apa masalah korang berdua. Tapi tolong selesaikan dengan baik. Minta izin dia dulu Fia. Jangan buat macam ni. Aku tak kisah kalau kau nak stay dengan aku asalkan Usyair tahu dan benarkan. Aku tak nak bersubahat nak jadikan kau isteri derhaka Fia. Please."
Aku kesat air mataku kasar. Aku kembali duduk tegak. Aku merengus geram.
" Aku tak nak. Kalau dia tahu mesti dia takkan benarkan aku pergi. Aku benci dia Fi. Dia tipu aku selama ni. Dia Cuma nak balas dendam! Dia langsung tak cintakan aku. Tipu!"
YOU ARE READING
Dendam Cinta
AcakUsyair Fahmi Ahsan - Seorang lelaki yang penuh misteri. Dipertemukan pula dengan anak kepada majikannya. Seorang yang dingin dan beku tapi berubah menjadi seorang penenang buat Luthfia selepas mengahwininya. Luthfia Nisrina - Seorang wanita yang c...